View: 14035|Reply: 98
|
Elvina Tetap Gigih Bekerja Walaupun Suami Kaya
[Copy link]
|
|
Berkahwin dengan lelaki kaya dan stabil dari segi kewangan tidak boleh dijadikan tiket untuk kaum wanita goyang kaki dan selesa dengan kehidupan.
Sebaliknya, kaum wanita perlu belajar berdikari dan membina usaha sendiri sekali gus tidak bergantung harap sepenuhnya kepada suami.
Itu pendirian pelakon cantik Datin Elvina Mohamad selepas kerap menerima soalan daripada netizen yang hairan melihatnya masih berkerja seperti biasa biarpun berkahwin dengan seorang usahawan, Datuk Haniff Borhan.
Foto: IG
“Saya selalu dapat soalan seperti ini, ‘kenapa nak berlakon lagi, kan suami dah kaya’, atau ‘kenapa susah-susah nak buat bisnes, kan suami kau dah kaya, minta sajalah suami kau duit’.
“Yang kaya tu suami saya, bukan saya! Kalau suami dah kaya tak boleh kerja lah? Tak boleh berlakon? Tak boleh nak berniaga sendiri? Apalah orang yang mentaliti macam ni,” katanya.
Kata pelakon drama Takdir Yang Tertulis itu, kaum wanita perlu merancang persiapan masa depan kerana apa sahaja kemungkinan boleh berlaku.
“Mulalah merancang cari sebuah kediaman, biarlah kecil tetapi selesa. Merancang persiapan untuk masa depan, sebab langit tak sentiasa ada awan. Kadang-kadang hujan sampai petang,” ujarnya lagi.
Tambah Elvina, 26, dia bukanlah seorang yang gemar duduk rumah goyang kaki, makan, tidur, membeli-belah dan mengharapkan duit daripada suami saja.
“Tak salah kan kalau kita nak berjaya dan kaya hasil usaha sendiri. Saya berlakon sebab minat, saya buat bisnes sebab ini memang cita-cita dari dulu.
“Saya nak jadi usahawanita berjaya dan ketua yang bagus untuk bantu pasukan serta wanita di luar sana yang sama-sama nak berjaya. Jadilah positif okey,” katanya. -CARI
Sumber: Kosmo
|
|
|
|
|
|
|
|
cuci...
huhu
sheolss cantik kan... putih betul kulitnya... pakai oren tak terjejas pun |
|
|
|
|
|
|
|
Yg video raya bj ijau laki bg duit kepok2 tu ngape? Motif ?
|
|
|
|
|
|
|
|
Kulit dia, berlakon dalam drama tengok HD pun flawless, bersih je kulit {:shy |
|
|
|
|
|
|
|
Untungla cantik..bakal bersih dr dikecam.. |
|
|
|
|
|
|
|
betul, kulit dia cantik... mulussss |
|
|
|
|
|
|
|
somi dato scammer mmg la.. kalau tauke balak ke mmg dok rumah jadi tai tai jer. |
|
|
|
|
|
|
|
elok la...masih muda..gagah lg |
|
|
|
|
|
|
|
Best nya.. pretty n rich..good life smpi mati. |
|
|
|
|
|
|
|
Suami adik scammer memang la adik kena kerja, kalau suami adik ada Mengah Holding baru la adik goyang kaki. |
|
|
|
|
|
|
|
Tp xdela kje operator ke kerani mcm kekite ni hikhik |
|
|
|
|
|
|
|
Bagus laa..konsisten.jangan dah bercerai baru nak berlakon balik.acah2 rindukan peminat .. |
|
|
|
|
|
|
|
Keturunan Vietnam kemboja mmg cantik.. Hidung mancung, kulit cerah |
|
|
|
|
|
|
|
Bestnya kalau aku kaya {:laugh |
|
|
|
|
|
|
|
Belum kaya sgtla maknanya. Tgk rabecca, eina azman, goyang kaki duduk rumah bibik berderet
|
|
|
|
|
|
|
|
suka btl muka dia ni.. nampak lembut air muka |
|
|
|
|
|
|
| |
|