CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1981|Reply: 3

Legenda rap AS meninggal dunia

[Copy link]
Post time 17-7-2021 06:37 PM | Show all posts |Read mode
Legenda rap AS meninggal dunia


Biz Markie

Los Angeles: Legenda rap, Biz Markie, 57, meninggal dunia selepas mengalami dua komplikasi diabetes di sebuah hospital di Baltimore, hari ini.

Biz atau nama sebenarnya Marcel Theo Hall dilaporkan sudah mengalami masalah kesihatan itu sejak beberapa tahun lalu.

Kematian penyanyi yang popular menerusi lagu Just A Friend itu disahkan jurucakapnya Jenni Izumi.

Menurutnya, Biz meninggal dunia di sisi keluarganya.

"Dengan kesedihan mendalam, kami umumkan pelopor hip hop Biz Markie meninggal dunia dengan tenang di sisi isterinya Tara, hari ini.

"Kami sangat berterima kasih kepada semua yang menghubungi serta sokongan doa pada waktu sukar ini. Biz mencipta legasi seni yang akan diraikan selamanya orang industri serta peminat menerusi sentuhan muziknya sepanjang 35 tahun.

"Dia meninggalkan seorang isteri, ramai ahli keluarga dan rakan terdekat yang pasti akan merindui personaliti riang, jenaka serta sifat kelakarnya," katanya.

Tahun lalu, penyanyi itu pernah dimasukkan ke hospital berikutan pelbagai masalah kesihatan yang berkait dengan penyakit diabetes dihidapinya.

Kerjaya muzik Biz pernah memuncak sekitar tahun 1989 dengan kejayaan lagu Just A Friend itu. Bagaimanapun, pada 1990-an, dia antara penyanyi rap yang disaman kerana kesalahan hak cipta lagu.

Sumber:https://www.hmetro.com.my

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-7-2021 06:38 PM | Show all posts











Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2021 07:51 PM From the mobile phone | Show all posts


heheheheeheh
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2021 12:03 PM | Show all posts
Edited by Roosevelt at 22-7-2021 11:56 AM

MF DOOM has passed away at the age of 49. Say what you what you want about his music, but he undoubtedly pushed hip hop/rap forward in unimaginable ways.

Projects like Madvillainy got me into rap music in the first place, and I know he meant so much to the Music community.

I’m heartbroken by this news and I’d like to know what DOOM’s music meant to you.

MyCCPay Log In
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-10-2024 05:43 PM GMT+8 , Processed in 0.048267 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list