Setiap pengguna mempunyai akaun media sosial yang disukainya. Bermula dengan Facebook, Instagram, Twitter dan terbaharu Tik Tok masing-masing mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing dengan Facebook berada di tempat teratas.
Namun, bagi pelakon Eyra Hazali, dia mempunyai alasan tersendiri untuk meninggalkan Facebook.
Baginya, mereka yang berada di media sosial tersebut tidak terbuka dalam memberikan komen, malahan memerli-merli pula mereka yang menceritakan tentang kehidupan.
Bagi Eyra, komen yang bersifat toksid seolah-olah tidak senang dengan kebahagiaan individu antara punca dia meninggalkan Facebook. Malahan, portal-portal yang mencanak naik turut berlumba-lumba melaga-lagakan orang dengan isu panas. Ianya turut dipersetujui oleh para pengikutnya.
Foto : Twitter
Bagaimanapun, ada juga berpendapat semua media sosial mempunyai kebaikan dan keburukan tersendiri.
Foto : Twitter
Jadi, anda suka media sosial yang mana? Atau memang suka berkuntum di forum Cari? - CARI
|