View: 17302|Reply: 85
|
Polis Dapat Laporan Ezad Lazim, Isteri Dera Anak
[Copy link]
|
|
Gara-gara salah faham, isterinya kepada penyanyi Ezad Lazim telah dihubungi pihak polis selepas menerima laporan bahawa dia dan juga suaminya telah mendera anak bongsu mereka, Putera Muhammad Darwish, 6, sehingga mengalami kecederaan di kepala.
Menurut Ezad atau nama penuhnya Mohd Rohaizad Mohd Lazim, 41, dia tidak tahu siapa yang membuat laporan kepada pihak polis atas tuduhan mendera anak, namun yang pasti perkara itu hanya salah faham sahaja.
“Assalamualaikum. Saya pun tidak sangka isteri saya dapat panggilan daripada pihak berkuasa. Katanya dapat laporan tentang kami telah melakukan penderaan terhadap anak kami.
“Sebabnya semakam tular video dan gambar anak lelaki kami mengalami pendarahan yang banyak di kepalanya. Seperti yang telah saya maklumkan semalam dalam media sosial, bahawa anak saya bergaduh sesama sendiri (dengan anak sulung),” kata Ezad.
Menerusi hantaran video yang dimuat naik dalam Instagramnya, bekas vokalis kumpulan Exist itu turut memohon maaf dan mengakui kecuaian dia bersama isterinya, Nor Azeana Ramli dalam menjaga anak-anak.
“Saya dan isteri ingin memohon maaf atas kecuaian kami menjaga anak-anak sehingga terjadi perkara seperti ini (pergaduhan).
“Kadang-kadang kami terlepas pandang perkara sebegini bila berada di rumah,” ujarnya.
Pada masa sama, pelantun lagu Jesnita itu berkata bahawa dia bersama isteri tidak keberatan untuk disoal siasat dan sedia memberikan kerjasama dengan pihak berkuasa berhubung laporan polis yang telah dibuat terhadapnya.
“Kami sedia bekerjasama. Moga video ini dapat menjelaskan serba sedikit tentang apa sebenarnya yang berlaku,” katanya.
Baru-baru ini, Ezad berkongsi gambar anaknya Darwish sedang menerima rawatan akibat cedera di kepala selepas dipukul kakaknya, Puteri Rania Keisha, 9, dengan penyangkut baju.
Menceritakan semula kejadian tersebut, Ezad memaklumkan bahawa ketika kejadian, dia berada di ruang tamu manakala isterinya sedang memasak di dapaur dan anak-anak di bilik tingkat atas.
Ekoran kejadian tersebut, Darwish telah dikejarkan ke Hospital Putrajaya untuk rawatan dan doktor memaklumkan luka yang dialaminya hanya kecil dan tidak perlu dijahit.
Sumber: K! ONLINE |
|
|
|
|
|
|
|
1. Anak2 dia memang buas?
2. Terlalu kerap bunyi budak menangis lain macam? |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau tak followers, pihak hospital lah kot yg buat aduan. |
|
|
|
|
|
|
|
Macam kes jiran aku. Belakang rumah je. Anak2 diaaa perghhhh aku tak tahu la main apa sampai terjerit2 nangis2 dengan beradik. Ayah tak function, mak nya laa sampai ke halaman depan rumah aku boleh dengar dia jerit.
btw, sape yang panggil CPS/popo on them Ejad dan binik? |
|
|
|
|
|
|
|
tak hairan pun kan kalau ank2 kena dera, since org2 yg pernah amik barang terlarang ni mmg panas baran.. tp harap2 bukan dera lah ya.. semoga aman2 je |
|
|
|
|
|
|
|
Actually aku kesian kat anak girl dia yg pukul adik. Tak psl2 femes gara2 cederakan adik. Jadi bahan among kwn2 sekolah. Yg si adik tu aku kesian gak. Patutnye Ezad diam2 sudey. Not everything should be shared. Now look what have u done? |
|
|
|
|
|
|
|
kesian la budak tu.. kepala pulak yg kene.. harap tak ade apa2 yg serius |
|
|
|
|
|
|
|
Katanya kena pukul dengan hanger ya? Sampai berdarah kena dgn hanger ye .tak sangka betul |
|
|
|
|
|
|
|
djzara81 replied at 11-7-2021 02:17 PM
Actually aku kesian kat anak girl dia yg pukul adik. Tak psl2 femes gara2 cederakan adik. Jadi bahan ...
Yup...x semua kenakalan anak2 perlu share kat socmed
Nanti netz akan jadi hakim dan lawyer tentukan sape salah sape betull |
|
|
|
|
|
|
|
Tapi budak Tak menipu Kan...
Polis boleh siasat...
Tapi aku rse memg si kakak yg pukul la...sebb budak buas mcm tu memg wujud pun..
Ish seriau la ada budak camni...camna eh budak2 leh jadi ganaz camtu..adalah salah didikannn...mne dia belajar pukul2 sampai camtu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Luka cmne ya hanger tu kena kat kepala? Teruk sangat ke? Hanger tu jenis cmne sampai berdarah banyak tu. Hanger KT rumah aku standardla yg kurus2 tu mudah patah. Kalau kena kepala PON rasa xde cedera teruk. Ke dia tunjal hanger patah tu kat kepala sampai berlubang. Ishhh |
|
|
|
|
|
|
|
namr replied at 11-7-2021 02:17 PM
Ntah2 hospital yg report
aku pn rsa hospital report.. |
|
|
|
|
|
|
|
tentu lah hospital buat repot. mencurigakan mcm tu.
Adik aku dulu, tersilap cuci telinga sampai berdarah dalam lubang telinga, mak kena siasat terperinci ngn doktor. tambah adik aku tu sebut macam ni.. "ni mak yg buat, mak yang buat.."
dia budak lg. tengah cuci telinga dok tergolek golek mengelak. sampai terluka..
tp x jadi kes la.. sbb kecuaian je...
Budak anak ezad ni menjerit apa lah agaknya.. sampai doktor buat repot kannn.. |
|
|
|
|
|
|
|
Tu lah..
Semua benda NK post kat social media
Mendapatlah kaublaki bini |
|
|
|
|
|
|
|
aduhaii.. harap bukan la dera, trauma budak2 kena dera, klu betul kakaknya pukul, hanger yg besi tu ke |
|
|
|
|
|
|
|
anggeriklatifah replied at 11-7-2021 02:42 PM
Tapi budak Tak menipu Kan...
Polis boleh siasat...
Tapi aku rse memg si kakak yg pukul la...sebb b ...
Kgkdg bkn sbb mak bapak slalu pukul ke ape..tgk youtube tu ha suke video lawan2 tembak2 |
|
|
|
|
|
|
|
mmg akan ada spekulasi boleh timbul:
- kakak pukul adik (mmg 2 bradik suka gaduh, da nasihat x jln)
- kakak pukul adik (tp ezad/binik sll biarkan bergaduh. Biar 2 bradik setel sendri kekdahnya)
- kakak pukul adik sbb adik provoke kakak hingga hilang pertimbangan kakak
- kakak sesaja pukul adik tanpa sebab
- ezad/binik dera (pukul) tp bgtau kakak yg pukul
- adik memukul diri sendri.
nnt kes polis ,kanak -kanak dipukul dgn objek keras. Kes ditutup dibuka ditutup dibuka ditutup dibuka gitulah.. |
|
|
|
|
|
|
|
namr replied at 11-7-2021 02:17 PM
Ntah2 hospital yg report
Aku pun suspect hospital report. Kalau doktor nampak suspicious, or depa tanya anak, anak tu bgtau direct apa jadi.. mmg depa terus contact polis. |
|
|
|
|
|
|
|
Pengajaran untuk ibu bapa. Jangan ajar anak melalui teladan yang kurang baik. Kakak baru 9 tahun, bagaimana boleh terfikir nak bergaduh dengan adik menggunakan penyangkut baju? |
|
|
|
|
|
|
| |
|