View: 2066|Reply: 5
|
Joey Jordison Slipknot meninggal dunia
[Copy link]
|
|
Bekas pemain dram Slipknot meninggal dunia
Joey Jordison meninggal dunia ketika dalam tidur pada usia 46 tahun, Isnin lalu.
Bekas pemain dram kumpulan nu metal dan heavy metal popular, Slipknot iaitu Joey Jordison meninggal dunia ketika dalam tidur pada usia 46 tahun, Isnin lalu.
Keluarga Jordison mengesahkan perkara itu kepada media antarabangsa menerusi kenyataan rasmi yang dikeluarkan.
"Kami dengan sedih ingin memaklumkan bahawa Joey Jordison, meninggal dunia dengan tenang dalam tidur, Isnin lalu.
"Pemergiannya menjadi satu kehilangan besar buat kami seluruh keluarga," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jordison adalah pengasas Slipknot bersama pemain bass, Paul Gray dan pemain perkusi, Shawn Crahan yang menubuhkan kumpulan itu di Des Moines, Iowa, Amerika Syarikat pada 1995.
Nama Slipknot memuncak pada 1999 menerusi album sulung berjudul Slipknot dan pernah mengadakan festival muzik Slipknot pada 2012.
Bagaimanapun, pada 2013 Jordison disingkirkan daripada Slipknot sebelum mereka merakamkan album kelima, 5: The Gray Chapter.
Tiga tahun kemudian, Jordison mengumumkan mengenai penyakit saraf yang dihidapinya dan meluahkan rasa kecewanya apabila namanya digugurkan daripada kumpulan itu hanya menerusi emel.
Sumber:https://www.hmetro.com.my
|
|
|
|
|
|
|
|
My fav drummer..masih ku ingat lg moment kantoi cd slipknot ngn ayah aku..i miss u so much abah |
|
|
|
|
|
|
|
wah!!! macam tak pecaye pulak news Joey ni masok dalam cari...ada jugak metallers dalam ni rupanya.
among the best drummer dalam metal scene.
gosh, how i missed the old slipknot!
anyway...RIP Nathan Jonas Jordison. |
|
|
|
|
|
|
|
dusty hill dari ZZ Top pun mati dlm tido jugak hari ni.tapi yg itu mmg dah tua... |
|
|
|
|
|
|
|
kasihannya.my feveret drummer. kena buang guna email je dari band yg dia asas sdri.
RIP NJJ |
|
|
|
|
|
|
| |
|