"2.20am, ada gadis menangis."
Seram juga apabila dapat melihat dengan jelas seorang gadis sedang menangis di tepi lebuh raya pada awal pagi.
Itu yang terpaksa dihadapi penunggang motosikal, Jaysee yang menceritakannya di platform Tik Tok. Dari Cyberjaya menuju ke selatan, dia berhenti seketika di lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) untuk meminum air, lalu terdengar bunyi tangisan perempuan.
Setelah mencari-cari dan membesarkan imej, ternyata ada seorang gadis di dalam kebun sawit.
Foto :Tik Tok
Menurut portal mStar, Jaysee sebenarnya tidaklah seberani seperti yang dipaparkan di video, namun disebabkan dia yakin benda itu tidak akan menghampirinya kerana dia berdiri di kawasan terang, jadi dia meneruskan rakamannya.
"Selepas rekod, saya terus pecut motor. Tak pandang kiri kanan dah. Tengok lurus je ke depan. Dalam hati, tawakal, moga motor saya tak buat hal. Mujur takda apa-apa."
Foto :Tik Tok
Dalam video kedua pula, Jaysee turut menjelaskan perkara yang terjadi sebelum insiden di lebuh raya tersebut iaitu dia menghantar barang kepada rakannya.
Namun, disebabkan rakannya tidak mengangkat telefon dan lokasi yang diberikan oleh rakannya pula adalah kawasan perkuburan, maka setelah lama menunggu, dia membatalkan pertemuan tersebut.
Foto :TT
Anda mempunyai pengalaman hampir serupa? Kongsikan bersama kami. - CARI
|