CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 778|Reply: 0

[Sarawak] JPBB Bintulu berhak batal kontrak jika hotel abai aspek kebersihan

[Copy link]
Post time 28-6-2021 08:09 PM | Show all posts |Read mode
JPBB Bintulu berhak batal kontrak jika hotel abai aspek kebersihan


BINTULU: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Bintulu berhak membatalkan kontrak serta menahan pembayaran bagi setiap hotel dijadikan pusat kuarantin yang mengabaikan aspek kebersihan, kata Residen Bahagian Bintulu Jack Aman Luat.


Beliau yang merangkap Pengerusi JPBB Bintulu (gambar) berkata, setiap hotel yang dijadikan pusat kuarantin harus mematuhi syarat perjanjian yang ditandatangani dengan Kerajaan Negeri.
Katanya, antara syarat perjanjian yang dipersetujui oleh Kerajaan Negeri yang diwakili oleh Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan dengan pemilik hotel ialah setiap pengusaha atau pemilik hotel harus menyediakan perkhidmatan pembersihan bagi mengawal serta menggelakkan jangkitan di pusat kuarantin dan isolasi dengan mengikuti garis panduan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
"Pihak kita tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak pengurusan hotel yang gagal mengikuti garis panduan yang ditetapkan serta mengeluarkan notis penamatan sekiranya tidak mematuhi syarat yang ditetapkan," tegas beliau.

Jack berkata setiap hotel yang dijadikan pusat kuarantin harus melantik penyedia perkhidmatan pembersihan sendiri dan kos pembersihan tersebut ditanggung sepenuhnya oleh pihak hotel tanpa melibatkan sebarang kos terhadap kerajaan.



Menurutnya, sekiranya terdapat orang dalam pemantauan (PUS) disahkan dijangkiti virus COVID-19, bilik penginapan PUS tersebut hendaklah dilakukan 'terminal cleaning' oleh kerajaan dengan kos ditanggung oleh kerajaan.
Menurutnya, panggilan yang biasa digunakan di Bintulu adalah pihak 'Decon Team' atau 'Decontimination Team' daripada pihak KKM akan datang ke hotel untuk melakukan kerja-kerja pembersihan di setiap bilik yang didiami oleh pesakit yang positif COVID-19 setelah mereka dibawa ke hospital.
Bagi tujuan sama jelasnya, skop serta masa pembersihan akan ditentukan oleh kerajaan yang mana kerajaan tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan yang timbul sewaktu kerja-kerja pembersihan dijalankan.
Bagaimanapun jelasnya, sekiranya tidak terdapat PUS yang disahkan dijangkiti virus COVID-19 dan telah mendapat kelulusan untuk mendaftar keluar daripada hotel, pihak hotel hendaklah melaksanakan disinfeksi am di hotel termasuk kawasan bilik penginapan PUS, koridor, lif, lobi dan kawasan guna sama lain yang digunakan oleh PUS.
"Kos disinfeksi am tersebut adalah ditanggung sendiri oleh pengusaha atau pemilik hotel yang mana kerajaan akan memberi bantuan khidmat nasihat berhubung disinfeksi am tersebut sekiranya perlu," tambah beliau.



utusan borneo 2021-06-28T16:12:16+08:00

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 10:38 AM GMT+8 , Processed in 0.249975 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list