CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 991|Reply: 0

[Pulau Pinang] 10,000 dos vaksin untuk petugas sektor peruncitan di Pulau Pinang

[Copy link]
Post time 16-8-2021 08:23 AM | Show all posts |Read mode


GEORGETOWN: Pulau Pinang dijadual membuka pusat pemberian vaksin (PPV) di pusat beli-belah bagi melaksanakan Program Vaksinasi Industri Peruncitan (RiVAC) di wilayah utara, mulai esok.
Program RiVAC adalah kerjasama antara Persatuan Pengurusan Kompleks Malaysia (PPKM), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan Pasukan Pengurusan Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) untuk menyediakan vaksinasi kepada petugas barisan hadapan dalam sektor peruncitan di seluruh negara.
Presiden PPKM, Tan Sri Teo Chiang Kok, berkata dua pusat beli-belah di Pulau Pinang dipilih sebagai PPV di bawah program RiVAC.
"PPV pertama di pusat beli-belah adalah di Gurney Paragon Mall, yang akan memulakan operasi pada 16 hingga 20 Ogos dan menyediakan 6,000 dos vaksin COVID-19 kepada petugas sektor peruncitan di pulau.
"Sebuah lagi pusat beli-belah adalah Design Village Outlet Mall di Batu Kawan, yang akan beroperasi pada 18 hingga 22 Ogos dengan 4,000 dos vaksin COVID-19 disediakan kepada petugas sektor peruncitan di tanah besar," katanya.
Beliau berkata, lebih banyak pusat beli-belah dijangka membuka PPV tidak lama lagi, antaranya di Johor dan Pahang.
Sementara itu, beliau menegaskan bahawa program RiVAC adalah program yang menyediakan program vaksinasi secara eksklusif kepada petugas industri runcit dan tidak terbuka kepada orang awam.
Katanya, mereka yang berdaftar di bawah program RiVAC perlu membayar RM50 seorang bagi mendapatkan dua dos suntikan vaksin.
"Walaupun vaksin diberikan secara percuma, yuran yang dibayar digunakan untuk menampung perbelanjaan merangkumi RM30 untuk Perlindungan Kesihatan untuk kos suntikan dan RM20 kepada penganjur bagi menampung sebahagian perbelanjaan lokasi," katanya.
Katanya, kos sebenar untuk vaksinasi dianggarkan hingga RM150 seorang, merangkumi kos tempat, logistik, tenaga kerja dan perkhidmatan ambulans di pusat vaksinasi terbabit. - BERNAMA

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 04:18 AM GMT+8 , Processed in 0.047257 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list