View: 1940|Reply: 8
|
Terima Banyak DM Dalam Kesusahan, PU Riz Bantu 110 Keluarga Kibar Bendera Putih
[Copy link]
|
|
Menyedari ramai yang berada dalam kesusahan sehingga menerima banyak mesej peribadi di Instagram, pendakwah bebas dan selebriti, Haris Ismail atau PU Riz sekali lagi menghulurkan bantuan.
Terkesan dengan apa yang berlaku, PU Riz, 26, terpanggil membantu 110 keluarga kurang berkemampuan di Taman Jinjang Baru, Kuala Lumpur, pada Jumaat.
Suami kepada selebriti terkenal Neelofa itu berkata, dia bersama NGO, Pertubuhan Kasih Neelofa menyalurkan sumbangan berbentuk makanan dan barangan keperluan asas harian.
Foto: IG
“Selepas mendapat maklumat ada keluarga di Taman Jinjang Baru yang mengibarkan bendera putih, saya bersama pasukan Pertubuhan Kasih Neelofa ambil keputusan untuk ke sana.
“Alhamdulillah, kami dapat bantu dalam 110 keluarga. Semua ini bukan yang kibar bendera putih. Ada juga yang tak berbuat sedemikian, tapi kami bantu juga. Apa pun, semoga sumbangan ini memberikan manfaat buat mereka sekeluarga, ” katanya kepada mStar.
Pengumuman kerajaan berkenaan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 ternyata memberi kesan terhadap rakyat Malaysia.
Ia sekali gus menjejaskan kedudukan sosioekonomi sehingga menyukarkan mereka untuk menghadapi situasi dan bertahan dengan keadaan pandemik sekarang ini.
Oleh itu, pelbagai usaha dibuat bagi membantu golongan memerlukan termasuklah kempen kibarkan bendera putih bagi mengesan mereka yang berada dalam kesusahan.
Mengulas lanjut, PU Riz memberitahu kempen kibarkan bendera putih itu adalah usaha yang dibuat rakyat Malaysia atas keprihatinan sesama insan.
Foto: IG
“Saya percaya ini antara usaha untuk membantu mereka yang betul-betul memerlukan ketika ini. Malah, tidak ada unsur paksaan pun dalam melaksanakan perkara ini. Jadi, tidak salah kalau ada mana-mana pihak membantu mereka yang kibarkan bendera putih ini.
“Ini satu lagi cara bagaimana kita menunjukkan rasa berkasih sayang antara satu sama lain terutama dalam hidup bermasyarakat. Disebabkan itu, saya bersama Pertubuhan Kasih Neelofa mahu berkongsi rezeki ini kepada mereka yang memerlukan.
“Terima kasih kepada semua pihak yang sudah banyak membantu dalam menjayakan setiap misi yang kami jalankan. Insya Allah, rezeki yang ada ini kita akan terus kongsi bersama, ” ujarnya.
Foto: IG
Sebelum ini, PU Riz turut memberikan RM300 kepada l30 pelajar yang mendapat keputusan 5A pada Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Dalam masa sama, Pertubuhan Kasih Neelofa baru-baru ini menyerahkan kelengkapan 100 set jenazah berjumlah RM41, 900 kepada Pondok Maheliah di Kota Bharu, Kelantan yang menyediakan khidmat pengurusan kematian secara percuma kepada golongan asnaf yang kurang berkemampuan di negeri itu. -CARI
Sumber: mStar Online |
|
|
|
|
|
|
|
Again artikel ini dikategori as Gosip & pembukak benang Again adalah reporter Cari??? |
|
|
|
|
|
|
|
Nope.
Damage control tidak berkesan
Try harder bini kelopak |
|
|
|
|
|
|
|
Woi report sekalian, memang korang ni pemalas! Tak buat research dulu sebelum bukak benang! |
|
|
|
|
|
|
|
mlm td aku tgk cerekarama misteri bilik bawah
pastu ms scene ustaz tu tetibe ada bini lopak nih
hek elehh sgtt |
|
|
|
|
|
|
|
awat xwat yayasan sendiri knp mesti guna nama bini??? |
|
|
|
|
|
|
|
bantulah mna yg patut, iols perbuatan yg baik iols sokong |
|
|
|
|
|
|
|
Ternyata beliau mendengar keluh-kesah forumer. Sehingga rambut beliau yang ikal pun dikemaskan. |
|
|
|
|
|
|
|
dia ni bukan artis dah tpi pak ustaz! mana layak msuk bod gosip retis..dia dgn bini dia boleh kita humban ke bod personaliti terpaling..haha lol! |
|
|
|
|
|
|
| |
|