CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1050|Reply: 2

Sering berlari ke kedai runcit, rahsia kejayaan Elaine

[Copy link]
Post time 1-8-2021 08:41 AM | Show all posts |Read mode
Tokyo: Elaine Thompson Herah mahu jadi seperti legenda pecut, Marlene Ottey ketika dia membesar di Jamaica dan dia berjaya mencapai cita-cita itu, malah banyak lagi kejayaan bakal dilakar selepas muncul juara 100 meter (m) wanita Olimpik buat kali kedua semalam.
Marlene memenangi dua pingat terakhir daripada sembilan yang diraihnya di Olimpik pada 2000 iaitu gangsa dalam acara 200m dan perak bagi 4x100m pada usia 40 tahun.
Pada usia 29 tahun, selepas kejayaan dengan catatan 10.61 saat (s) mengatasi pelari pilihan, Shelly Ann Fraser Pryce di Tokyo semalam, Elaine sekarang sudah mempunyai dua gelaran 100m, ditambah dengan kejayaan 200m pada 2016.
Kejayaan itu sudah pasti menggembirakan insan yang mempunyai pengaruh besar dalam kariernya iaitu neneknya, Hycenth Thompson.
Hycenth menjaganya seawal usia tujuh bulan dan ketika dia membesar, Marlene sudah mula membuatkan rakyat Jamaica bergembira, jadi Elaine memasang impian untuk menjadi seperti legenda pecut itu.
"Ketika dia membesar, dia sangat gemar melihat Marlene Ottey dan sentiasa berkata apabila dewasa nanti mahu menjadi seperti legenda berkenaan.
"Apabila disuruh pergi ke kedai runcit, dia akan sentiasa berlari," kata neneknya kepada akhbar Jamaica, The Gleaner.
Versi cerita Elaine sedikit berbeza dengan neneknya, namun paling penting memang dia sering berlari laju apabila disuruh membeli barang di kedai runcit.
"Saya boleh menghafal barang apa yang dipesan nenek, jadi saya terus memecut ke kedai runcit.
"Saya berlari pantas pulang ke rumah bagi membolehkan saya sempat melihat kartun atau filem kegemaran. Apabila saya sudah berada di depan televisyen saya tidak mahu bergerak ke mana-mana lagi," katanya.
sumber : HMetro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-8-2021 08:42 AM | Show all posts

ELAINE sejak dari zaman kanak-kanak menjadikan Marlene sebagai idolanya. FOTO EPA
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2021 09:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Sekali pandang..jantan

2 kali pandang..pun jantan

Khunsaaaa kut..kne cek ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 07:46 AM GMT+8 , Processed in 0.051694 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list