CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 861|Reply: 1

TRW akur kehebatan The Cops di Kota Bharu

[Copy link]
Post time 28-7-2021 09:38 PM | Show all posts |Read mode
TRW akur kehebatan The Cops di Kota Bharu

KELANTAN gagal meneruskan rentak kemenangan apabila kecundang 1-2 di tangan PDRM FC dalam aksi Liga Premier di Stadium Sultan Muhammad IV di Kota Bharu pada Rabu.

Pada perlawanan itu, tuan rumah dilihat sedikit tertekan apabila The Cops lebih banyak mendominasi corak permainan menerusi beberapa percubaan bahaya.

Gawang Kelantan yang dikawal Mohamad Faridzuean Kamarudin bocor pada minit ke-26 menerusi sepakan penalti oleh ketua pasukan pelawat, Lazarus Kaimbi.

Kaimbi yang kaya dengan pengalaman tenang menoktahkan sepakan derasnya ke sebelah kanan pintu gol Kelantan FC meskipun Mohamad Faridzuean tepat membaca kedudukan bola tersebut.

Jaringan itu telah menyemarakkan semangat pelawat apabila terus melancarkan serangan ke kubu The Red Warriors (TRW), sekali gus memaksa Mohamad Faridzuean terpaksa bermandi 'peluh' menyelamatkan gawangnya dari dibocori.

Keputusan 0-1 berpihak kepada pelawat itu kekal hingga tamat perlawanan, sekali gus memberi 'tekanan' kepada pengendali TRW Marco Ragini untuk mencari ramuan terbaik pada babak berikutnya.

Sejurus babak kedua bersambung, Mario Arques yang memakai lilitan kapten di bahu kiri memberikan kelegaan buat Ragini apabila meledakkan jaringan penyamaan pada minit ke-49 untuk mengikat kedudukan menjadi 1-1.

Kelantan FC memiliki beberapa peluang terbaik untuk mendapat jaringan namun gagal diterjemahkan oleh jentera serangan.

Natanael Ringo terlepas peluang menjarakkan kedudukan selepas rembatannya 'diselamatkan' oleh tiang gol PDRM FC sekaligus penjaga gawang pasukan itu Muhd Asri Muhamad sudah tertewas.

Usaha Kelantan meraih mata 'dibunuh' oleh Bruno Suzuki apabila meledakan jaringan kemenangan pada minit ke-83, sekali gus meneruskan rentak kemenangan pasukan itu.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... -Cops-di-Kota-Bharu
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-7-2021 09:39 PM | Show all posts

Kapten Kelantan, Mario Arques (dua dari kiri) cuba melepasi tonggak pertahanan PDRM pada aksi Liga Premier di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu pada Rabu.f
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 11:03 AM GMT+8 , Processed in 0.057970 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list