CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 972|Reply: 1

Farah Ann selamat tiba dari Tokyo

[Copy link]
Post time 28-7-2021 07:07 AM | Show all posts |Read mode
Farah Ann selamat tiba dari Tokyo

KUALA LUMPUR - Ratu gimnastik negara Farah Ann Abdul Hadi, selamat tiba di tanah air selepas menamatkan kempen di Sukan Olimpik Tokyo 2020, di Jepun.

Atlet gimnastik artistik berusia 27 tahun itu, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) lebih kurang jam 5.45 petang Selasa, bersama jurulatihnya Nataliya Sinkova.

Pemenang tujuh pingat emas Sukan SEA itu, akan menjalani kuarantin wajib selama 14 hari di sebuah hotel swasta, mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Farah Ann yang membuat penampilan sulung di pentas Olimpik, terlepas peluang mara ke akhir acara all-around wanita, selepas menamatkan saingan di kedudukan ke-68 daripada 85 peserta, dengan mengumpul 48.565 mata keseluruhan di Pusat Gimnastik Ariake, Tokyo pada Ahad lalu.

Beliau mengutip 11.600 mata dalam aparatus palang bertingkat dan palang imbangan (11.566 mata), disiplin senam lantai (12.233 mata) sebelum melengkapkan aksi disiplin melombol (13.166 mata) dan terlepas peluang beraksi dalam acara all-around akhir.

Seorang lagi gimnas negara Jeremiah Loo Phay Xing, yang beraksi dalam acara all-around lelaki, tiba di tanah air, pada Isnin.

Jeremiah gagal melayakkan diri ke final apabila menamatkan saingan di tempat ke-62 daripada 66 peserta dengan mengumpul 67.498 mata. - Bernama
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... mat-tiba-dari-Tokyo
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-7-2021 07:08 AM | Show all posts

Ratu gimnastik negara Farah Ann Abdul Hadi melambai kepada media selepas selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) selepas beraksi di Sukan Olimpik Tokyo 2020. Foto Bernama
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 10:34 AM GMT+8 , Processed in 0.077473 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list