CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2928|Reply: 0

Apa Kata Astrologi Tentang Perangai Ex Anda?

[Copy link]
Post time 26-7-2021 04:29 PM | Show all posts |Read mode
Jenis Tak Pandang Belakang
Siapa lagi kalau bukan Aquarius! Ketika ini si dia pasti sedang menarik nafas lega yang hubungan cinta kalian sudah sampai ke penghujung. Untuk si Aquarius yang sering suka sendiri, mahukan ruang untuk memperbaiki diri dan fokus kepada masa depan kerana jika tidak mereka mudah merasa gelisah. Seronok rasanya ketika ini bila bersendiri tanpa perlu ‘report’ rutin pagi hingga ke malam.
Jangan terkejut jika si dia sudah book percutian yang sudah lama dirancang bersama teman baiknya. Inilah hari yang sering ditunggu-tunggu selama dia bersama anda namun tidak berkesempatan melakukan apa yang dihajatinya. Kini si dia bebas melakukan apa sahaja. Lagipun, kemahiran komunikasi dan karisma yang ada padanya menjadikan dia senang didekati dan sukar bagi orang lain untuk tidak jatuh cinta dengannya.

Ex yang Terlalu Baik
Pisces langsung tidak mementingkan diri! Selama menjalin hubungan cinta, si dia menjaga anda dengan baik berbanding kekasih yang dulu. Seorang yang rajin dan mempercayai semua orang. Si dia sangat romantis dan kadangkala sukar bagi anda untuk menyedari bahawa hubungan sudah tidak menjadi.
Apa yang akan anda rindukan mengenai bekas kekasih yang berzodiak Pisces ini? Sikap mereka yang romantis, penyayang dan baik hati pasti membuat hari anda kosong tanpanya. Berkemungkinan besar dia akan mula menulis blog mengenai anda dan menjadi viral sebaik sahaja putus cinta. Anda perlu kawal emosi, jangan pula dengan tak sengaja like foto 53 minggu yang lalu di Instagram.

Langsung Tidak Terganggu
Anda akan merindui bekas kekasih serta merta! Sebaik sahaja anda tidak lagi bersamanya, anda sedar betapa anda merindui sikap Aries yang spontan dan berkeyakinan tinggi. Aries sering membuat langkah pertama, mencadangkan semua aktiviti untuk tarikh istimewa ataupun merancang seks (untuk mereka yang sudah berkahwin) terbaik.
Tunggu apa lagi? Inilah masa buat mereka untuk memburu cinta baru. Bekas kekasih berbintang Aries tidak akan berlengah untuk mencari cinta seterusnya. Mungkin cinta barunya akan hadir dalam masa 24 jam? Jadi, pastikan anda sudah bersedia untuk melihat si dia bersama orang baru sepantas kilat tanpa merasa tertekan dan sakit hati ya?


Terlalu Chill
Taurus sangat setia, tidak kira walau dalam situasi mana pun. Secara praktikalnya, ex berzodiak ini tidak percaya kepada hubungan yang sering on-and-off, dan tidak pernah kembali kepada bekas kekasih yang lama. Bagi mereka ia langsung tidak masuk akal. Tak perlu bersusah payah untuk bertanya kepada mereka tentang ‘peluang kedua’.
Mereka meneruskan hidup seperti biasa. Membeli pakaian baru, menulis buku masakan sendiri, menghias semula rumah anda, atau menguruskan beberapa aspek lain dalam hidup anda untuk beroleh kesempurnaan hidup. Mereka juga pakar memilih restoran, galeri seni, filem, kedai barang terpakai terbaik. Mungkin ini antara perkara yang akan dirindui oleh anda sepanjang ketiadaan si dia dalam hidup anda.


Asyik On-and-Off
Sifat dan karisma dualistik bekas kekasih berbintang Gemini menjadikan si dia agak tidak keruan membuat keputusan untuk penamatkan hubungan atau diteruskan saja. Sama ada berani atau tidak, perpisahan benar-benar tidak memberi kesan bagi si dia. Sekiranya anda tidak dapat menerima kedua-dua sisi keperibadian si dia ketika bersama, mengapa perlu anda memberinya peluang kedua? Tinggalkan mereka dan cari seseorang yang lebih sesuai.
Apa yang akan dirindui? Mereka sangat pintar dan lucu sehingga membuatkan ada berasa lebih alive hanya dengan berada di samping mereka. Ex berbintang Gemini memerlukan support system yang secukupnya dari teman-teman rapat agar boleh mereka luahkan apa yang terpendam dihati dan awas jika si dia ajak berjumpa ya. Soalan ‘boleh beri hubungan kita peluang kedua’ akan muncul sebelum anda menghirup kopi panas di atas meja!


Jenis Suka Block Ex Di FB dan INSTAGRAM
Mereka memberikan urutan dan pelukan terbaik yang pernah anda rasai! Cancer antara salah seorang yang paling setia dan sentiasa mendorong, jadi jika anda menguji kepercayaan atau komitmen itu, si dia pasti terluka dengan maha dahsyat. Si dia adalah salah seorang ex yang sering mengambil berat dan menjaga orang terdekat, sama ada saudara, rakan, apatah lagi kekasihnya.
Mereka akan memeriksa foto baru anda yang tagged di Facebook / Instagram untuk melihat jika anda sudah ada pengganti dirinya. Siapa dia? dan apa kerjayanya? Terlalu dalam penyiasatan itu sehingga rakan terdekat meyakinkan agar si dia block sahaja akaun anda..


Berasa Dirinya Bintang
Si dia berasa tidak adil bilamana dia sudah berhabis lelah berusaha membantu meringankan beban anda, namun tidak dapat menikmati hasilnya. Berasa marah dan kecil hati, si dia menganggap ia sesuatu hubungan yang membuang masa sepanjang bersama dengan anda kerana anda gagal melihat si dia sebagai ‘bintang’. Sungguh menyedihkan bagi Leo untuk menerima bahawa semangat dia dan anda tidak sama.
Semasa kalian bersama, si dia benar-benar merasa seperti dia adalah sebahagian daripada pasangan tanpa menyedari bahawa kekuatan itu datangnya dari dirinya sendiri! Si dia cuba berkompromi dan berusaha untuk terus berkawan, tetapi akhirnya menyedari bahawa kalian berdua tidak pernah benar-benar menganggap satu sama lain sebagai teman dan tidak berasa penting. Jadi, lebih baik berpisah dari sakit berlanjutan.


Tak Boleh Let Go
Mungkin ada yang berpendapat bahawa Virgo terlalu banyak berfikir – ini memang sifat sebenar Virgo. Selain itu mereka selalu merancang semuanya dengan sempurna agar kehidupan anda berdua berjalan dengan lebih lancar ketika anda masih bersama. Melihatkan gayanya, si dia begitu menyayangi dirimu sehinggakan bila sudah berpisah, apa jua yang dimuat naik di Facebook & Instagram stories, dia antara viewer pertama stories anda itu.
Ada kala anda terfikir adakah benar tindakan anda menamatkan hubungan cinta yang dulunya sejati dan lama, baca semula pesanan lama anda untuk mencari titik noktah segala fakta, jika anda dapat mencarinya, ia akan membawa anda kepada jawapan status hubungan kalian. Jika boleh diselamatkan, teruskan. Jika tidak, move on sahaja!


Jenis Ramah-Tamah
Selepas putus cinta, si dia akan bersikap diplomatik dan memastikan semua orang tahu bahawa dia tidak mengambil hati dengan apa yang terjadi, tetapi sebaliknya, dia tidak mahu memaafkan anda kerana telah membuang masanya!
Berbanding semasa menjalin hubungan, Libra lebih cenderung untuk tidak berkonfrontasi, keadaan jadi semakin buruk sehingga berlakunya perpisahan. Selalunya membabitkan masalah terasa hati dek masalah yang sudah lama dipendam. Namun sebaik sahaja berpisah, si dia bersikap friendly dan charming dalam masa yang sama. Pelik, kan?


Dingin 24 Jam
Anda akan sentiasa dihantui oleh Scorpio. Tunggu saja kedatangan e-mel yang dikepil bersama resit dari awal perhubungan kalian. Semoga berjaya menepis segala hujah-hujahnya si ex dalam pesanan ringkas yang berjela-jela mengenai keburukan anda. Sekiranya anda berjaya melepaskan diri dari kemarahannya, terus bekukan semua komunikasi dengan mereka selama-lamanya. Anggap sahaja anda tidak pernah mengenali mereka.
Ex jenis ini adalah seorang detektif selepas putus cinta. Mereka akan mengawasi posting media sosial anda dengan teliti untuk mengetahui apa yang anda, bff anda, saudara anda dan ibu dan seluruh ahli keluarga anda sedang lakukan. Sehinggalah mereka menemui seseorang untuk mereka serlahkan skill yang ada. Awas! Mereka akan cuba menggoda atau berbuat baik dengan rakan, rakan sebilik atau ahli keluarga anda semata-mata untuk membuat anda tidak berasa senang. Apa yang paling dirindui? Seks yang luar biasa!


Dalam Diam Mengharapkan Sesuatu
Sentiasa ceria dan kelakar walaupun sudah bergelar bekas kekasih. Mungkin alasan ini cukup membuat anda dan bekas kekasih berbintang Sagittarius masih boleh berkawan rapat seperti sebelumnya. Handal menyorok perasaan, ada kala si dia akan berpura-pura tidak kisah untuk rancang blind date anda bersama temannya hanya untuk membuktikan yang dia sudah boleh melupakan anda. Namun hakikatnya, hatinya bagai disiat-siat.
Satu perkara yang bakal dirindui adalah sikap spontan Sagittarius yang suka merancang aktiviti last-minute seperti mengembara ke seluruh dunia, road trip satu Malaysia dan banyak lagi!


Janda/Duda Berhias
Ini semestinya peluang hebat si Capricon untuk bertemu orang baru. Walau ada yang menganggap ia sedikit kejam kerana sepatutnya si dia berada dalam keadaan berduka dengan apa yang berlaku, namun si dia nampaknya seperti berterima kasih kerana akhirnya berpeluang menyingkirkan anda dari hidupnya. Alasannya, anda adalah penyebab dirinya tidak berjaya, tidak cantik dan banyak lagi.
Pada saat anda merindui kehadirannya dalam hidup, dia sudah berjumpa teman baru yang memandang tinggi akan personaliti si dia. Jangan pelik bila anda dapat tahu, cinta barunya mempunyai personaliti yang jauh berbeza dengan anda dan dia bukan lagi seperti dulu. Dia semakin berhias hingga anda tidak dapat menahan rasa mahu menelefon atau whatsapp si dia sebaik sahaja terserempak di kedai yang sering si dia kunjungi.

Tak perlu risau kalau rasa lonely, kehidupan bujang akan tamat tidak lama lagi!!!
Zaman MCO sekarang kita buat kenalan dari dating-apps, tapi kawan2 perlu berhati2 seperti pakai app2 yang biasa, kalau pakai Tinder (awas byk yg hook-up), kalau pakai JD dating (ada yang mahal sbb lelaki perlu bayar untuk a safe security system for the girls) so no insurance selling gadis, kalau pakai Tantan (aras byk yg racist, tapi bukan semua, depends your luck!

Good luck!

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 02:22 AM GMT+8 , Processed in 0.230352 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list