CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1171|Reply: 5

Letupan Tangki Oksigen- 52 Maut, Wad Covid-19 Terbakar

[Copy link]
Post time 13-7-2021 01:12 PM | Show all posts |Read mode
NASIRIYAH: Sekurang-kurang 52 terkorban, manakala 22 lagi cedera dalam kebakaran wad pengasingan COVID-19 di sebuah hospital di Iraq, semalam, menurut pegawai kesihatan.


Kebakaran maut yang kedua seumpama itu dalam tempoh tiga bulan di Iraq berkenaan menyaksikan api tercetus di Hospital Al-Hussein, di sini, lewat malam tadi, sebelum berjaya dikawal pasukan pertahanan awam tempatan.


"unca utama kebakaran itu ialah letupan tangki oksigen," kata sumber perubatan dengan pihak berkuasa kesihatan kepada AFP.


Jurucakap pihak berkuasa kesihatan tempatan, Haydar al-Zamili, berkata 52 mayat ditemui dan 22 mangsa lagi mengalami kecederaan, setakat awal pagi tadi, selepas api menjilat wad pengasingan COVID-19.


"Usaha mencari dan menyelamat sedang diteruskan," katanya sambil memaklumkan dikhuatiri masih ada mangsa terperangkap dalam bangunan itu.


Gambar Hiasan




Wad terbabit dilapor boleh menempatkan hingga 70 katil pesakit.


Dalam pada itu, puluhan orang yang berang, mengadakan tunjuk perasaan di luar hospital berkenaan selepas insiden terbabit.


Kebakaran itu turut mencetuskan gesaan dalam media sosial supaya tindakan tegas diambil, malah menuntut pegawai atasan untuk meletakkan jawatan.


Sementara itu, pihak berkuasa tempatan mengisytiharkan darurat di kawasan pentadbiran Gabenor Dhi Qar di mana Nasiriyah adalah ibu kotanya, serta mengarahkan doktor sedang bercuti supaya kembali bertugas untuk merawat mangsa yang cedera.


"erdana Menteri Iraq, Mustafa al-Kadhemi, mengadakan mesyuarat kecemasan dengan menteri dan ketua pasukan keselamatan bagi mengenal pasti punca kebakaran itu," menurut pejabatnya melalui Twitter, hari ini.


Selain itu, katanya, teraju kesihatan di Dhi Qar dan ketua hospital terbabit sudah ditahan serta disoal siasat oleh polis.


Al-Kadhemi juga mengerahkan penghantaran bantuan perubatan kecemasan ke lokasi kejadian. - CARI


Sumber: Berita Harian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-7-2021 03:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un.
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2021 03:23 PM | Show all posts
Bertimpa2 bala, takziah buat keluarga mangsa yang terlibat
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2021 03:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Ya Allah... Sudah jatuh ditimpa tangga
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2021 03:29 PM | Show all posts
Ya Allah...bala apekah...takziah buat mangsa
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2021 04:01 PM | Show all posts
kesiannya, meanwhile dekat malays frontliner sampi tegolek tolak pesakit.. kesian masing masing
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 03:14 AM GMT+8 , Processed in 0.200240 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list