CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3371|Reply: 7

Katy Perry berselera makan rendang, pulut kuning

[Copy link]
Post time 24-7-2021 07:56 PM | Show all posts |Read mode
Katy Perry berselera makan rendang, pulut kuning
  • Oleh KOSMO!
  • 24 Julai 2021, 10:40 am



SESUAI dengan mood raya, sepotong video menunjukkan Katy Pery yang berselera menyuapkan rendang dan pulut kuning tular dalam Twitter.

BARU-BARU ini tular sebuah video program MasterChef Australia yang turut disertai penyanyi antarabangsa terkenal, Katy Perry.

Video tersebut tular dalam ruangan Twitter kerana pelantun lagu Roar itu menikmati makanan yang cukup popular dengan budaya orang Malaysia iaitu rendang itik dan pulut kuning.

Dalam episod tersebut, Perry telah mencuba masakan air tangan seorang cef kelahiran Malaysia yang kini menetap di Australia bernama Poh Ling Yeow.

Poh mencuba nasib dengan menghasilkan masakan tradisional iaitu rendang itik dan pulut kuning.

Pada awalnya, menu tersebut telah mengingatkan Perry kepada makanan Barat iaitu burito, malah dia juga takut untuk mencubanya kerana bahan yang digunakan ialah itik.

Namun, selepas satu suapan, Perry memuji masakan Poh walaupun agak pedas pada lidahnya. Dia juga dilihat tidak berhenti daripada terus menyuap makanan tersebut ke dalam mulutnya.

Difahamkan, episod tersebut berlangsung sewaktu Perry sedang mengandung sekitar tahun lalu.

Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-7-2021 07:58 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-7-2021 07:59 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2021 10:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Ko dah kenapa jah. Nak buka thread pun tengok la dulu board tu. Jangan main hentam je.
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2021 01:51 PM | Show all posts
Orang dari seluruh dunia memang suka makan rendang itulah realitinya
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2021 07:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Mcm kebab pun ye..haha
Combinasi pulut kuning..rendang itik dgn roti kala...really Malaysian ...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-7-2021 09:51 AM | Show all posts
dah rambut pendek poh...nampak tua sikit. suka dia rambut panjang...she's so lively
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2021 10:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Rendang rasa lemak2 ni mmg senang diterima tekak ramai umat manusia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-10-2024 05:25 PM GMT+8 , Processed in 0.293652 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list