View: 1410|Reply: 14
|
Bilionair Nak Bina Hotel Di Bulan
[Copy link]
|
|
Pemilik syarikat Virgin Galactic, Richard Branson yang juga seorang bilionair bercita-cita mahu membina sebuah hotel di bulan.
Cita-cita itu didedahkannya selepas beliau menjadi bilionair pertama di dunia terbang ke angkasa lepas dengan menaiki kapal angkasa buatan syarikatnya pada Ahad lalu.
Pada Ahad lalu, beliau bersama dua juruterbang dan tiga lagi penumpang yang kesemuanya kakitangan syarikatnya berada di angkasa lepas selama beberapa minit sebelum ia mendarat semula ke bumi.
Beliau bersama lima kakitangannya itu menaiki kapal angkasa VSS Unity yang dibina oleh syarikat Virgin Galactic dan berlepas dari pangkalan Spaceport di sebuah gurun di Mexico, Amerika Syarikat.
Menurut laporan portal berita Evening Standard yang memetik agensi berita PA, Branson berkata, beliau berminat untuk membina sebuah hotel di bulan pada satu hari nanti.
Beliau yang merupakan warga Britain sebelum ini adalah pemilik syarikat tambang murah Virgin Atlantic tetapi menjual saham-sahamnya dalam syarikat itu ekoran pandemik Covid-19.
Branson kini terlibat dalam bidang pelancongan angkasa lepas.
Satu tiket ke angkasa lepas dengan menggunakan kapal angkasa tersebut dianggarkan berharga ASD250,000 (RM1.04juta) seperti yang dilakukan oleh bilionair itu pada Ahad lalu.
Sumber: Sinar Harian |
|
|
|
|
|
|
|
pergi lah duduk sana terus pun takpe.. weolzahhh tak kisaahhh |
|
|
|
|
|
|
|
kalau iols duit ala2 jep bezos, iols da ke sana dah haha |
|
|
|
|
|
|
|
Syaitonnnn....macam mana 250k USD boleh jadi RM1 billion |
|
|
|
|
|
|
|
Ada apa je kat bulan tu sibuk semua nak ke sana. |
|
|
|
|
|
|
|
jgn lupa buat surau skali.sng aku nak check-in sana nti |
|
|
|
|
|
|
|
msel: Ada apa je kat bulan tu sibuk semua nak ke sana.
Kan... harus ada sesuatu yang marhaen bumi tak tau. |
|
|
|
|
|
|
|
sometimes ignorance is a bliss
|
|
|
|
|
|
|
|
know your enemy. eat the rich
|
|
|
|
|
|
|
|
green~tea replied at 14-7-2021 09:38 PM
sometimes ignorance is a bliss
Yup.. cukuplah bumi utk kita. Ilmu masih berkembang utk kita di bumi perhati langit tak bertepi.
*tingin ada teleskop. |
|
|
|
|
|
|
|
Bumi jgk yg menyeronokkan bagi manusia..... |
|
|
|
|
|
|
|
ada akak tgk bideo shuttle dia pi ke space tu kt twitter RB ni few days ago
akak mcm??? Huntungllaaahhhh dia dah merasa sume tu
sblm ni pun dia dah dive ke mariana trench kan.jurang terdalam kt dunia tu.tp takde la dia smpi ke sea base pun.tp kira dh merasa la kan.
konon dia nak buat utk turis la exploration ke mariana trench.last2 kensel plan tu sbb kapal rosak ke cemana tah.
ni.lak nak buat pakej utk turis ke bulan |
|
|
|
|
|
|
|
Xde pakej melawat alam barzah kah |
|
|
|
|
|
|
| |
|