CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 747|Reply: 0

[Tempatan] Struktur Pembinaan LRT 3 Runtuh

 Close [Copy link]
Post time 29-7-2021 08:31 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Seorang pekerja binaan maut manakala dua lagi cedera dalam kejadian runtuhan perancah besi struktur pembinaan projek Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) berhampiran Hotel Premiere Bukit Tinggi, di sini, hari ini.

Identiti semua mangsa warga asing berusia dalam lingkungan 30 tahun itu bagaimanapun belum dikenal pasti.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli, berkata sepasukan anggota dikerahkan ke lokasi sebaik menerima panggilan pada jam 2.14 petang.

Katanya, siasatan awal mendapati, ketika kejadian, lima pekerja sedang bekerja di atas struktur binaan terbabit.

"Akibat runtuhan itu, empat orang terjatuh dengan tiga mangsa tersepit manakala seorang lagi terselamat.

"Kita mendapat bantuan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam, Andalas dan Pelabuhan Klang untuk melakukan kerja menyelamat mangsa.

"Dua mangsa berjaya dikeluarkan dengan kecederaan pada muka, manakala seorang lagi mangsa yang tertimbus dikeluarkan kira-kira jam 4.30 petang dan disahkan meninggal dunia," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini, hari ini.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 06:57 PM GMT+8 , Processed in 0.374525 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list