CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 7669|Reply: 28

[Cadangan] Coretan Peguam - Pelbagai Isu

  [Copy link]
Post time 15-8-2021 07:26 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
CORETAN PEGUAM

Ada rakan bertanya, kenapa ramai peguam tidak mahu ambil kes kemalangan melibatkan mangsa yang kena langgar YKL (plaintif) jika yang melanggar YM(defendan) tiada insurance kenderaan.

Jawapan saya.

Kerana kos dan risiko

Saya cuba mudahkan penerangan saya.

1- Apabila berlaku kemalangan, mula mula kakitangan pejabat peguam akan membuat carian di JPJ.

Check tarikh mati insurance coverage. Sama ada kenderaan yang melanggar (YM) dilindungi oleh insurance atau tidak.

Sebab: Jika ada insurance, insurance YM akan bayar YKL. Jika tiada, YM perlu bayar dengan duit sendiri.

2- Ramai peguam yang mewakili YKL, lazimnya tidak ambil legal fees awal dan legal fees akan dipotong selesai perbicaraan. Bila insurance YM membuat bayaran kepada YKL.

Sebab: Jika ada insurance, pay master atau pembayar sudah ‘secured’. Insurance company YM akan bayar, jika YKL menang.
Biasanya yuran guaman sebanyak 20 hingga 30% daripada jumlah gantirugi.

Jika tiada, YKL perlu bayar legal fees dan kos perbicaaan sehingga selesai.

3- Seterusnya perbicaraan di mahkamah. Jika ada insurance, insurance akan lantik peguam mewakili YM (defendan) di mahkamah dan akan bayar yuran guaman peguam YM. Mereka dipanggil panel peguam insurance.

Jika tiada, YM perlu bicara sendiri atau melantik peguam sendiri, legal fees YM perlu bayar.

Ini yang menjadi beban kepada YM.

4- Selesai bicara pula.

Jika dapat penghakiman iaitu selepas selesai perbicaraan, YKL menang, tidak mudah untuk execute atau melaksanakan penghakiman ke atas YM (defendan).

Jika YM mempunyai wang, YM boleh terus membayar ganti rugi kepada YKL.

Jika tidak, peguam YKL perlu membuat perlaksanaan termasuk membuat kebangkrupan atau sitaan harta YM dan apa apa cara yang difikirkan sesuai untuk mendapatkan ganti rugi berkenaan.

5- Secara mudah

Ada 2 kos guaman untuk 2 perbicaraan di mahkamah.

Satu untuk kes perbicaraan kemalangan

Dan satu lagi untuk melaksanakan (execution) penghakiman tersebut supaya YM lunaskan kepada YKL.

Mungkin sebab ada 2 bayaran, maka YKL agak sukar untuk membayar kos guaman. Ramai YKL merana akibat YM tiada perlindungan insurance kenderaan mereka.

6- Alternatif.

YKL masih boleh membuat tuntutan kepada Motor Insurers’ Bureau of West Malaysia (MIB) cuma gantirugi yang mungkin diperolehi adalah sangat kecil.

MIB diwujudkan untuk menyediakan gantirugi jikalau terlibat dengan kemalangan dari pihak ketiga yang tidak mempunyai insurans/takaful yang sah.

7- Pengajaran

WAJIB ada insurance perlindungan atas kenderaan yang tuan puan bawa. Jika tiada, tuan puan akan menyusahkan hidup tuan puan dan pihak lain jika berlaku kemalangan.

Sekian.

(boleh share)

Hasif Hasan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-8-2021 07:27 AM From the mobile phone | Show all posts
CORETAN PEGUAM

Jika saya menerima 3 kiriman WhatsApp daripada 3 pengirim.

1- Aku akan santau kamu

2- Aku akan bunuh kamu.

3- Aku akan tembak kamu.

Tidak dinafikan bahawa ketiga tiga perkataan menakutkan saya.

Seksyen yang relevan adalah Seksyen 506 Kanun Kesiksaan iaitu ugutan jenayah.

Pada pendapat saya, WhatsApp 1 bukan kesalahan jenayah walaupun menakutkan saya, kerana santau ini bukan directly membahayakan (harm) saya. Tidak ada bukti saintifik yang boleh diterima mahkamah setakat ini.

Manakala whatsapp 2 dan 3 pada pandangan saya adalah satu kesalahan kerana ianya bukan hanya menakutkan saya malah boleh membahayakan diri dan nyawa saya secara direct.

Sekian.

Hasif Hasan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-8-2021 07:29 AM From the mobile phone | Show all posts
CORETAN PEGUAM (repost)

Hak Laluan

Saya menulis mengenai hak ambulans ketika berada di persimpangan lampu isyarat, sama ada perlu berhenti menunggu lampu hijau atau boleh melanggar lampu isyarat merah.

Begitu juga hak kita yang berada di hadapan ambulan, sama ada perlu meneruskan perjalanan dengan melanggar lampu isyarat merah untuk memberi laluan perjalanan kepada ambulans yang berada di belakang kita atau tidak.

Tulisan saya kali ini adalah bersandarkan undang undang yang ada dan terpakai termasuk merujuk kepada arahan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia dan sedikit pun tidak mengulas mengenai aspek moral dan kemunasabahan undang undang yang sedia ada.

Jika sebahagian dari kita turut merasakan bahawa undang undang yang sedia ada tidak munasabah, saya juga boleh bersetuju dengan pendapat tuan puan sekelian.

Sebelum saya menulis, saya telah membuat kajian dan bacaan yang berkaitan dengan perkara ini.

Tulisan ini dapat dilihat dari sudut negatif dan positif namun biarpun negatif tetapi undang undang tetap undang undang melainkan ianya dimansuhkan atau dipinda parlimen.

Sebelum menulis saya sudah menjangkakan soalan dan argument pembaca dan saya sudah berlapang dada.

-Tak kan ambulans membawa pesakit jantung dan wanita bersalin perlu berhenti di lampu isyarat merah.
-Berapa banyak lampu isyarat kena berhenti.
-Lampu isyarat ini jika ditunggu, bukan sekejab tapi lama.
-Cuba fikir jika keluarga sendiri tenat dalam ambulans , apa perasaan kita
-Kalau diri sendiri nazak di dalam ambulans , baru tahu susahnya jika ambulans  lambat sampai ke hospital.
-Kalau lambat sampai ke hospital, pesakit akan mati dan lain lain persoalan logik pada hukum akal.
-Tulis senang, cuba bayangkan yang menulis sendiri sebagai pesakit di dalam ambulans berkenaan.
-Peguam ini menulis guna akal atau tidak.

Persoalannya ialah adakah boleh atau tidak ambulans melanggar isyarat lampu isyarat merah terutama ketika trafik sibuk.

Banyak kejadian melibatkan kemalangan dan pertembungan di persimpangan lampu isyarat dengan ambulans telah berlaku.

Mengikut undang undang, sesebuah ambulans  perlu berhenti di lampu isyarat merah.

Setelah diteliti sememangnya ada arahan daripada Kementerian Kesihatan mengarahkan pemandu-pemandu ambulans jika berada di persimpangan lampu isyarat melakukan perkara ini iaitu ;

-tidak membunyikan siren kecemasan tetapi dibenarkan untuk menyalakan lampu kecemasan.
-Pemandu ambulans  juga tidak boleh melanggar lampu isyarat merah dan  tertakluk pada undang-undang lampu isyarat.

Ianya bukan untuk menidakkan keperluan pesakit di dalam ambulans  tetapi untuk mengelakkan kemalangan yang boleh berlaku yang lebih membahayakan nyawa pesakit akibat dari kegagalan mengikuti isyarat lampu isyarat.

Perlu diingat bahawa terdapat di mana pemandu kenderaan berada di dalam kereta yang berhawa dingin, tingkap bertutup rapat dan sedang mendengar radio dan muzik.

Pendek kata, mereka hidup dalam 'dunia’ mereka.

Atau mungkin kereta dipandu oleh warga emas yang kurang pendengaran untuk mendengar siren ambulan berkenaan.

Mereka tidak sedar kewujudan ambulans  pada masa tersebut. Mereka hanya menunggu pertukaran lampu merah ke hijau untuk bergerak. Sememangnya perbuatan mereka ini tidak bersalahan dengan mana mana undang negara.

Dalam keadaaan tidak sedar adanya ambulans  maka pemandu ini melihat lampu bertukar hijau dan pemandu bergerak ke depan.
Hak laluan adalah milik beliau kerana lampu isyarat bertukar hijau.

Secara tiba tiba muncul ambulans  dan merempuh kenderaan terbabit.
Siapa yang perlu dipersalahkan? Mereka atau pemandu ambulans ?

Begitu juga apabila ambulans  berada di belakang, pemandu di hadapan bergerak ke hadapan untuk memberi laluan kepada ambulan sedangkan lampu isyarat masih merah dan akibat bergerak ke hadapan, tiba tiba berlanggar atau terlanggar dengan kenderaan di hadapan yang bergerak kerana lampu hijau di laluan beliau.
Soalannya siapa yang patut dipersalahkan?

Tambahan pula jika kemalangan itu mengakibatkan kematian kepada pengguna jalanraya lain yang tidak berdosa.

Adakah pemandu ambulans  boleh disaman dan disabitkan kerana pemandu kenderaan hadapan bergerak bagi 'mengikuti' arahan pemandu ambulans  berkenaan, jawapannya tidak boleh.

Bagaimana pula jika pengguna lain yang berada di persimpangan yang akan mengambil peluang 'menumpang' terutama jika ambulans  hanya berada di sebelah mereka sahaja dan bukan di laluan ambulans  atau di belakang mereka itu dan seterusnya berlaku kemalangan.

Siapa yang patut dipertanggungjawabkan?

Perlu difikirkan juga bahawa ambulans  membawa pesakit yang kritikal namun masih stabil sebelum bergerak ke hospital yang dituju untuk  mendapat rawatan dan boleh 'mati' akibat kemalangan yang tidak perlu dan dapat dielakkan, jika pemandu ambulans  boleh bersabar untuk menunggu lampu bertukar hijau namun tindakan pemandu ambulans  melanggar lampu isyarat bukan sahaja membahayakan diri dan nyawa beliau, pesakit dan penguna jalanraya yang lain.

Perlu juga diketahui waris pesakit hanya dibenarkan menaiki ambulans  mengiringi pesakit dengan kebenaran pegawai perubatan dengan mengisi borang dan jika berlaku kecelakaan di dalam perjalanan maka waris pesakit tidak boleh menuntut apa apa gantirugi dari Kementerian.

Begitu juga perlu difikirkan bahawa pesakit yang dalam ambulans  'mungkin mati dan mungkin hidup' apabila dirawat di hospital namun jika berlaku perlanggaran dengan pemandu kenderaan yang 'sihat sejahtera' dan normal, maka kematian mereka adalah pada logik akal adalah sia sia kerana mereka 'mampu' hidup dan sihat walafiat jika tidak terbabit dalam kemalangan ini.

Alternatif
——————

Mungkin langkah terbaik jika pemandu ambulans 'masih dan tetap mahu' melanggar lampu isyarat, adalah wajar bagi pemandu kenderaan lain membuka laluan, menghimpit dan mengerakkan kenderaan ke tepi dan berilah laluan kepada pemandu ambulans bergerak ke hadapan secara bersendirian dan bukan turut sama bergerak ke depan atau menumpang bagi melanggar lampu merah bersama ambulans tersebut.

Semoga maklumat ini memberi sedikit maklumat dan input kepada kita jika berhadapan situasi begini dan tepuk dada tanya selera.

Sekian.

(boleh dikongsi)

Hasif Hasan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-8-2021 07:31 AM From the mobile phone | Show all posts
CORETAN PEGUAM

Soalan:

Kereta saya telah hilang di tempat pakir berbayar di lapangan terbang. Bolehkah saya menyaman syarikat penyedia pakir berkenaan?

Jawapan:

Saya pernah menulis sebelum ini dan keputusan kes di Mahkamah Rayuan dirujuk, yang boleh membantu pembaca memahami undang undang yang ada.

Mungkin ramai di kalangan kita yang berpendapat bahawa di dalam sesuatu perkhidmatan dan urusniaga kita dengan satu pihak lain, selalu ditulis klausa pengecualian atau exclusion clause.

Ianya bermaksud satu pihak terutama penyedia perkhidmatan atau urusniaga ingin melepaskan tanggungjawab mereka sekiranya berlaku sesuatu musibah.

Sebagai contoh, meletakkan kenderaan di kawasan pakir berbayar seperti di lapangan terbang dan ditulis pada papan tanda di kawasan parkir dan di tiket pakir, 'Pihak syarikat tidak akan bertanggungjawab jika berlaku kehilangan kepada kereta tuan puan. Kenderaan dan kandungan adalah kepada risiko pemilik sendiri'.

Perlu difahami apakah tujuan kita meletakkan kenderaan di kawasan pakir berbayar di lapang terbang, sekiranya pemandu menaiki pesawat ke mana mana destinasi dan akan mengambil kenderaan mereka setelah pulang kelak dengan selamat.

Apa pula reaksi dan perasaan pemilik kenderaan sekiranya mendapati bahawa kenderaan beliau telah hilang.

Pemilik membuat aduan kepada penjaga pakir dan penjaga pakir sekadar menjawab dengan menyatakan syarikat tidak akan bertanggungjawab di atas kehilangan berdasarkan klausa dan papan tanda yang tertera klausa pengecualian sepertimana yang ada di kawasan tersebut.

Soalan yang sama saya ingin lontarkan ialah bolehkah sebuah syarikat dobi meletakkan syarat dan klausa pada papan tanda kedai atau resit rasmi mereka, 'Pihak syarikat tidak akan bertanggungjawab jika pakaian tuan puan tidak bersih setelah dibasuh'.

Defeat the purpose bukan?

Kenapa kita memakir kenderaan di kawasan pakir lapangan terbang berbayar dan bukannya di tepi jalan atau di mana mana tempat lapang berhampiran lapang terbang yang tidak perlu dikenakan bayaran?

Sudah tentu jawapannya ialah supaya kenderaan kita dalam keadaan selamat ditinggalkan namun apabila kita memakir kenderaan di pakir berbayar lapangan terbang, ditulis pula syarikat tidak akan bertanggungjawab jika berlaku kehilangan kenderaan.

Begitu juga apa matlamat pakaian didobi sekiranya pakaian berkenaan tidak bersih?

Tentu sekali adalah lebih baik memakir kenderaan di tepi jalan besar yang pakirnya tidak perlu dibayar berbanding memakir kenderaan di dalam kawasan pakir berbayar jika sekiranya berlaku kehilangan kenderaan, nasibnya pemilik dan tuan adalah sama, tidak boleh menuntut sebarang gantirugi.

Jadi yang perlu kita difahami adalah, tidak semudah itu syarikat pengendali perkhidmatan pakir berbayar untuk tidak membayar atau mengelakkan daripada membayar gantirugi kepada pemilik atau tuan kenderaan jika berlaku kehilangan kenderaan sekiranya wujud kecuaian di pihak syarikat.

Apa yang perlu dilakukan syarikat adalah melaksanakan 'duty of care' atau bertanggungjawab menjaga kenderaan yang dipakir agar selamat kerana itulah matlamat pihak yang memakirkan kenderaan adalah bagi keselamatan kenderaan mereka.

Mungkin bagi perlaksaannya ialah syarikat perlu menyediakan bilangan pengawal yang mencukupi atau kekerapan rondaan dan rondaan yang mencukupi, terdapat bilangan lampu dan cahaya yang mencukupi terutama pada waktu malam atau terdapat kamera litar yang mencukupi dan diawasi oleh pengawal keselamatan bagi menunjukkan duty of care sudah dilaksanakan sebaik mungkin oleh syarikat.

Jika kesemua langkah langkah telah dilaksanakan syarikat namun masih berlaku kehilangan kenderaan maka mungkin syarikat mempunyai pembelaan yang baik sekiranya disaman oleh tuan atau pemilik kenderaan berkenaan.

Jadi apa yang penting untuk difahami ialah bukan semua kausa pengecualian atau 'exclusion clause' dibuat penyedia perkhidmatan dapat menyelamatkan mereka jika berlaku musibah namun persoalanya yang perlu dijawab ialah setakat mana 'duty of care' telah dipatuhi atau dipenuhi oleh penyedia perkhidmatan bagi mengelakkan  malapetaka atau musibah kepada pelanggan mereka.

Kesimpulannya ialah saya percaya, pelanggan atau pengguna masih mempunyai hak untuk penyaman syarikat berkenaan berdasarkan peruntukkan yang ada walaupun terdapat klausa pengecualian ini.

Sekian.

(boleh dikongsi)

Hasif Hasan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-8-2021 07:35 AM From the mobile phone | Show all posts
CORETAN PEGUAM

Rakan bertanyakan saya mengenai khidmat guaman percuma yang disediakan di negara kita.

Jawapan saya:

Terdapat dua tempat rakan yang bertanya boleh merujuk iaitu Pusat Bantuan Guaman / Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) dan Jabatan Bantuan Guaman (JBG).

Terdapat syarat syarat tertentu yang perlu dipenuhi bagi seseorang mendapat khidmat guaman berkenaan.

Tempat tempat tersebut adalah:

1- Pusat Bantuan Guaman dan Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan kendalian Majlis Peguam Malaysia.

https://www.malaysianbar.org.my/article/find/bc-legal-aid-centres/legal-aid-centres/find-legal-aid-centres

2- Jabatan Bantuan Guaman kendalian kerajaan.

http://www.jbg.gov.my/index.php/ms-my/info-jbg/cawangan

Semoga yang bertanya mendapat manfaat.

Sekian.

Hasif Hasan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-8-2021 07:37 AM From the mobile phone | Show all posts
CORETAN PEGUAM

Kita biasa dengar apabila seseorang tertuduh melakukan kesalahan maka ada yang mendakwa tertuduh itu gila.

Atau tertuduh mempunyai kad pesakit mental menyatakan pernah mendapat rawatan dari psychologist.

Soalannya ialah, adalah tertuduh boleh terlepas dari hukuman?

Jawapan saya:

Tertuduh mungkin boleh lepas atau juga boleh untuk disabitkan kesalahan dan dihukum.

Perlu diingat kad ini bukan sebagai lesen bagi tertuduh melakukan jenayah untuk melepaskan diri dan tanggungjawab (liabiliti).

Jika tertuduh sedar dan siuman ketika melakukan kesalahan jenayah, dia tetap dipertanggungjawabkan atas kesalahan jenayah tersebut.

Jika dia tidak sedar sekalipun namun ketidaksedaran dia sengaja 'dicipta' maka dia tetap dipertanggungjawabkan atas kesalahan seperti contoh meminum arak atau mengambil dadah.

Mahkamah juga boleh membenarkan tertuduh dihantar untuk pemeriksaan psikiatri mengikut Seksyen 342 (1) Kanun Prosedur Jenayah sekiranya terdapat permintaan daripada pihak peguambela atau pendakwaraya itu sendiri.

Pembelaan ketidaksiuman (insanity) di bawah peruntukan;

Seksyen 84 Kanun Kesiksaan seperti berikut:

“Nothing is an offence which is done by a person who, at the time of doing it, by reason of unsoundness of mind, is incapable of knowing the nature of the act, or that he is doing what is either wrong or contrary to law.”

Sekiranya laporan pakar menyatakan tertuduh layak untuk dibicarakan, dia juga layak menerima hukuman jika disabit kesalahan.

Mungkin sekiranya tertuduh mempunyai kad berkenaan dan dia siuman semasa melakukan jenayah, ianya mungkin faktor mitigasi untuk beliau memohon hukuman dikurangkan dan bukan untuk melepaskan terus dari pertuduhan.

Sekian.

Hasif Hasan
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 15-8-2021 07:38 AM From the mobile phone | Show all posts
CORETAN PEGUAM

Jamin polis berbeza dengan jamin di mahkamah. Jamin polis tidak memerlukan suspek (orang yang disiasat) atau penjamin suspek untuk membuat sebarang bayaran.

Cukup sekadar akujanji penjamin dan orang yang dijamin bersama pegawai penyiasat dengan syarat syarat tertentu.

Jaminan di mahkamah pula lazimnya penjamin perlu membuat bayaran supaya tertuduh dapat keluar dan hadir ke mahkamah pada tarikh yang ditetapkan oleh mahkamah.

Sekiranya tidak dijamin, tertuduh akan ditahan di penjara sehingga kes selesai.

Jamin polis ialah jaminan bagi memastikan orang yang disiasat memberi kerjasama untuk beliau hadir ke mahkamah bagi dituduh (sekiranya terdapat arahan tuduh oleh pendakwaraya terhadap individu berkenaan).

Sekiranya tiada arahan untuk dituduh, he can walk free.

Sekian.

Hasif Hasan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-8-2021 07:56 AM From the mobile phone | Show all posts
CORETAN PEGUAM

Ada rakan bertanyakan saya soalan.

Sekiranya beliau menerima sejumlah wang yang telah tersalah masuk ke dalam akaun beliau dan beliau mengetahui ianya bukan wang beliau kerana tuan punya wang dan pegawai bank ada menelefon dan memaklumkan beliau.

Soalannya kepada saya ialah bolehkan beliau menggunakan atau membelanjakan wang tersebut untuk kegunaan sendiri?

Jawapan saya,

Tidak boleh kerana ianya salah dari sudut undang undang dan agama.

Wang tersebut bukan kepunyaan beliau kerana tersalah masuk ke dalam akaun beliau dan sepatutnya wang dikembalikan kepada pemilik atau tuan punya asal.

Jika digunakan wang berkenaan secara sengaja, beliau boleh dituduh di bawah Seksyen 403 Kanun Keseksaan kerana menyalahgunakan harta dengan curang atau tidak jujur.

Hukuman jika sabit kesalahan ialah penjara minima selama tidak kurang 6 bulan dan tidak lebih 5 tahun penjara dan dengan sebat, dan hendaklah juga dikenakan denda.

Sekian.
(boleh dikongsi)

Hasif Hasan

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-8-2021 08:02 AM From the mobile phone | Show all posts
CORETAN PEGUAM

Saya kerap mendapat soalan yang hampir SAMA daripada rakan fb mengenai bentuk hukuman yang akan dijatuhkan oleh mahkamah sekiranya tertuduh mengaku bersalah.

Saya sudah menjawab sebelum ini dan saya tidak lagi berhasrat menjawab soalan rakan pembaca.

Soalan lazim kepada saya:

“Asslkum tuan.ank sy telah ditahan polis atas kesalahan memiliki shabu dan ujian kencing positif. Disni sy igin tahu ap hukuman yg bakal diterima”

Jawapan saya;

Waalaikumusalam wbt kepada rakan fb saya.

Kesalahan menggunakan atau memberi dadah kepada diri sendiri dan air kencing adalah postitif terjumlah di bawah Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Hukumannya ialah penjara boleh sampai 2 tahun atau denda boleh sampai RM5000 atau kedua dua sekali DAN pengawasan polis selama tempoh 2 tahun.

Secara mudah, ini bermaksud undang undang memberi kuasa kepada seseorang Majistret untuk:

~Memilih di antara hukuman PENJARA atau DENDA atau kedua dua sekali

~Menjatuhkan hukuman DENDA sehingga RM5000

~Menjatuhkan hukuman PENJARA sehingga 2 tahun

Dan

Meletakkan Tertuduh di bawah Perintah Pengawasan Polis selama 2 tahun kerana itu adalah wajib dan mandatori dan Mahkamah tidak ada pilihan. Pilihan adalah hanya kepada hukuman yang bakal dijatuhkan.

Oleh kerana hukuman adalah berdasarkan budibicara Majistret, maka tertuduh atau peguam tertuduh (jika tertuduh diwakili peguam) perlu membuat rayuan atau mitigasi.

Rayuan ini perlu bagi tertuduh memohon agar:

~Hukuman berbentuk denda sahaja dijatuhkan oleh mahkamah
~Hukuman denda yang paling minima
~Tiada hukuman pemenjaraan

(Sekiranya Tertuduh tidak mahu hukuman pemenjaraan)

Oleh kerana bidangkuasa seorang Majistret bagi hukuman DENDA sehingga RM5000, ini bermaksud seorang Majistret boleh menjatuhkan hukuman DENDA RM1000, RM1500, RM2500 atau RM3000 atau RM4000 atau juga mungkin RM5000.

Semua jumlah tersebut dibenarkan oleh undang undang dan dalam bidangkuasa (jurisdiction) Majistret selagi tidak melebihi RM5000 bagi hukuman DENDA.

Tuan Puan yang dihormati,

Sebagai Peguam, kami TIDAK TAHU apa bentuk hukuman yang akan dijatuhkan oleh seorang Majistret, sama ada Denda ATAU Penjara ATAU kedua dua sekali.

Oleh kerana itu setiap TERTUDUH atau Peguam tertuduh perlu MERAYU atau membuat MITIGASI kepada mahkamah terhadap hukuman yang bakal dijatuhkan oleh Majistret.

Walaupun pada KELAZIMAN hukuman denda akan dikenakan bagi pesalah pertama (first offender) namun tertuduh perlu memohon kepada mahkamah agar dijatuhkan hukuman denda

dan

TIDAK dikenakan hukuman berbentuk pemenjaraan.

Tuan Puan yang dihormati,

Mungkin agak ‘berisiko’ jika tertuduh ‘SENYAP’ atau menyerahkan hukuman kepada budibicara mahkamah, tanpa memaklumkan hasrat beliau untuk hukuman berbentuk denda contoh atau mengatakan “Saya serah pada mahkamah”.
Ayat ini tidak membantu Mahkamah bagi memahamkan kehendak sebenar Tertuduh.

Permohonan Tertuduh perlu jelas dan difahami Mahkamah.

Bagitahu kepada Mahkamah bahawa “Saya pohon hukuman DENDA sahaja dikenakan ke atas saya, saya pohon TIDAK dipenjarakan berdasarkan alasan alasan berikut, (bagitahu alasan)

Mungkin trend atau bentuk hukuman berlainan daripada seorang Majistret dengan Majistret yang lain.

Bagaimana cara untuk MEMBUAT RAYUAN atau mitigasi, telah saya coretkan sebelum ini.

Kesalahan, hukuman juga seksyen berkenaan kes dadah telah saya coretkan sebelum ini.

SILA BACA dah fahamkan.

Mungkin coretan terdahulu mengenai rayuan atau mitigasi dapat sedikit sebanyak membantu tertuduh terutama jika tidak diwakili peguam untuk memohon hukuman yang lebih RENDAH bakal dijatuhkan oleh mahkamah.

Selamat berjaya.

Sekian.

(Boleh dikongsi)

Hasif Hasan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-8-2021 08:07 AM From the mobile phone | Show all posts
CORETAN PEGUAM

Saya ditanya rakan FB mengenai kes tuntutan kemalangan di mahkamah dan beliau tidak berpuas hati mengenai jumlah pampasan yang dibayar oleh pihak insurance.

Bagi memudahkan pemahaman pembaca, saya merujuk dua kemalangan jalanraya melibatkan dua orang, A dan B.

A dan B mengalami kecederaan adalah sama, namun soalannya ialah kenapa jumlah pampasan atau gantirugi yang diperintah dibayar kepada plaintiff A dan B adalah berbeza.

(Plaintiff adalah pihak yang menuntut manakala defendan adalah pihak yang kena tuntut).

Sebagai contoh seorang dilanggar ketika menunggu bas di perhentian bas manakala seorang dilanggar ketika sedang menyeberang atau melintas jalan.

Bagi menjawab soalan ini saya akan terangkan mengenai dua perkara penting dalam satu tuntutan di mahkamah iaitu liabiliti atau tanggungan kemalangan dan kuantum atau nilai gantirugi.

Liabiliti
________

Liabititi adalah berkisar kepada tahap kecuaian atau sumbang cuai pihak pihak dalam pengawalan, mengendali atau pemanduan sesebuah kenderaan yang menjadi punca kemalangan jalan raya.

Tahap atau liabiliti kecuaian ini mungkin berbeza dalam setiap kemalangan mungkin 100 peratus, 80 peratus, 50 peratus atau mungkin 0 peratus.

Tahap sumbang cuai (contributory negligence) ini mempergaruhi kadar bayaran atau kuantum kepada plaintiff kelak.
Kadar bayaran atau kuantum ini adalah satu jumlah yang sudah dipersetujui berdasarkan kepada keputusan mahkamah tertinggi.

Sebagai contoh;

Jika plaintiff  A sedang menunggu bas di satu perhentian bas. Tiba tiba datang sebuah kenderaan dipandu defendan terbabas lalu melanggar plaintiff A.

Akibatnya plaintiff A mengalami kecederaan;

Laporan perubatan plaintiff menyatakan, ‘moderate head injury with skull fracture, intracranial bleeding of the extradural types (extradural aemorrage in the left parietal region with mass effect), left forehead haematoma and loss of consciousness with post concussion syndrom".

Soalannya ialah apakah plaintiff A bertanggungan atau turut menyumbang kepada punca kemalangan ini? Tentu sekali jawapannya tidak.

Beliau berada bukan di laluan defendan, tidak menghalang laluan defendan malah berada di kawasan selamat bagi perjalanan defendan.
Defendan secara cuai telah terbabas dan melanggar plaintiff A di tempat yang dibenarkan beliau berada.

Ini bermaksud defendan adalah bertanggungan 100 peratus kepada punca kemalangan.

Tanggungjawab peguam plaintiff dan defendan
________________________________________

Bagi peguam plaintiff tentu sekali akan cuba membuktikan bahawa defendan adalah penyumbang kepada kemalangan agar tuntutan gantirugi dapat dimaksimakan dengan liabiliti kecuaian kepada defendan;

manakala peguam defendan yang mewakili pihak yang melanggar dan pihak insurance sebagai pembayar tentu sekali akan cuba membuktikan plaintiff adalah punca kemalangan agar jumlah tuntutan ini dapat dikurangkan atau ditolak oleh mahkamah.

Kuantum
________

Berdasarkan kepada kuantum yang telah diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan yang mengikat mahkamah di bawah, seperti Mahkamah Majistret, Sesyen, Tinggi dan Rayuan, bagi kecederaan di atas, jumlah atau kuantum adalah sebanyak RM90,000.

Kuantum ini sesuatu yang sudah ditetapkan mahkamah dan pihak pihak lazimnya akan mengikutinya.

Oleh kerana defendan adalah 100 peratus bertanggungan kepada punca kemalangan dan kecederaan plaintiff A maka plaintiff A akan mendapat jumlah RM90,000 sebagaimana yang dituntut beliau.

Bagi plaintiff B yang sedang melintas atau menyeberang jalan maka kedua dua pihak iaitu plaintiff dan defendan adalah sama sama menyumbang cuai atas kemalangan membabitkan plaintiff.

Kecuaian plaintiff B mungkin kerana gagal memastikan keadaan selamat sebelum menyeberang jalan manakala kecuaian defendan kerana gagal memperlahankan kenderaan atau mungkin gagal memberi perhatian ketika plaintiff B sedang menyeberang jalan.

Andaikan Mahkamah memutuskan liabiliti defendan dan plaintiff B adalah 50 peratus kepada punca kemalangan maka jumlah kuantum tetap tidak berubah namun liabiliti yang membezakan kedua dua plaintiff.

Ini bermaksud plaintiff B akan mendapat pampasan RM45,000 kerana beliau menyumbang cuai atau bertanggungan sebanyak 50 peratus kepada punca kemalangan.

Bagi plaintiff A pula beliau akan mendapat pampasan sebanyak RM90,000 kerana beliau adalah 0 peratus atau tidak sedikitpun menyumbangcuai sebaliknya defendan yang 100 peratus punca kemalangan ini.

Justeru itu defendan yang diputuskan mahkamah bertanggungan terhadap liabiliti dalam suatu kemalangan hendaklah membayar jumlah pampasan kepada plaintiff berdasarkan kepada tahap atau takat mana peratusan tanggungan liabiliti yang diputuskan oleh Mahkamah ke atasnya.

Perlu diingat bahawa nilai gantirugi yang dinilaikan Mahkamah berdasarkan kepada bukti seperti laporan pakar, laporan perubatan, resit dan bil perubatan.

Jadi kesimpulannya ialah plaintiff A dan B akan mendapat dua jumlah pampasan yang berbeza walaupun mereka mengalami kecederaan yang sama.

Mungkin jawapan ini akan memberi pencerahan kepada pihak pihak yang mempertikaikan kemampuan seseorang peguam dalam kes kemalangan terutama jika tuntutan yang mereka terima dikatakan tidak sepadan dengan kecederaan yang mereka alami.

Tambahan
_________

Seorang peguam wajar menasihati anak guam khasnya di dalam kes di mana sumbang cuai Plaintiff itu tinggi.

Selain itu, sekiranya terdapat kecederaan lanjut yang wujud dari kemalangan tersebut ygang melibatkan kecederaan yang banyak, sebaik baiknyanya tunggu lah laporan pakar @ laporan klarifikasi itu diperoleh, barulah saman tersebut difailkan, berlaku adil lah pada anak guam tersebut.

Semoga tuan puan semua mendapat manafaat.

Sekian.

Hasif Hasan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-8-2021 08:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Coretan Peguam (Siri 431) (Repost)

SAMBUNG BAYAR KENDERAAN. SELAMATKAH KITA?

Ramai di kalangan rakan bertanyakan mengenai perjanjian sambung bayar kenderaan.

Saya telah menulis dalam coretan coretan sebelum ini dan saya akan memuat turun kembali bagi bacaan rakan rakan.

Semoga mendapat manafaat.

~Coretan Peguam

Malam tadi aku dihubungi rakan minta tolong aku buat satu surat perjanjian. Orang putih kata agreement.

Aku tanya surat apa. Dia jawab surat perjanjian sambung bayar kereta. Dia kata kawan dia tidak mampu bayar jadi kawan dia offer pada dia kereta untuk disambung bayar secara bulanan.

Aku cakap, tindakan kau tu bagus sebab nak tolong kawan tapi minta maaf sebab aku tidak boleh buat surat perjanjian sebegitu.

Aku cakap sangat berisiko. Aku tak nak orang lain cakap, loyer mana yang 'tidak berapa cerdik' yang buat perjanjian kat kau ni?

Kereta tu kau sambung bayar tetapi hak milik kereta masih kawan kau. Kau akan menghadapi masalah terutama jika berlaku kematian kepada tuan kereta, kemalangan atau kecurian.

Aku cakap walau berjela dan beratus muka surat pun surat perjanjian aku tulis , ianya tidak akan membantu jika berlaku sebarang masalah kerana tuan asal masih mempunyai hak mutlak kepada kereta tersebut.

Aku cakap surat begini tidak sah,orang putih kata not valid, loyer sebut ' void ab initio' , sekalipun dibuat peguam kerana ianya tidak mengikat pihak sebenar iaitu bank kerana perjanjian ini antara kau dan kawan kau dan bukan bank.

Jadi aku cakap aku bukan tidak mahu tolong kau tapi apa guna aku buat surat tetapi tidak laku dan tiada 'legal effect atau implication'

Aku cakap jika tuan kereta mati, engkau lagi susah kerana waris yang layak boleh mengabaikan surat perjanjian ini yang termeterai dan berhak menuntut kenderaan pada bila-bila masa.

Kesian kan? Kau bayar bulan bulan tapi bila tuan mati waris senang senang pergi ambil kereta tersebut dan engkau terkebil kebil. Nak sekat memang tiada kuasa.

Engkau buat report polis pon, mereka tidak akan layan. Sekadar report aje la.

Tidak adil bukan? Memang tidak adil tetapi adil juga kerana membuat sesuatu tanpa mengetahui akibat yang mungkin berlaku di depan hari.

Aku cakap lagi kalau kereta dicuri atau accident teruk, dan kau nak buat claim insuran maka insuran hanya layan claim dari tuan kereta yang sah atau berdaftar aje.

Kalau total lost pun, lepas tolak baki pinjaman, insuran company akan bayar kepada tuan kereta. Yang kau akan melopong.

Aku cakap kalau kau nak tolong juga kawan kau, pergi bank dan buat penjadualan semua atau bincang dengan bank, cakap tuan kereta sudah tidak mampu bayar dan bank ada cara menolong pembeli kereta macam engkau ni.

Jadi aku minta maaf pada kawan aku sebab aku tidak mampu membuat surat perjanjian yang tidak sah.

Aku cakap mana sah kau nak kawin dengan bini orang. Maksud aku 'laki' dia tu bank dan bank tak tau apa apa, pas tu kau pulak pandai pandai bawa bini orang kawin lari. Aku sinis aje tapi aku yakin kawan aku tak sedikit pun terasa. Kalau nak terasa pon elok jugak..hihihi

Aku cakap lagi agreement macam ni salah dan jual beli kereta begini mengikut Akta Sewa Beli 1967 (Akta 212) jika disabitkan, boleh dikenakan denda tidak melebihi dua puluh lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Tambahan pula prinsip undang-undang adalah jelas, seksyen 24 Akta Kontrak 1950 memperuntukkan jenis-jenis perjanjian yang void ab initio (batal dari permulaan lagi) di antaranya jika perjanjian itu menyalahi mana-mana undang-undang, contohnya Hire Purchase Act atau Perjanjian Sewa Beli 1967 seperti yang kawan aku nak buat ini.

Jadi mungkin 'khutbah' aku ini dapat menyedarkan kawan aku atau kawan kawan aku yang lain yang sudi membaca coretan aku ini.

( Ganti nama diri ‘aku’ dan ‘kau’, saya gunakan bagi tujuan penegasan coretan ini sahaja )

~Coretan Peguam

Saya ditanya soalan berikut;

Dulu pd tahun 2013 sy buat sambung bayar kpd A.  lepas tu A sambung bayar kpd B.  
B pulak sambung lg kepada C.  
Skrg ni C x baya bank selama 8 bulan.  Jadi bank call sy.  
C iklan kan d website utk sambung bayar.  
Bila sy call ckp sy owner, C ckp die suda jual kete tu kpd org lain.  
Bila sy mntk detail jual kpd siapa,  die xnak bgtau.  Sy syak kete masih d tgn C.

Jadi baru2 ni sy dpt kesan C cuba jual kete sy tu

Sy suda call dia bgtau sy owner kete nak balik kete. Tp die berdalih ckp dah jual.  
Bila sy mntk details die xnak bg

Lps tu sy berpura jd pembeli,  mula2 die ckp ada tp bila sampai hari nak urusan jual beli,  die offer kete preve lain.

Jadi ada x cara yg sah ikut undang2 utk sy cuba dpt kan kete sy kembali drpd C ni?

Jawapan saya:

Perjanjian Jual Beli Kereta yang saudara buat pada tahun 2013 dengan A adalah terbatal dan tidak sah kerana pada ketika itu kereta tersebut masih dituntut oleh pihak bank sebagaimana dinyatakan di dalam geran atau suratan hakmilik kereta.

Pihak bank tidak menjadi pihak di dalam perjanjian antara saudara dengan A dan tentu sekali bukan dalam pengetahuan pihak bank.

Jadi sebarang perjanjian antara A, B dan C adalah juga tidak sah dan terbatal.

Saudara masih dikira tuan punya kereta kerana nama saudara masih ada dalam geran atau suratan hakmilik.

Sebagai tuan kereta, saudara boleh mengambil kereta saudara dari sesiapa sahaja dan tidak boleh dikatakan sebagai mencuri di bawah Seksyen 379A atau menyamun di bawah Seksyen 392 Kanun Kesiksaan kerana ianya melibatkan kereta sendiri.

Bagaimana cara dan bila saudara akan mengambil tersebut adalah di luar pengetahuan dan bidang kuasa saya.

Nasihat saya adalah berhati hatilah supaya jangan pula berlaku sesuatu yang tidak diingini pula kepada saudara.

Mungkin saudara boleh berbincang dengan membayar sedikit bayaran kepada C untuk mendapatkan kembali kereta kerana saya percaya saudara juga pernah mendapat bayaran daripada A dahulu.

Sekiranya terdapat sebarang masalah yang berbangkit untuk mengambil balik kereta juga di luar bidangkuasa saya.

Satu lagi pandangan adalah memaklumkan kepada pihak bank di mana kereta tersebut berada dan serah kepada bank untuk menguruskan untuk urusan tarik semula kenderaan tersebut.

Selepas ditarik, pemilik yang sah sahaja boleh mengambil semula kenderaan daripada pihak bank.

Untuk makluman saudara, pandangan saya hanya berkisar mengenai peruntukkan undang undang yang saya faham juga  ketahui dan saya tiada obligasi untuk memberi pandangan ini kerana tidak ada perhubungan peguambela dan anakguam di sini.

Perlu diingat bahawa adalah menjadi kesalahan kepada saudara untuk membuat laporan polis mengatakan kereta tersebut dicuri kerana ianya diserahkan kepada A dalam pengetahuan dan keizinan saudara. Seksyen 182 Kanun Kesiksaan mengenai membuat laporan palsu dirujuk.

~Coretan Peguam

Saya ditanya rakan FB;

Assalamualaikum tuan,  saya mohon pandangan tuan bagi situasi yg saya hadapi berikut..
Saya membeli sebuah perodua viva pada tahun 2015. Atas dasar kepercayaan, Saya telah memberi pinjam kepada saudara saya dgn janji lisan dia yg akan buat bayaran setiap bulan.  Pada awalnya dia mengotakan janjinya.
Sekarang saudara saya ini telah menghilangkan diri bersama- sama kereta saya tersebut.  Saya telah membuat report polis bagi tujuan memaklumkan kepada bank tetapi bagi bank, saya tetap perlu menjelaskan installment bulanan atau dikenakan tindakan. Mahu tidak mahu saya terpaksa menjelaskan installment bulanan kira kira rm400 untuk kereta yg tak wujud lagi.
Saya cuba meminta pihak polis agar menjadikan kes ini sebagai curi supaya pihak polis dapat keluarkan arahan mencari atau menangkap tetapi menurut polis ianya jenayah komersial kerana saya memberi pinjam.  Saya benar benar terdesak setiap bulan untuk menjelaskan installment bulanan tetapi apa boleh buat ..Saya harap tuan dapat tunjukkannjalan supaya ada cara untuk saya menggesa pihak polis  mencari kereta tersebut.  
Makluman akhir yg saya dapat ialah saudara saya tersebut telah  melarikan diri ke Sabah dan tidak diketahui dimana kereta saya berada.

Jawapan saya:

Waalaikumusalam wbt

Daripada perspektif undang-undang jenayah di Malaysia,

Takrifan "mencuri" ada diberikan di bawah Seksyen
378 Kanun Keseksaan.

Barangsiapa, dengan niat untuk MENGAMBIL secara salah apa-apa harta alih keluar daripada milikan mana-mana orang TANPA KEBENARAN orang berkenaan, MENGGERAKAN/MENGALIHKAN harta itu dengan tujuan mengambilnya, adalah dikatakan melakukan PENCURIAN.

Secara jelas saya melihat kebenaran diberikan saudara maka ianya bukan mencuri.

Saya tidak pasti bagaimana saudara boleh mengarahkan pihak polis mencari kereta saudara apabila tidak ada unsur jenayah yang saya fahami dalam kes ini.

Mungkin saudara boleh cuba untuk membuat semakan dengan JPJ atau Polis terutama melihat saman kelajuan (speed trap) atau kesalahan trafik lain jika ada bagi melihat di mana 'kedudukan' kereta saudara berada dan siapa yang memandu kereta saudara jika terdapat saman yang perlu ditandatangani.

Mungkin saudara juga boleh memaklumkan pihak bank mengenai lokasi kereta (jika diketahui) bagi memudahkan pihak bank untuk menarik kereta tersebut dari simpanan pembeli lain.

Saudara juga mungkin boleh terus mengambil kereta tersebut jika menjumpai di mana mana kerana nama pada geran kereta masih lagi nama saudara.

Utamakan keselamatan saudara jika perlu mengambil kereta tersebut terutama secara 'paksa'.

Sekian.

~Coretan Peguam  

Buat sekian kalinya saya ditanya soalan yang sama oleh rakan.

Soalan beliau ialah;

Saya berhasrat untuk menjual kereta milik saya kepada orang lain tetapi kereta tersebut masih berbaki di finance.

Bolehkah saya membuat satu perjanjian jual beli atau membuat satu akuan bersumpah menyatakan saya telah menjual kereta tersebut kepada orang lain?

Selamatkah saya?

Jawapan saya mudah sahaja.

Perjanjian atau Akuan Sumpah ini penuh berisiko kerana jika pembeli baru tidak menjelaskan bayaran bulanan kepada finance maka finance akan tetap mengambil tindakan undang undang tanpa mengambilkira atau melihat sedikitpun kewujudan Perjanjian Jual Beli atau Akuan Sumpah tersebut.

Perjanjian atau Akuan Sumpah tersebut sebenarnya adalah tidak sah kerana pihak pihak tidak pernah memasukkan nama finance sebagai pembiaya kereta sebagai pihak pihak dalam Perjanjian atau Akuan Sumpah tersebut.

Justru itu dinyatakan sekali lagi bahawa perjanjian yang tidak sah ini tidak dapat dilaksanakan dan risiko kepada tuan punya kereta adalah tindakan undang undang tetap akan dikenakan di atas kegagalan membayar bayaran ansuran bulanan.

Risiko kepada pembeli pula ialah kereta tersebut pada bila bila masa boleh diambil balik oleh tuan kereta sama ada pembeli dapat menjelaskan bayaran ansuran bulanan dengan baik apatah lagi jika bayaran ansuran bulanan gagal disempurnakan oleh pembeli baru kerana nama tuan kereta masih kekal di dalam geran atau suratan hak milik.

Sebenarnya Perjanjian atau Akuan Sumpah ini menyalahi Akta Sewa Beli 1967 (Akta 212) dan jika disabitkan, boleh dikenakan denda tidak melebihi dua puluh lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Seksyen 24 Akta Kontrak 1950 pula menyatakan jenis-jenis perjanjian yang terbatal terutama jika perjanjian yang dibuat itu menyalahi mana-mana undang-undang, contohnya Perjanjian Sewa Beli 1967 tersebut seperti dalam kes kita ini.

Peguam tidak boleh menyekat mana mana pihak daripada membuat perjanjian jual beli atau Akuan Sumpah namun kami hanya boleh menyatakan bahawa Perjanjian atau Akuan Sumpah tersebut tidak mempunyai sebarang nilai, terbatal dan tidak dapat dilaksanakan.

Waima perjanjian tersebut dimatikan dengan setem, dibuat oleh Peguam (jika ada) Dan disaksikan oleh saksi saksi,ianya memang tidak mempunyai kesan undang undang.

Muhammad Hasif bin Hasan
(BC/M/674)
Peguambela dan Peguamcara

(boleh dikongsi oleh semua)

#sambungbayarkenderaan

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-8-2021 08:16 AM From the mobile phone | Show all posts
CORETAN PEGUAM

Rakan fb dari Pulau Pinang bertanyakan saya soalan.

Beliau mempunyai sebuah kereta yang diberi pinjam kepada kawannya. Pada jam 9 pagi, hari kejadian, kawannya telah datang mengambil kereta di rumahnya dan pada jam 4 petang, beliau dihubungi oleh pihak polis memaklumkan bahawa kawan beliau telah ditangkap polis dan sejumlah dadah dijumpai dalam kereta milik beliau.

Beliau telah dipanggil ke balai polis oleh pegawai penyiasat untuk memberi keterangan. Masalah beliau ialah kereta beliau berada dalam sitaan dan simpanan pihak polis.

Oleh kerana kereta tersebut digunakan oleh beliau untuk berulang alik ke tempat kerja, sitaan kereta oleh pihak polis telah menyusahkan beliau.

Soalannya kepada saya, apa yang patut beliau lakukan untuk mendapatkan kembali kereta berkenaan.

Jawapan saya.

Saya merujuk kepada Sesyen 413 Kanun Tatacara Jenayah.

Pemilik kereta perlu berjumpa dengan pegawai penyiasat dan memohon untuk mendapat semula kereta beliau yang disita dan dirampas sebagai barang kes.

Pegawai penyiasat akan membuat permohonan ke mahkamah bagi kereta berkenaan dikembalikan sementara kepada pemilik.

Semasa permohonan di mahkamah dibuat, pemilik kereta perlu hadir di hadapan Majistret.

Mahkamah mempunyai budi bicara untuk membenar atau menolak permohonan berkenaan.

Notis diberikan kepada pemilik kereta memberitahu syarat dan terma yang perlu dipatuhi serta akibat daripada melanggar syarat dan terma tersebut.

Sekiranya pemilik kereta bersetuju dengan syarat atau terma yang ditetapkan, mahkamah akan membuat perintah pemulangan kereta yang disita.

Sekiranya permohonan ditolak, pihak polis akan menyimpan selamat kereta tersebut sehingga selesai perbicaraan kes.

Pemilik kereta dikehendaki mengambil kereta beliau dalam masa tidak melebihi empat puluh lapan (48) jam dari tarikh notis disampaikan kepadanya.

Syarat syarat yang perlu dipatuhi oleh pemilik kereta:

~Tidak dibenarkan melupuskan kereta tersebut

~Tidak dibenarkan menukar bentuk, warna dan sebagainya sehinggakan telah mengubah rupa bentuk asalnya.

~Kereta perlu disimpan dan dijaga dengan sebaiknya.

~Kereta perlu dibawa ke mahkamah semasa perbicaraan atau bila diperlukan.

Sekian.

(sumber rujukan- www.kehakiman dan Sesyen 413 Kanun Tatacara Jenayah)

Hasif Hasan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-8-2021 08:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Terima kasih Berita Harian yang berkongsi pandangan saya mengenai hukuman pesalah PKP.

KOTA BHARU: Setiap majistret mempunyai hak untuk menjatuhkan hukuman mengikut kefahaman berdasarkan fakta kes yang dikemukakan ketika dibicarakan, termasuk bagi kesalahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Undang-Undang Jenayah Majlis Peguam, Hasif Hasan, berkata hukuman yang dijatuhkan terhadap tertuduh tidak menjadi kesalahan selagi ia berada dalam had yang ditetapkan.

“Mengambil contoh kesalahan PKP dimana ramai yang tidak berpuas hati apabila anak kepada ahli politik dikenakan hukuman denda RM800, sedangkan seorang ibu tunggal yang
melakukan kesalahan dikenakan RM1,000 bagi kesalahan sama.

“Mahkamah ada budi bicara sama ada denda atau penjara. Ia juga diberi pilihan sama ada denda RM1,000 atau RM8,000 atau penjara sebulan atau dua minggu kerana ia bergantung kepada budi bicara majistret.

“Setiap hukuman yang dijatuhkan itu bergantung kepada kefahaman dan fakta kes yang dikemukan ketika perbicaraan,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Hasif Hasan

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-8-2021 08:32 AM From the mobile phone | Show all posts
CORETAN PEGUAM

Selama bergelar peguam saya tidak pernah terjumpa dengan kes di mana tertuduh dalam keadaan waras terus mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan yang membawa hukuman mati mandatori.

Sebagaimana lazim, tertuduh akan memohon untuk kes dibicarakan.

Keputusan Hakim Mahkamah Tinggi akan dibuat selepas selesai perbicaraan,
akan tetapi tidak bagi satu kes pembunuhan yang berlaku antara 29 September 2014, jam lebih kurang 3.00 petang hingga 1 Oktober 2014, jam lebih kurang 6.40 petang di rumah No. 4183, Jalan Pengkalan Datok Keramat, Bukit Tengah, 12000 Bukit Mertajam, Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang.

Kes di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang.

Semasa pertuduhan di bacakan, tertuduh telah mengaku bersalah dan Hakim Mahkamah Tinggi berpuas hati bahawa pengakuan bersalah telah dibuat dengan tanpa bersyarat.

Hakim berpuas hati bahawa tertuduh memahami akan sifat dan akibat dari pengakuan bersalahnya apabila mengakui kepada fakta kes yang dibacakan dan diterangkan kepadanya.

Hakim telah menerima pengakuan bersalah tertuduh dan telah mensabitkan tertuduh dengan pertuduhan atas pengakuan bersalahnya.

Tertuduh telah dijatuhi dengan hukuman mati di tali gantung.

Tertuduh merayu ke Mahkamah Rayuan namun Hakim Mahkamah Rayuan yang bersidang seramai 3 orang dengan sebulat suara mendapati tiada sebarang merit dalam rayuan tertuduh.

Mahkamah Rayuan seterusnya menjelaskan bahawa sabitan adalah selamat.

Rayuan tertuduh ditolak. Sabitan dan hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi disahkan dan dikekalkan.

Tertuduh mempunyai satu peluang terakhir untuk membuat rayuan iaitu di Mahkamah Pesekutuan iaitu mahkamah tertinggi di Malaysia.

Nasib beliau akan ditentukan di Mahkamah Persekutuan sama ada hukuman disahkan dan dikekalkan.

Di bawah adalah rekod perbicaraan di Mahkamah Tinggi dan dilaporkan Legal Network Series menjelaskan bahawa tertuduh telah mengaku bersalah tanpa memohon untuk dibicarakan.
[2019] 1 LNS 675

Mahkamah: Adakah awak faham pertuduhan di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan yang telah dibacakan kepada awak?

Tertuduh: Saya faham.

Mahkamah: Adakah awak faham bahawa awak dituduh membunuh XXXX binti XXXX?

Tertuduh: Saya faham.

Mahkamah: Adakah awak faham bahawa jika awak mengaku salah terhadap pertuduhan di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan ini hanya satu sahaja hukuman yang boleh dijatuhkan kepada awak. Mahkamah ini tidak boleh menjatuhkan hukuman lain.

Tertuduh : Saya faham.

Mahkamah: Adakah awak faham bahawa hukuman bagi kesalahan di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dipertuduh ke atas awak ialah hukuman mati.

Tertuduh: Saya faham.

Mahkamah: Adakah awak telah dinasihati oleh peguam bela awak mengenai pertuduhan di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan ini?

Tertuduh: Ada.

Mahkamah: Adakah awak telah dinasihati oleh peguambela awak bahawa jika awak mengaku salah terhadap pertuduhan di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan ini hanya satu sahaja hukuman yang boleh dijatuhkan kepada awak. Mahkamah ini tidak boleh menjatuhkan hukuman lain.

Tertuduh: Ada.

Mahkamah: Adakah awak faham apa yang telah dinasihatkan oleh peguambela awak dari segi undang-undang mengenai kesalahan di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan?

Tertuduh: Saya faham.

Mahkamah: Apakah pengakuan awak?

Tertuduh: Saya mengaku salah.

P3 dan P5 ditunjukkan kepada tertuduh.
Tertuduh mengakui kedua-dua laporan P3 dan P5.

Mahkamah:

Mahkamah telah mengambil kira Laporan Perubatan bertarikh 23.03.2016 yang telah dikemukakan pada 16.08.2017 sebagai eksibit P3 dan Laporan Perubatan yang telah dikemukakan pada 04.12.2017 sebagai eksibit P5. Kedua-dua laporan perubatan P3 dan P5 mengesahkan bahawa tertuduh adalah layak untuk dibicarakan.

Mahkamah berpuas hati bahawa tertuduh faham pertuduhan yang telah dibacakan terhadapnya. Mahkamah berpuas hati bahawa tertuduh faham sebab dan akibat pengakuan salahnya terhadap pertuduhan di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Mahkamah berpuas hati bahawa tertuduh telah mengaku salah tanpa bersyarat. Mahkamah menerima pengakuan salah tertuduh bagi pertuduhan di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Tertuduh disabitkan dengan kesalahan di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan atas pengakuan salahnya.

Hasif Hasan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-8-2021 08:33 AM From the mobile phone | Show all posts
CORETAN PEGUAM

Pesalah PKP adalah bukan penjenayah dan mereka tidak ada rekod penjenayah yang didaftarkan di Bukit Aman.

KUALA LUMPUR (April 30): The names of those found guilty of violating the Movement Control Order (MCO) would not be recorded in the criminal register.

The Inspector-General of Police, Tan Sri Abdul Hamid Bador when contacted by Bernama confirmed the names of MCO violators would not be entered into the Royal Malaysia Police criminal record system.

(Sumber: EdgeProp.my)

Hasif Hasan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-8-2021 08:38 AM From the mobile phone | Show all posts
CORETAN PEGUAM

Ada rakan bertanya saya mengenai kesalahan menyentuh dan mengusap kemaluan seorang kanak kanak. Soalannya ialah apakah kesalahan dan hukuman.

Jawapan saya.

Kesalahan ini disebut amang seksual, sama ada mangsa adalah kanak kanak lelaki atau perempuan.

Saudara yang bertanya boleh merujuk Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Kesalahan Seksual Terhadap Kanak Kanak 2017 (Akta 792)

Bagi kesalahan yang disebut tadi, jika disabitkan kesalahan oleh mahkamah, akan dipenjarakan selama tempoh boleh sampai 20 tahun dan juga boleh dikenakan sebatan.

Rujukan:

Physical sexual assault on a child

Any person who, for sexual purposes-

a) touches any part of the body of a child

commits an offence and shall, on conviction, be punished with imprisonment for a term not exceeding twenty years and shall also be liable to whipping.

Sekian.

Hasif Hasan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-8-2021 05:24 AM From the mobile phone | Show all posts
CORETAN PEGUAM

Saya ditanya soalan berikut oleh rakan fb;

Assalamualaikum.. maaf menggangu tuan.. sy hanya ingin meminta pendapat guaman berkenaan kes dakwaan rogol. Sekiranya pengadu tiada saksi, kejadian sudah lama berlaku apakah kemungkinan kes akan tidak diteruskan memandangkan tiada bukti kuat?
Apakah prosedur yg akan berlaku selepas pengadu membuat laporan polis? Adakah tertuduh akan terus direman utk membantu siasatan?

Waalaikumusalam wbt

Sebelum menjawab soalan ini, saya ingin memberi ulasan mengenai tanggungjawab pihak pihak terutama dalam kes rogol.

1- TANGGUNGJAWAB MANGSA

Tanggungjawab terletak kepada mangsa sendiri atau ahli keluarga mangsa atau kenalanan mangsa untuk membuat laporan polis mengenai kejadian rogol ini.

2- TANGGUNGJAWAB PEGAWAI PENYIASAT (POLIS)

Peranan polis adalah memulakan siasatan (setelah menerima laporan polis) dengan;

~memulakan sisatan dengan merakam keterangan mangsa,
~merakam keterangan saksi saksi lain yang mungkin mempunyai maklumat mengenai kejadian,
~melawat tempat kejadian,
~mengambil gambar tempat kejadian,
melakar rajah kasar dan kunci tempat kejadian,
~mendapatkan bukti di tempat kejadian seperti tilam, cadar atau apa apa yang boleh membantu dalam siasatan
~mendapatkan pakaian dipakai mangsa pada hari kejadian (jika ada) untuk tujuan DNA
~menghantar mangsa ke hospital untuk tujuan pemeriksaan perubatan,
~menghantar sample ke jabatan kimia bagi tujuan dna.

3- PILIHAN KEPADA PEGAWAI PENYIASAT UNTUK MENDAPATKAN PERINTAH REMAN

Pihak polis juga berperanan bagi;

~membuat tangkapan ke atas suspek,  
~membawa suspek ke mahkamah bagi mendapatkan perintah menahan reman (jika sisatan tidak dapat diselesaikan dalam tempoh 24 jam)
~suspek mungkin ditahan bagi tempoh 7 hari atau sehingga tempoh 14 hari maksima bagi membantu siasatan
~mendapatkan keterangan suspek,
~menghantar suspek ke hospital bagi tujuan pemeriksaan
~mendapatkan sample DNA dari suspek.

REMAN

Sebelum reman berakhir maka pegawai penyiasat akan membawa maklumat yang diperolehi seperti di atas kepada pihak timbalan pendakwaraya.

Maklumat tersebut berada di dalam kertas siasatan pihak polis namun juga mungkin terdapat maklumat lain yang agak lewat diperolehi seperti laporan DNA.

Setelah menerima kertas siasatan (Investigation Paper) maka pihak pendakwaraya akan mengkaji item yang ada di dalam kertas siasatan seperti,

TUGAS PENDAKWARAYA

~meneliti laporan polis mangsa,
~meneliti keterangan semua saksi saksi termasuk suspek,
~meneliti laporan perubatan (medical report) yang sangat penting sama ada menyatakan;  

~terdapat kesan kemasukkan (penetration) dan tempoh lama atau baru (fresh hymen tear), old hymen tear) atau tiada intact.
~sama ada terdapat sebarang kesan kepada Labia Minora,
~sama ada terdapat vaginal injury,
~sama ada terdapat kesan kecederaan lain kepada tubuh badan seperti lacerations atau lain lain,

Kesemua laporan tersebut adalah penting bagi pendakwaraya untuk menuduh suspek di mahkamah.

KUASA PENDAKWARAYA

Jika terdapat arahan tuduh oleh pihak pendakwaraya, suspek kemudiannya akan di bawa ke mahkamah bagi tujuan dibaca tuduhan dan dibicarakan.

Tertuduh mempunyai hak untuk mengaku bersalah atas tuduhan atau memohon untuk dibicarakan.

TUGAS HAKIM

Tugas hakim bicara pula ialah;

Jika tertuduh mengaku bersalah, Hakim boleh menjatuhkan hukuman.

Jika tertuduh pohon dibicarakan maka Hakim perlu untuk:

~mendengar dan membuat penilaian maksimum ke atas segala keterangan saksi-saksi pihak pendakwaan,
~meneliti barang kes atau eksibit yang dikemukakan,
~mendengar keterangan pembelaan tertuduh (jika dipanggil untuk membela diri)

Kemudian;

~hakim akan membuat penilaian maksimum ke atas keseluruhan keterangan semasa perbicaraan.
~hakim akan memutuskan sama ada pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes terhadap tertuduh tanpa keraguan yang munasabah.
~atau sama ada tertuduh gagal membangkitkan sebarang keraguan yang munasabah terhadap kes pihak pendakwaan*

KEPUTUSAN HAKIM

~Jadi sama ada tertuduh akan dilepaskan dan dibebaskan atau disabitkan dengan pertuduhan adalah bergantung kepada penilaian hakim tersebut.

Kesimpulan;

Jadi bagi menjelaskan soalan yang bertanya, saya menyatakan bahawa hak mangsa atau ahli keluarga mangsa atau sesiapa yang mempunyai maklumat terhadap kejadian rogol adalah membuat laporan polis.

Walaupun tiada saksi mata yang melihat sebagaimana dakwaan yang bertanya, namun saya percaya keterangan mangsa dan laporan perubatan mangsa sangat membantu pihak pihak di dalam kes ini.

Biarlah pihak polis membuat sisatan terperinci bagi kes ini. Kuat atau lemah sesuatu kes bukan tugas kita untuk menilai.

Pihak pendakwaraya yang akan meneliti segala bukti dan keterangan jauh lebih arif dari kita semua.

Setelah kesemua bukti dan keterangan di kemukakan di mahkamah, biarlah hakim yang bijaksana membuat keputusan, iaitu sama ada tertuduh bersalah atau tidak.

Bukanlah kita semua yang akan membuat keputusan kes.

Serahkan tanggungjawab tersebut kepada pihak pihak yang berkenaan.

Sekali lagi saya nyatakan, ketahui tanggungjawab masing masing dan sempurnakan tangungjawab masing masing.

Insyaallah satu keputusan yang adil akan kita perolehi kelak.

Sekian.

*rujuk seksyen 173 (m) Kanun Tatacara Jenayah
Mohamed Radhi bin Yaakob v PP [1991] 3 MLJ 169 ,
Lt. Kol. Yusof Bin Abdul Rahman v Kol Anuar Bin Md Amin & Anor [1997] 1 MLJ 562 ,
PP v Saimin & Ors [1971] 2 MLJ 16]

Hasif Hasan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-8-2021 08:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Kes terhadap guru yang didakwa bergurau lucah diklasifikasikan sebagai 'NFA'.

Apa itu NFA? NFA ini adalah singkatan dari perkataan 'No further action'. Bermaksud tiada tindakan lanjut untuk dituduhkan dan didakwa di mahkamah.

Biasanya terma ini digunakan apabila tiada keterangan atau bukti yang kukuh untuk membuktikan sesuatu kes jenayah walaupun siasatan telah dijalankan.

Saya tidak mahu sentuh isu saman menyaman diantara Guru tersebut dan juga Ain. Bagi tuntutan yang dibuat oleh Guru dan juga pembelaan serta tuntutan balas terhadap Ain, biar mahkamah yang putuskan.

Tetapi saya ingin jelaskan tentang 'NFA' ini kerana saya tidak mahu ada mangsa-mangsa gangguan seksual atau mangsa seksual terasa tidak yakin membuat laporan polis atau mengambil tindakan kerana situasi kes ini.

Apa tidaknya, kes ini mendapat perhatian satu Malaysia dan menjadi topik perbualan semua. Ramai beranggapan ada tindakan yang diambil.

Tanpa penjelasan yang cukup tentang proses siasatan ini, akan membuatkan ramai orang jadi bimbang hendak melaporkan. Ada banyak persoalan timbul 'Kenapa polis tidak ambil tindakan?' 'Kenapa Ain yang disaman pula?'.

Berita begini akan membuatkan barangkali mangsa-mangsa bagi kes gangguan seksual atau jenayah seksual yang lain jadi tidak yakin hendak buat laporan. Apa tidaknya? Pasti ada rasa sangsi dan takut 'Kita report, kita pula kena'. Saya jelaskan disini.

Begini, prosesnya apabila kita membuat laporan polis selaras dengan Seksyen 107, Kanun Prosedur Jenayah (KPJ), pihak polis akan meneliti sama ada terdapat unsur-unsur jenayah dalam laporan tersebut.

Jika pada penelitian polis, tiada elemen jenayah sewaktu laporan diterima, maka mengikut praktis yang biasa, itulah kadang-kadang kita terima sekeping surat 'Rujuk pada Majistret', selaras dengan Seksyen 108.

Ini kerana, tiada elemen jenayah dan laporan itu bukan merupakan kesalahan boleh ditangkap. Jadi perlulah ambil tindakan sivil dan saman. Kes sivil ini boleh dirujuk kepada Mahkamah Majistret, Sesyen atau Mahkamah Tinggi.

Jika kes ini ada elemen jenayah, maka kertas siasatan akan dibuka. Polis pun akan menyiasat. Bagaimana cara siasat?

Polis akan mengumpul bukti, mengikut kes. Kaedah berbeza mengikut kes. Kalau kes melibatkan penipuan wang, maka bukti-bukti seperti pindahan wang, whatsapp, dokumen dari bank jika ada, dll.

Kes jenayah seksual juga, perlu ada bukti-bukti seperti laporan pemeriksaan perubatan terhadap mangsa, lakaran tempat kejadian, pakaian mangsa dan apa-apa bukti yang relevan mengikut situasi kes.

Paling utama, selain dari dokumen keterangan saksi-saksi akan diambil. Keterangan dari pengadu atau mangsa, keterangan dari suspek dan saksi-saksi yang relevan. Kalau kes jenayah berat atau berprofil tinggi saksi mencecah hingga puluhan dan ratusan.

Pihak polis akan mengenal pasti jenis kesalahan jenayah yang bersesuaian dengan Seksyen dan Akta Kesalahan. Untuk, kalian faham, saya jelaskan contoh.

Misalnya, kalau ada seseorang dituduh merogol. Jadi beban pembuktian penyiasat adalah seorang lelaki merogol (melakukan seks) seorang wanita dengan paksaan tanpa kerelaan.

Elemen pembuktian adalah suspek dikenalpasti dan dicamkan mangsa. Andai kata keterangan mangsa "Keadaan gelap saya tidak nampak tertuduh tetapi saya pasti itu dia".

Ini memang bakal dan akan dicabar oleh peguam yang mewakili tertuduh. Tertuduh akan menggunakan pembelaan, bukan dia merogol tetapi orang lain. Jadi sangat penting keterangan mangsa, pengecaman suspek sewaktu siasatan. Jika ada bukti DNA lebih bagus tetapi kadangkala mangsa telah membersihkan diri dahulu.

Bukti seterusnya dan elemen perlu dibuktikan adalah perbuatan suspek itu melakukan hubungan seks paksa. Jika keterangan mangsa dapat dipatahkan dan ada keraguan bahawa perbuatan suspek bukan seks tetapi dimasukkan objek lain.

Maka, ini bakal dicabar oleh peguam mewakili tertuduh bahawa kononnya tertuduh tidak melakukan seks paksa tetapi menggunakan objek, ini bukan selaras dengan elemen jenayah rogol dibawah Seksyen 375 Kanun Keseksaan. Jika berjaya hujah peguambela suspek, kebarangkalian tertuduh dibebaskan dari tuduhan dan dakwaan rogol amat tinggi.

Nampak? Setiap satu kesalahan ada elemen yang perlu dipenuhi kerana setiap elemen ini perlu dibuktikan di mahkamah.

Jadi selepas melakukan siasatan dan cuba mencari pembuktian serta keterangan berdasarkan elemen jenayah dan kertas siasatan adalah selesaikan, kes ini akan diserahkan dan dirujuk kepada Timbalan Pendakwaraya untuk izin memulakan pertuduhan kes di mahkamah.

Pendakwaraya pula akan meneliti kertas siasatan. Jika Pendakwaraya beranggapan, ada elemen tetapi tidak cukup bukti, barangkali Pendakwaraya akan meminta bukti lanjut. Jika bukti setta keterangan tidak kukuh untuk membuktikan kes jenayah, kes ini bakal diklasifikasikan sebagai 'NFA'.

Saya baca beberapa laporan media kes Ain ini untuk saya fahami mengapa kes ini diklasifikasikan sebagai NFA kerana apabila tiada penjelasan lengkap, kita jadi tertanya-tanya.

Dalam banyak-banyak bacaan laporan kes, saya terbaca laporan oleh Malaysia kini. Linknya ada diruang komen dan saya screenshot artikel, manalah tahu artikel dipadamkan tiba-tiba.

Menurut laporan ini bahawa ada satu sumber memaklumkan 'Polis mendapati tidak tidak cukup unsur jenayah bagi mendakwa seorang guru yang didakwa membuat jenaka rogol di dalam kelas awal tahun ini'.

"Pegawai penyiasat siasat kes ini mengikut beberapa undang-undang, termasuk Seksyen 11, 12 dan 15 Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak (Soaca) dan juga mengikut Seksyen 509 dan 294 Kanun Keseksaan," katanya yang merupakan seorang pegawai tinggi polis.

Seramai 17 saksi telah dipanggil bagi siasatan kes ini dan terdapat sedikit versi berbeza pada keterangan saksi. Boleh baca artikel penuh diruang komen.

Selepas menyiasat, meneliti akhirnya Timbalan Pendakwaraya memutuskan tiada tindakan lanjut kerana tidak memenuhi mana-mana elemen jenayah.

Saya jangkakan waktu siasatan dibuat, elemen jenayah yang bersesuaian dengan Seksyen 509 iaitu perkataan atau gerak isyarat yang boleh menganggu kesantunan dan privasi seseorang tetapi barangkali terdapat keterangan saksi yang tidak menyokong.

Kalau Seksyen 294 KK itu bagi nyanyian lucah, subsekyen (a) adalah melakukan perbuatan lucah. Biasanya dakwaan bagi kes ini bagi jenis orang suka menunjukkan kemaluannya kepada wanita-wanita dan kemudian beredar. Gila!

Saya minta, kalian maklum tentang prosiding undang-undang. Salah tetap salah. Kita adukan dan buat laporan dan jika boleh kita sediakan bukti dan saksi jika ada tetapi dalam kita melaporkan fakta itu biar benar dan kukuh.

Sama ada keputusan memihak kepada kita atau tidak tetapi kita usahakan dan ambil tindakan.

Oleh Nor Zabetha
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-8-2021 08:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau kita berniaga, tiba-tiba ada orang serang kita dan menjahanamkan barang-barang kita? Apa hak kita?

Dalam berniaga ini memang ada adab berniaga, begitu juga dalam hubungan sesama manusia tetapi itulah, rambut sama hitam, hati lain-lain.

Saya menulis ini kerana terbaca berkenaan kes peniaga laksa diterbalikkan, persiapan jualannya. Saya tidak tahu punca sebenar dan bukan saya menulis untuk menyatakan siapa salah dan betul.

Cuma saya hendak memberitahu hak kita, sekiranya kita menghadapi situasi begini. Situasi bergaduh kerana berniaga, ada pesaing datang terbalikkan barang-barang atau bergaduh jiran dengan jiran dia hentak kereta kita. Manalah tahu, jika kita terkena. Apa perlu kita lakukan?

Hal begini, kadangkala timbul kerana sikap panas, jarang-jarang orang menyerang dan membaling begitu. Sekiranya kita merasakan, tindakan begitu mengancam buatlah laporan polis.

Walaupun barang yang dirosakkan itu nilainya kecil tetapi yang menjadi kebimbangan adalah sikap dan perlakuannya, bimbang jika tidak dibendung makin menjadi-jadi pula. Esok lusa, entah apa lagi yang bakal dilakukan?

Dalam undang-undang, merosakkan harta benda dan mendatangkan khianat kepada harta benda yang bernilai RM25.00 ke atas adalah merupakan kesalahan dibawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

Betul, harta benda atau barangan yang bernilai dua puluh lima ringgit ke atas. Zaman sekarang ini, harga burger dan tempat letak kereta pun ada sampai mencecah RM25.

Kalau dulu-dulu ke pasar dengan RM25 banyak juga barang boleh dapat. Kalau sekarang hendak beli udang sekilo pun tidak lepas.

Jadi bermakna, sekecil-kecil barang pun jika dirosakkan dengan niat maka, si pelaku itu boleh menghadapi hukuman denda atau penjara atau kedua-duanya sekali. Kita buat laporan polis, siasatan kita serahkan pada pihak polis, sama ada dakwaan atau pertuduhan.

Tetapi bagi Seksyen ini perlu ada elemennya, bukanlah sembarangan sahaja tindakan akan diambil. Perlu ada elemen khianat dengan niat sehingga menyebabkan kerosakkan atau kerugian bernilai RM25 ke atas.

Bermakna khianat untuk menjahanamkan harta kita, sama ada menakut-nakutkan kita atau membalas dendam. Berbeza situasi, sekiranya perkara itu berlaku secara tidak sengaja. Contohnya sewaktu bertikam lidah, dia pusing dan tertolak barangan kita. Itu situasi berbeza. Tiada khianat.

Dalam kehidupan ini bagusnya jika ada toleransi, sama-sama kita kongsi tetapi kadangkala niat kita memang begitu, cuma pihak sebelah sana memang tidak mahu juga toleransi dan tidak mahu juga bawa bincang.

Jadi kita kena tahu sedikit sebanyak hak kita supaya apabila menghadapi situasi, kita tahu apa perlu kita lakukan. Eloklah kita tahu satu dua perkara tentang hak sebagai persediaan.

Oleh Nor Zabetha
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-8-2021 08:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Seksyen 31 Akta Kanak-kanak 2001 (Akta 611) memperuntukkan mana-mana kesalahan penganiayaan, pengabaian, pembuangan atau pendedahan terhadap kanak-kanak.

Dakwaan kes terhadap tertuduh, dibawah Seksyen 31(1)(a)  iaitu ini pernah mengemparkan negara kita beberapa tahun yang lalu.

Apabila mayat seorang bayi kanak-kanak lelaki berusia 5 bulan, ditemui dimasukkan dalam peti ais di rumah pengasuh, dalam beg kain berwarna hijau.

Pada mulanya, pengasuh ini mendakwa kononnya bayi ini diambil dan diculik oleh individu yang tidak dikenali dari rumah pengasuhnya. Setelah ditahan dan disoal siasat oleh polis, akhirnya pengasuh memaklumkan dia boleh menunjukkan di mana mayat bayi berada.

Hasil bedah siasat mendapati bahawa punca kematian bayi tersebut ialah kecederaan kepala disebabkan oleh "head injury due to blunt force trauma ".

Berdasarkan laporan kes ini iaitu PP lwn. NOOR AQILAH ABDUL RAHMAN [2019] 1 LNS 2118, tertuduh kemudian didakwa dibawah Seksyen 31(1)(a), berikut adalah pertuduhan yang dibacakan dimahkamah:

"Bahawa kamu pada 3/7/2018 di antara jam 6.20 petang hingga 6.50 petang bertempat di alamat ***, sebagai orang yang mempunyai pemeliharaan terhadap seorang kanak-kanak lelaki bernama Adam Rayqal telah mendedahkan kanak-kanak itu dengan cara yang mungkin akan menyebabkannya mengalami kecederaan di bahagian kepala. Oleh yang demikian kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan boleh dihukum di bawah seksyen 31(1) Akta yang sama ".

Ramai yang jadi marah, mengapa tidak Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh? Mengapa tidak dihukum mati? Kenapa hanya Akta Kanak-Kanak?

Pastinya ramai yang marah, siapa yang tidak jadi marah apabila mayat seorang kanak-kanak dilakukan begitu? Yang menjadi misteri apa sebenarnya berlaku pada bayi ini? Bagaimana terdapatnya kecederaan di kepala adik Adam Rayqal?

Untuk disabitkan kesalahan membunuh, perlu ada beberapa elemen jenayah, antaranya mangsa mati, kematian itu disebabkan oleh tertuduh, tertuduh mempunyai niat dan tahu bahawa perbuatannya akan membuatkan tertuduh mati.

Dalam kes bayi ini, memang berlaku kematian. Tetapi adakah kematian itu disebabkan perbuatan tertuduh? Adakah perbuatan tertuduh itu dengan niat untuk membunuh mangsa? Ada tidak bukti atau saksi mata?

Misalnya, terdapat bukti tertuduh menggunakan batang besi dan mengetuk kepala bayi. Perlu ada saksi tetapi dalam kes bayi ini, sangat sukar dibuktikan. Sama ada bayi ini terjatuh? Sama ada dia dicederakan dengan sengaja? Apa sebenarnya berlaku? Bagaimana bukti ingin dikemukakan, sedangkan hanya pengasuh yang tahu apa yang berlaku.

Bahayanya jika pendakwaan terus mendakwa dibawah Seksyen 302 ini, benar berlaku kematian dan apakah pembuktian bahawa bayi ini meninggal kerana perbuatan membunuh dengan niat oleh tertuduh? Jika gagal dibuktikan, boleh jadi tertuduh dibebaskan dari tuduhan membunuh dan bebas.

Pembelaan bahawa tertuduh tidak menyebabkan kematian terhadap si mati atau tidak tahu perbuatannya menyebabkan kematian seringkali digunakan oleh tertuduh sebagai pembelaan dalam kes-kes pembunuhan.

Adakala apabila kita baca laporan kes, pembelaannya nampak tidak logik, pada pembacaan kita. Malahan, mahkamah juga tidak boleh menerima pembelaan sebegini dan menjatuhkan hukuman.

Misalnya dalam kes MOHAMMAD AWARI AHMAD lwn. PP 2019] 1 LNS 543, tertuduh  didakwa kerana merogol dan membunuh mangsa. Mangsa dikelar dan sebelum meninggal dunia, mangsa sempat menulis atas nota siapa pembunuhnya.

Di mahkamah, tertuduh mengaku pada hari kejadian hanya ke rumah si mati untuk merompak dan merogol, dari awal dia telah membawa parang tetapi sewaktu memberi keterangan kononnya dia terjumpa parang sewaktu masuk ke dalam rumah mangsa dan diambil parang tersebut.

Jika dia mengakui dari awal membawa parang. Niat tertuduh akan dipertikaikan.

Kemudian, versi pembelaan tertuduh lagi, sewaktu menyelongkar rumah, tiba-tiba katanya mangsa lalu, tertuduh terkejut dan melibas leher mangsa.

Ada dua kesan libasan, jadi tertuduh ditanya jika tidak sengaja kenapa sehingga dua kali kesan libasan. Tertuduh mengatakan parang memantul kerana libasan, itu yang sehingga jadi dua kali. Hmmm. Ini bukan bola atau permukaan tayar tetapi begitulah pembelaan di mahkamah. Pelbagai versi.

Tertuduh cuba tunjukkan dia tiada niat untuk membunuh sejak awal, dia tidak sengaja melibaskan parang. Mahkamah tidak percaya versi pembelaan tertuduh. Tidak munasabah. Oleh yang demikian, tertuduh dijatuhkan hukuman mati.

Di mahkamah ada pelbagai versi pembelaan. Misalnya dalam kes LA ODE ARDI RASILA v. PP [2015] 10 CLJ 48,
pembunuhan pegawai wanita di Ambank, yang ditembak menggunakan pump gun oleh pengawal keselamatan yang membawa lari wang dari bilik kebal.

Pembelaan tertuduh kononnya, pump gun itu rosak. Dia cuba betulkan, tetapi tertembak tepat pada muka mangsa.

Apabila dicabar oleh pendakwaraya tentang niat tertuduh, jika tiada menembak, mengapa pump gun tersebut berada dalam mode "unlock". Jawabnya pump gun itu rosak.

Pump gun yang sama telah dibawa untuk ujian Ballistic dan telah dicampakkan dari jarak beberapa kaki dan dalam keadaan lock. Walaupun dicampakkan, butang lock itu masih kekal terkunci. Oleh itu dakwaan tertuduh tidak munasabah dan tertuduh dijatuhkan hukuman mati.

Lihat bagaimana contoh yang saya berikan, bagaimana pendakwaraya begitu teliti dalam membuktikan kes mereka. Bahawa ada kematian, kematian disebabkan oleh tertuduh dengan niat membunuh.

Di mahkamah ini, pelbagai ujian, laporan, keterangan saksi akan diteliti dan dipertimbangakan. Misalnya dalam kes jika dikatakan mangsa bunuh diri secara menembak kepalanya, benarkah kedudukan dan letak pegang pistol itu oleh mangsa dan macam-macam lagi.

Jika dikatakan mangsa tercurah air panas. Benarkah limpahan dan curahan itu sendiri? Kita tunggu keterangan saksi-saksi.

Begitu juga dalam kes pembunuhan remaja dilebuhraya oleh rakan lelakinya, dalam kes SYARAFI ABU lwn. PP [2019] 1 LNS 234, apabila tertuduh mengatakan luka di leher si mati, adalah kerana si mati mengelar dirinya sendiri.

Dua saksi pakar dipanggil, satu mengatakan luka tersebut tidak mungkin disebabkan oleh si mati dan seorang laki mengatakan boleh disebabkan oleh si mati. Kesan luka, saiz luka, kedalaman luka semua dihujahkan di mahkamah.

Mahkamah lebih percaya versi bahawa luka tidak boleh disebabkan oleh si mati. Oleh yang demikian, tertuduh dihukum mati. Begitulah di mahkamah.

Dua jam saya tulis, tulisan ini kerana kena buka dan refresh semua kes yang saya sebut ini, saya ingat faktanya tetapi takut berkarat dan bercampur aduk ingatan. Punyalah hendak bagi faham tentang undang-undang. Tak apa, saya layan tulisan analisis begini. Seronok.

Barangkali, tertuduh-tuduh dalam kes yang saya sebutkan ini mengatakan mereka difitnah tetapi mahkamah tidak berpendapat begitu. Ini bukan tentang fitnah, ini bukan tentang versi pembelaan tertuduh semata-mata tetapi bukti secara menyeluruh.

Jadi kalau kalian rasakan, kenapa hanya Seksyen 31 (Akta 611) dan bagi pengabaian, baca semula pertuduhan kes Adik Adam Rayqal di atas.

"..sebagai orang yang mempunyai pemeliharaan terhadap seorang kanak-kanak lelaki bernama Adam Rayqal telah mendedahkan kanak-kanak itu dengan cara yang mungkin akan menyebabkannya mengalami kecederaan di bahagian kepala.."

Benar, tidak dapat dibuktikan kematian dan pembunuhan oleh tertuduh. Tidak juga dapat dibuktikan penderaan tetapi tertuduh dalam kes ini telah dijatuhkan hukuman penjara selama 6 tahun.

Bagaimana boleh digambarkan kesalahan dibawah Seksyen 31 ini tiada apa-apa, sedangkan hukuman maksimum penjaranya sahaja sudah 20 tahun.

Macam tidak kena langsung apabila ada yang bersyukur dikenakan dakwaan pengabaian je. Tolonglah sensitif, teringat luka Bella yang terumpil dan Bella tertakut-takut dalam video. Tidak dibawa ke hospital. Rambut dipotong pendek.

Mengabaikan rawatan Bella dan mengabaikan hak Bella serta menyebabkan emosi terganggu adalah kejam. Jadi apa yang perlu disyukuri?

Semoga keadilan yang sewajarnya untuk adik Bella.

Oleh Nor Zabetha
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 07:04 PM GMT+8 , Processed in 0.088678 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list