CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1335|Reply: 1

[Pulau Pinang] Bangunan Pusat Ilmu Falak Sheikh Tahir diarah tutup

[Copy link]
Post time 17-8-2021 09:19 PM | Show all posts |Read mode
GEORGETOWN - Jabatan Kerja Raya (JKR) Pulau Pinang telah menasihatkan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) untuk menutup dan tidak menggunakan bangunan Pusat Ilmu Falak Sheikh Tahir di Balik Pulau dekat sini yang tebingnya mengalami tanah runtuh pada Isnin buat sementara waktu.

Exco Infrastruktur dan Pengangkutan Pulau Pinang, Zairil Khir Johari berkata, ia berikutan bangunan yang terletak bersebelahan tebing yang mengalami tanah runtuh termasuk tiga batu besar menggelongsor di situ, tidak selamat diduduki ketika ini.

“JKR telah maklumkan kepada JHEAIP berhubung perkara itu (tidak selamat) dan meminta untuk tutup serta tidak menggunakannya buat sementara waktu, sehingga kerja-kerja membaiki tebing yang runtuh tersebut selesai dan ia selamat diduduki semula,” katanya ketika dihubungi Bernama pada Selasa.

Pada Isnin, pihak bomba memaklumkan bangunan Pusat Ilmu Falak Sheikh Tahir tidak selamat untuk diduduki, selepas berlaku kejadian tiga batu besar menggelongsor sehingga menyebabkan tanah runtuh di kawasan tebing bangunan itu, selepas hujan lebat lebih sejam di situ.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Balik Pulau, Mohd Faris Idris dilaporkan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung tanah runtuh pada jam 2.30 petang itu, namun tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam insiden tersebut.

Sementara itu, Zairil berkata, JKR akan menggunakan kaedah yang lebih berdaya tahan iaitu 'tieback wall' bagi membaiki cerun di kawasan berkenaan, untuk menjamin keselamatan dan kestabilan tebing yang terlibat dalam insiden tanah runtuh itu.

Katanya, kontraktor untuk menjalankan kerja-kerja baik pulih tebing yang terlibat dengan kejadian berkenaan juga akan dilantik dalam masa terdekat.

“Kaedah ‘stone pitching’ yang digunakan sebelum ini tidak cukup kuat untuk memberi perlindungan kepada tebing itu, jadi JKR akan baiki cerun tersebut dengan menggunakan kaedah yang lebih berdaya tahan iaitu 'tieback wall',” katanya. - Bernama

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... -Tahir-diarah-tutup
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-8-2021 09:20 PM | Show all posts

Tebing bangunan Pusat Ilmu Falak Sheikh Tahir mengalami tanah runtuh pada Isnin.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 03:11 AM GMT+8 , Processed in 1.018371 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list