CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1100|Reply: 0

Tukang Urut Ditahan Hina Azan

[Copy link]
Post time 30-6-2021 05:09 PM | Show all posts |Read mode
Seorang tukang urut wanita ditahan pukul 11.30 pagi semalam bagi membantu siasatan berhubung dakwaan menghina laungan azan yang tersebar menerusi aplikasi media sosial WhatApps.


Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abdul Samad berkata, suspek berusia 26 tahun itu ditahan susulan aduan dibuat pengurus sebuah syarikat swasta yang melihat kenyataan menghina itu di Perai, kelmarin.




Gambar hiasan




Kenyataan tersebut dipercayai dimuat naik oleh suspek ke dalam akaun Facebook miliknya menerusi nama JULIA JJ II.


Menurut Shafee, pengadu tampil membuat laporan polis berhubung perkara itu kerana berasa tidak puas hati dengan tindakan suspek yang dianggap tidak menghormati sensitiviti agama dalam kalangan rakyat Malaysia.


“Pengadu juga percaya perbuatan suspek ini dianggap sangat tidak wajar dan akan mencetuskan perpecahan kaum dan juga menimbulkan situasi yang tidak harmoni dalam kalangan umat Islam di negara ini,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.


Dalam pada itu Shafee memberitahu, semakan lanjut mendapati, terdapat empat laporan polis dibuat berkaitan kenyataan oleh pemilik Facebook berkenaan setakat ini.


“Kes disiasat di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan (KK) dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia (AKMM) 1998 kerana dengan sengaja di atas alasan-alasan agama cuba membangkitkan perpecahan dan suasana yang tidak harmoni ini,” ujar beliau.


Usaha Utusan Online menjejaki semula laman Facebook tersebut bagaimanapun gagal kerana kandungan asalnya dipercayai telah dipadamkan.




Sumber: UTUSAN ONLINE
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2026 09:59 AM GMT+8 , Processed in 0.038159 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list