CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3640|Reply: 2

[Lain-Lain] Tiada Yang Lebih Menakutkan Dari Menonton Filem Seram Berkonsepkan ‘Found Footag

[Copy link]
Post time 26-6-2021 11:05 PM | Show all posts |Read mode
Tiada Yang Lebih Menakutkan Dari Menonton Filem Seram Berkonsepkan ‘Found Footage’

Filem berkonsepkan found footage adalah rakaman kamera yang tidak stabil dan persembahan lebih realistik untuk menggambarkan situasi dari dunia yang sebenar.

Oleh kerana found footage telah berkembang bersama teknologi, ia telah membuktikan sebagai salah satu konsep yang paling fleksibel dan dialu-alukan kepada pembuat filem.

Jadi tiada yang lebih menakutkan dari menonton filem seram yang tersenarai ini dengan berkonsepkan found footage.

1. The Blair Witch Project (1999)



Pengarah: Daniel Myrick & Eduardo Sánchez

Barisan Pelakon: Heather Donahue, Michael C. Williams & Joshua Leonard

Tiga pelajar filem hilang selepas melancong ke hutan Maryland untuk merakam dokumentari mengenai legenda Blair Witch. Namun, hanya rakaman mereka yang dijumpai di tempat kejadian.

2. Gonjiam: Haunted Asylum (2018)



Pengarah: Beom-sik Jeong

Barisan Pelakon: Wi Ha-Joon, Yoo Je-Yoon & Seung-Wook Lee

Krew siri web seram pergi ke rumah orang sakit jiwa yang terbengkalai untuk siaran langsung. Kemudian mereka menghadapi perkara yang luar jangkaan dalam bangunan lama yang tidak diketahui itu.

3. Ia Wujud (2014)



Pengarah: Dharma Aizat

Barisan Pelakon: Anam Azizan, Zakaria Zahid, Ahmad Syafiq & Arif Adam

Mengisahkan sekumpulan remaja yang memasuki sebuah taman tema terbiar yang dikenali sebagai Mimaland. Mereka menyangkakan hantu tidak wujud dan cuba bermain permainan spirit of the coin di taman tema itu. Akhirnya apa yang mereka cari itu sebenarnya wujud.

4. Unfriended (2014)



Pengarah: Levan Gabriadze

Barisan Pelakon: Heather Sosaman, Matthew Bohrer & Courtney Halverson

Enam rakan-rakan menerima mesej dari salah satu rakan mereka yang sudah meninggal dunia semasa panggilan video di Skype. Walaupun mereka sangka ia adalah gurauan, tidak lama kemudian mereka dihantui oleh sesuatu yang misteri dan ghaib.

5. REC (2007)



Pengarah: Jaume Balagueró & Paco Plaza

Barisan Pelakon: Jaume Balagueró, Luiso Berdejo & Paco Plaza

Wartawan televisyen, Angela dan jurukamera mengikuti bomba yang menerima panggilan dari sebuah bangunan pangsapuri. Tetapi polis Sepanyol menutup bangunan itu setelah seorang wanita tua dijangkiti virus yang memberikannya kekuatan luar biasa dan menakutkan.

Sumber:https://plus.wiser.my/

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-10-2021 12:38 PM | Show all posts
Ia Wujud tu baru tau yang ianya wujud....
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2021 09:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Baru pas tgk the deep house. Guna konsep yg sama. Bole tahan movie ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 02:24 AM GMT+8 , Processed in 0.060160 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list