View: 1857|Reply: 10
|
Nak Jalani Pemindahan Darah- Ustaz Digelar Sombong Dan Memilih, Hanya Nak Darah
[Copy link]
|
|
Kenyataan seorang pendakwah Indonesia, ustaz Yusof Mansur yang bersyukur kerana mendapat seorang Hafiz al-Quran sebagai penderma darah kepadanya hangat diperkatakan netizen, lapor laman Suara.com semalam.
Kenyataan tersebut yang dimuat naik ustaz Yusuf Mansur menerusi laman sosial Instagramnya menyebabkan dia dituduh sebagai sombong dan memilih.
Ustaz Yusuf Mansur dimasukkan ke hospital selepas paras hemoglobin dalam darahnya rendah lalu terpaksa menjalani pemindahan darah.
Foto: IG
Dalam hantarannya, ustaz Yusuf Mansur menulis seramai 10 orang hafiz yang sudah dipilih untuk mendermakan darah kepadanya dan individu yang terpilih adalah Syekih Baleid yang merupakan seorang penderma darah dari Maghribi.
Menerusi Instagramnya, pendakwah itu memuat naik video dirinya yang sedang terbaring dan memaklumkan tentang keadaan kesihatannya.
“Dengan izin Allah S.W.T., hemoglobin saya masih ada lima. Sangat rendah namun masih hidup.
“Saya dibantu rakan-rakan dan pasukan doktor yang luar biasa. Barisan penderma darah juga yang soleh-soleh, alhamdulillah ada 10 orang dan yang terbaik akan dipilih,” katanya.
Netizen rata-ratanya meninggalkan komen dengan mengatakan mereka tidak bersetuju dengan kaedah ‘pemilihan’ penderma yang dibuat ustaz itu.
“Pemindahan darah juga mahu pilih yang sama beriman,” tulis seorang netizen.
“Di sinilah saya melihat kebesaran Allah S.W.T. Saya tahu saya banyak dosa, namun Allah memberikan saya kesempatan untuk mendapatkan darah daripada orang-orang terbaik di Bumi, dengan izin-Nya,” tulis ustaz Yusuf Mansur. -CARI
Sumber: Kosmo |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
makin meningkat tak level imannya? |
|
|
|
|
|
|
|
Sedar tak ostad, ada jua hafiz yg kaki cikcap, mencuri, semborit, gila kuasa.. |
|
|
|
|
|
|
|
babinya engkau nak demand layanan sebegitu rupa.
|
|
|
|
|
|
|
|
sama2 editor pun berebut
|
|
|
|
|
|
|
|
Tiket ke syurga agaknya..hmmm |
|
|
|
|
|
|
|
tak apa walaupun sama
bukan supervisor tahu pun
dlm weekly report
ckp done - create new thread
|
|
|
|
|
|
|
|
Teringat pulak acik yg dulu kata kita kena cuci & ganti darah sebab dah termakan DNA babi cadbury. Very the facepalm. |
|
|
|
|
|
|
|
Sama je kot. Darah je. Bukan hati hitam {:cryrun Sedihlah tahap pemikiran macam ni |
|
|
|
|
|
|
|
orang macam ni, dia fikir Tuhan angkat darjat ke buat macam tu? ni kira macam pandang rendah ciptaan Tuhan jugak ni. Dah kalau Islam pon bagi je terima darah sape2, kenapa nak kena susahkan diri untuk dapat darah “special“ bagai |
|
|
|
|
|
|
| |
|