CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2886|Reply: 2

7 Cara Hidup Ceria Dalam Kediaman Kecil Bersama Anak-Anak

[Copy link]
Post time 28-7-2021 07:59 PM | Show all posts |Read mode
7 Cara Hidup Ceria Dalam Kediaman Kecil Bersama Anak-Anak


ANDA sekeluarga perlu tinggal di sebuah bandar, tetapi tidak dapat membeli atau menyewa rumah yang bersaiz luas untuk keselesaan bersama anak-anak?

Jangan risau. Walaupun terdapat cabaran, mungkin ruang kecil terhad yang ada itu mencukupi tanpa mengorbankan kewarasan anda.

Apa tidaknya, ramai mengaitkan, golongan ibu bapa yang terpaksa membesarkan anak-anak dalam keadaan ruang yang sempit, boleh mengundang ‘masalah emosi’.

Justeru, apa yang boleh anda lakukan? Berikut Sinar Plus kongsikan adaptasi langkah boleh diambil daripada laman semasa, grist.org:

Pertama, lihatlah saiz luas kediaman yang diduduki. Kebiasaan luas rumah yang disifatkan kecil adalah bersaiz antara 500 ke 1,000 kaki persegi.

Ya, bukan mudah membesarkan anak-anak dalam ruang saiz itu, tambahan pula sekiranya mereka sedang membesar.

Kalau terdapat pilihan, pilihlah rumah saiz kecil yang terletak di atas tanah. Jika tiada, paling tidak pun sedikit ruang di luar rumah untuk anak-anak dapat bermain.

Jika itupun tidak dapat, berikut adalah beberapa petua umum untuk membantu menjadikan ruang kecil di rumah lebih mudah untuk ibu bapa dan semua penghuninya.

1) Pastikan perabot yang sesuai

Sebelum membeli perabot seperti katil bayi dan buaian, pastikan ia sesuai dengan ruang yang akan diambil. Tanya diri jika benar-benar memerlukannya.

Sebaiknya, pastikan pembelian perabot hanya yang benar-benar diperlukan.

2) Pilih pelbagai guna, perabot boleh dilipat

Meja kopi, tempat duduk dan juga katil jadi alternatif untuk disimpan. Untuk item yang tidak digunakan setiap hari, lihat jika ia boleh diasingkan di ruang khas.

Misalnya letakkan perkakas seperti meja lipat yang tidak digunakan disimpan di bawah katil. Begitu juga boleh disimpan di atas almari dan sebagainya.

Hanya keluarkan perabot apabila ia diperlukan ketika kunjungan tetamu dan sebagainya.

Jika anak suka bermain basikan pula, pilihlah yang senang dilipat!

3) Ruang simpanan

Sekiranya anda tidak mempunyai banyak almari atau ruang simpanan, gunakanlah ruang dinding yang tidak digunakan.

Lazimnya, seorang anak sahaja akan penuh sebakul barangan permainan. Sebaiknya mainan terbabit mempunyai ruang simpanan khas.

Kadang mainan anak bukan ibu bapa yang membelinya, tetapi diberi oleh orang tersayang seperti datuk nenek serta rakan-rakan. Sayang pula hendak membuangnya bukan?

Apa kata, sediakan ruang simpanan pada dinding tetapi di sebelah atas sudut yang jarang digunakan. Jika di para yang terbuka, mainan menarik juga boleh dilihat sekali gus seakan menjadi barangan perhiasan.

Anda juga boleh menggunakan ruang yang menegak untuk menyimpan buku, bahkan susunan pakaian.

Konsep yang sama juga boleh digunakan untuk menyusun barangan peralatan di dapur.

4) Mengurangkan peralatan

Kadangkala hati memang sering terpegun dengan pelbagai jualan perobot. Apalagi terdapat jualan murah. Apa pun jangan terlalu teruja untuk membeli.

Ingat, tujuan utama anda untuk mengurangkan perabot yang tidak perlu. Lagipun jika anak masih kecil, sudah tentulah penuh perabot dalam rumah akan menyukarkan pergerakan mereka apalagi jika masih belajar merangkak atau bertatih.

Pengalaman peribadi penulis semasa menyewa sebelum memiliki kediaman sendiri, meja ‘jepun’ dengan kaki meja yang pendek, tanpa perlu menggunakan kerusi memang berbaloi!

Meja itulah yang penulis gunakan untuk makan bersama keluarga, jadi meja kopi dan itu jualah meja untuk menulis menggunakan laptop.

Hendak menambahkan sedikit keselesaan, gunakan pelapik tempat duduk dengan bantal yang sesuai.

5) Simpan kenangan

Siapa yang tidak mahu mengabadikan kenangan manis, bukan? Mengambil gambar dan membingkaikan kesemuanya akan mengambil banyak ruang yang ada di dinding.

Kemungkinannya, ruang sempit akan kelihatan semakin sesak. Apa kata, digitalkan semua gambar-gambar berkenaan. Selamatkannya dengan menyimpan di dalam thumb drive atau simpan saja di media sosial anda.

Barangkali juga barangan seperti kaset, piring hitam atau CD lama yang tidak diperlukan dijual saja. Tapi sebelum itu jangan lupa memuatnaikkan untuk disimpan dalam bentuk digital.

Jika anda hendak menyimpan semua’ harta karun’ itu, pasti boleh jadi penuh rumah dibuatnya. Lainlah anda memang pengumpul barang antik. Itu lain cerita.

Jika sedemikian, fikirkanlah supaya semua barangan itu dapat disimpan di ruang selamat dalam jumlah yang sesuai sahaja.

6) Minta jiran simpankan barang

Kedengaran agak pelik, tetapi tidak mustahil ia boleh dilakukan. Misalnya buaian anak anda tidak lagi digunakan kerana anak besar, tapi anda sedang merancang untuk menambah anak.

Berikan sahaja buaian itu kepada jiran yang memerlukan untuk dia memakainya sementara waktu anda belum memiliki cahaya mata baharu.

Tapi sebelum itu maklumkan kepadanya anda akan mengambil semula peralatan itu apabila diperlukan. Kalau perlu, tulislah surat perjanjian…

7) Manfaatkan ruang kosong yang ada

Sesetengah kita takut hidup dalam ruang kecil dengan anak-anak akan menjadikan mereka cepat bosan.

Jika ada ruang di laman, tanamlah pokok bunga misalnya untuk menambah keceriaan rumah. Gunakan juga ruang balkoni atau yard yang ada.

Namun begitu, awas! Jika tanam pokok pastikan di tempat selamat dan tidak jatuh menimpa kepala jiran yang lalu lalang bagi yang tinggal di kediaman bertingkat.

Atau boleh juga jadikan ruang kecil yang ada itu sebarang lokasi ‘rumah kecil’ si anak untuk bermain. Mungkin kurang sedikit mereka ‘mengganggu’ kita hendak membuat sebarang kerja rumah.

Semoga bermanfaat!

Sumber:https://sinarplus.sinarharian.com.my

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-7-2021 08:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Rumah sy pun sy praktikkan mcm ni.. x byk perabot.. minimalis.. nnt takut kang umah dh deko2 anak dok conteng tebuk dinding.. tggu budak2 dh besar menengah baru lh pikir nk cntik2 pun.. ruang tamu tu lh tmpt dorang main kejar2 n tmpt bljr.. yg ptg anak happy..
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2024 09:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Ada satu ketenangan yang datang dengan usia—pemahaman yang tenang bahawa kadang-kadang, tempat terbaik untuk berada adalah di rumah.

Kita tak lagi merasa perlu mengejar setiap pesta atau menyertai setiap acara. Sebaliknya, kita lebih menghargai keselesaan dalam dinding yang sudah biasa, kehangatan ruang sendiri, dan ketenangan yang hanya rumah boleh berikan.

Di sinilah tempat kita boleh berehat tanpa penilaian, di mana pakaian santai menjadi “dress code,” dan orang-orang yang kita sayang hanya berada di sebelah bilik.

Tinggal di rumah bukan lagi tentang “terlepas peluang.” Ia tentang mencari kegembiraan dalam kesederhanaan, ketenangan dalam kesendirian, dan kekuatan dalam kedamaian.

Jadi, mari kita hargai malam yang nyaman, saat-saat yang tenang, dan kegembiraan hanya berada di rumah. Kerana kadang-kadang, kenangan terbaik dicipta di sini juga ❤️
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 01:41 PM GMT+8 , Processed in 1.058136 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list