CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 896|Reply: 0

Olly Murs selamat jalani pembedahan kaki

[Copy link]
Post time 4-8-2021 08:15 PM | Show all posts |Read mode
Olly Murs selamat jalani pembedahan kaki


OLLY Murs.

London: Penyanyi Olly Murs, 37, selamat menjalani pembedahan selepas kaki kirinya cedera serius akibat mengalami kemalangan sewaktu mengadakan persembahan pentas, di Newmarket Racecourse, Suffolk, di sini, baru-baru ini.

Kecederaan itu menyebabkan serpihan tulang kakinya tersekat di bahagian belakang lututnya dan terpaksa menjalani pembedahan segera.

Berkongsi berita itu, jurulatih dan juri program The Voice UK terbabit mengakui terharu dengan mesej diterimanya daripada peminat yang tertanya mengenai keadaannya.

"Maafkan saya kerana kelihatan sangat serabai pagi ini. Saya cuma mahu menghantar mesej untuk memaklumkan apa yang berlaku.

"Kenapa Olly berada atas katil hospital? Saya baharu saja menjalani pembedahan pada kaki kiri saya.

"Buat kamu yang hadir pada persembahan saya di Newmarket, terima kasih buat mesej sokongan anda dan memeriksa sama ada saya okay," katanya.

Menurut Murs, dia sendiri meminta pembedahan itu dilakukan kerana perlu menunaikan beberapa persembahan lagi selepas di lokasi terbabit.

Sumber:https://www.hmetro.com.my

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-10-2024 03:37 PM GMT+8 , Processed in 0.041245 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list