CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1334|Reply: 1

[Sabah] Covid-19 27/06/2021

[Copy link]
Post time 27-6-2021 10:07 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 27-6-2021 02:08 PM

Tiga kluster baharu COVID-19 di Sabah

MASIDI

KOTA KINABALU: Sabah mencatatkan tiga lagi kluster baharu COVID-19 masing-masing melibatkan daerah Kota Belud, Keningau, Kota Kinabalu, Papar dan Penampang.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Masidi Manjun berkata, Kluster Tembok (Penjara Kepayan) merekodkan 34 kes COVID-19 dan ianya melibatkan daerah di sini, Papar dan Penampang.

"Kluster Kuarters Bata Durok, Keningau merekodkan  12 kes dan Kluster Linau Kumpang,  Kota Belud 30 kes.

"Sabah hari ini  mencatatkan sebanyak 190 kes baharu COVID-19," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.


Beliau berkata, Kota Kinabalu sekali lagi merekodkan kes baharu harian tertinggi iaitu 38 kes, diikuti Kudat 34 kes, Kota Belud 23 kes serta Sandakan dan Tawau masing-masing 12 kes.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Masidi Manjun berkata, Kluster Tembok (Penjara Kepayan) merekodkan 34 kes COVID-19 dan ianya melibatkan daerah di sini, Papar dan Penampang.

"Kluster Kuarters Bata Durok, Keningau merekodkan  12 kes dan Kluster Linau Kumpang,  Kota Belud 30 kes.
"Sabah hari ini  mencatatkan sebanyak 190 kes baharu COVID-19," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.


Beliau berkata, Kota Kinabalu sekali lagi merekodkan kes baharu harian tertinggi iaitu 38 kes, diikuti Kudat 34 kes, Kota Belud 23 kes serta Sandakan dan Tawau masing-masing 12 kes.




utusan borneo 2021-06-27T15:45:30+08:00

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-6-2021 10:11 PM | Show all posts
14,900 penduduk Ranau telah divaksin


MESRA: Joachim (kiri) menyantuni penduduk kampung yang menerima vaksin di SK Kawiyan, Ranau

RANAU:Seramai 14,900 orang atau 19 peratus daripada populasi daerah ini yang berjumlah 78,000 orang telah divaksin setakat ini.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Dr. Joachim Gunsalam berkata, sekurang-kurangnya 30 peratus daripada populasi daerah ini telah berdaffar di MySejahtera untuk diberikan vaksinasi.

"Ini merupakan program Outreach kedua dan jumlah yang divaksin pada hari ini ialah 125 orang.

"Bagaimanapun, mereka (Pejabat Kesihatan Ranau) membawa 200 vaksin sebagai persediaan sekiranya ada penduduk yang ingin divaksin," katanya selepas melawat program Outreach yang diadakan di SK Kawiyan, Kampung Kawiyan, hari ini.

Beliau berkata, penduduk kampung tidak perlu takut dan ragu-ragu dengan suntikan berkenaan kerana ia adalah selamat. Ini amat penting dalam  melawan penularan COVID-19.

Katanya, penduduk kampung juga tidak perlu percaya dengan dakwaan tentang  kesan negatif vaksin seperti yang diuar-uarkan di media sosial oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Menurutnya, lokasi seterusnya program outreach itu ialah di kawasan Kaingaran dalam DUN Kundasang dan kawasan Paginatan dalam DUN Paginatan dalam awal Julai depan.

"Terdapat sembilan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Ranau melibatkan satu dewan masyarakat dan yang selebihnya Klinik Kesihatan Paginatan, Timbua, Perancangan, Lohan, Kundasang,  Bundu Tuhan dan juga Klinik Ibu dan Anak yang akan beroperasi.

"Berkaitan dengan agihan bantuan bakul makanan, penduduk yang rasa diri mereka layak untuk menerima bantuan di bawah kategori B-40 dan e-Kasih, bolehlah mendaftar dengan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) masing-masing atau melalui Unit Pembangunan Pemimpin Masyarakat (UPPM) yang akan senarai nama ke Pejabat Daerah Ranau untuk tujuan pengesahan," katanya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 10:14 AM GMT+8 , Processed in 0.978770 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list