View: 1866|Reply: 9
|
[Sarawak]
Covid-19 26/06/2021
[Copy link]
|
|
Edited by Vellfire at 26-6-2021 11:25 AM
Sarawak rekod 491 kes COVID-19, lima kematian hari ini
KUCHING: Kes COVID-19 di Sarawak mencatatkan penurunan iaitu 491 hari ini berbanding 673 semalam, dengan 64.35 peratusnya daripadanya dikesan di daerah Kuching, Sibu, Bintulu, Miri dan Subis.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata, Kuching merekodkan kes harian tertinggi dengan 106 diikuti Sibu (79), Bintulu (50), Miri (47), Subis (34), Sarikei (27) dan Betong (22). Lain-lain kes dikesan di Tatau (19), Kapit (17), Song (12), Kanowit (11), Telang Usan (9), Bau (9), Bukit Mabong (8), Sri Aman (8), Lubok Antu (6), Selangau (5), Serian (5), Tebedu (5), Saratok (3), Pusa (2), Dalat (2), Matu (1), Limbang (1), Meradong (1), Pakan (1) dan Mukah (1) menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 63,311. “Daripada 491 kes baharu yang dilaporkan, seramai 52 orang telah menunjukkan tanda dan mengalami gejala jangkitan COVID-19 semasa saringan dijalankan.
“Dimaklumkan juga, seramai 408 orang kes atau yang dikesan adalah terdiri daripada individu yang telah diberikan arahan perintah kuarantin,” katanya dalam kenyataan hari ini. JPBNS turut memaklumkan lima kes kematian baharu melibatkan jangkitan COVID-19 dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kematian meningkat seramai 401 orang setakat ini. Kesemua lima kes kematian itu, katanya, melibatkan empat lelaki dan seorang perempuan berusia antara 57 hingga 85 tahun. “Empat kematian dilaporkan di Hospital Sibu manakala satu di Hospital Umum Sarawak,” ujarnya. Dalam pada itu, terdapat 421 kes baharu yang telah pulih dan dibenarkan discaj hari ini. Manakala, seramai 491 individu disyaki (PUI) baharu telah dilaporkan dan tiada PUI yang menunggu keputusan ujian makmal.
utusan bornoe 2021-06-26T17:17:59+08:00
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Vaksin COVID-19: Pusat Perubatan Rejang suntik 5,000 individu
Dr Annuar (kiri) ketika diiringi Lau (kanan) dan Pengarah Urusan RMC Dr John Tang ketika meninjau proses pemvaksinan di Dewan Suarah Sibu pada Isnin lalu.
SIBU: Pusat Perubatan Rejang (RMC) telah menvaksinkan seramai 5,000 orang dalam masa tempoh lima hari lalu bermula 21 Jun di Dewan Suarah Sibu, kata Pengurus Besarnya, Anne Lau.
RMC telah memindahkan program vaksinasinya ke venue tersebut bagi menampung lebih banyak dos vaksin yang akan diberikan di mana operasi itu bermula pada 21 Jun lalu.
"Kami telah memberi vaksin sebanyak 5,000 dalam lima hari terakhir (dari 21-25 Jun).
"Kira-kira 1,000 orang diberi vaksin setiap hari," kata Lau ketika dihubungi, hari ini.
Sebagai tambahan, beliau mengatakan bahawa proses pemvaksinan mereka berjalan dengan lancar dan tidak menghadapi masalah.
"Saya harus berterima kasih kepada semua penerima vaksin kerana mematuhi prosedur operasi standard (SOP).
"Sementara itu, kawalan aliran lalu lintas dikendalikan dengan baik oleh polis yang ditempatkan di pusat sivik," jelasnya.
Tambahnya, waktu operasi pusat pemberian vaksinasi (PPV) di Dewan Suarah Sibu akan tetap sama pada minggu depan dari jam 8 pagi hingga jam 5 petang.
Sementara itu, ketika mengunjungi PPV di venue tersebut pada hari Isnin, Penyelaras Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBBS) Sibu, Dr Annuar Rapaee mengatakan kapasiti vaksinasi di PPV Dewan Suarah Sibu mungkin akan dipertingkatkan jika diperlukan.
Beliau yang juga Menteri Muda Kerajaan Tempatan dan Perumahan telah mengatakan bahawa RMC merupakan pusat perubatan swasta pertama di sini yang menggunakan tempat yang ditentukan serta diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang mempunyai kemampuan untuk memvaksinasi 1,200 penerima pada setiap hari. |
|
|
|
|
|
|
|
Penduduk Ba’Kelalan digalakkan tampil dapatkan vaksin
Baru (tiga kanan) bersama petugas di Pusat Pemberian Vaksin di Dewan Penghulu Lakai Balang di Long Tuma.
KUCHING: Penduduk di konstituensi Ba’Kelalan yang belum menerima vaksinasi digesa untuk tampil berbuat demikian.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)nya, Baru Bian berkata ia termasuk mereka di Long Tuma dimana Program Imunisasi COVID-19 akan dijalankan sehingga 28 Jun ini.
Terdahulu, hari ini beliau telah mengadakan lawatan ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Dewan Penghulu Lakai Balang di Long Tuma dimana progam vaksinasi dijalankan.
“Saya gembira melihat masyarakat kita memberi respons yang amat baik dan tampil dengan jumlah ramai.
“Begitu juga kita senang hati kerana melihat SOP dipatuhi dan jarak fizikal juga diamalkan,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.
Baru berkata beliau dimaklumkan pegawai perubatan yang hadir bahawa kesemua yang hadir telah diberi vaksinasi meskipun ada yang tidak mempunyai kad pengenalan.
Beliau katanya amat berpuas hati dengan perkara berkenaan dan ia memberi keyakinan majoriti di masyarakat Ba’Kelalan akan mendapat perlindungan dari virus COVID-19.
“Saya ingin mengingatkan kepada penduduk dan menggalakkan kepada mereka untuk datang lagi bagi mendapatkan vaksinasi kedua pada tarikh yang ditetapkan.
“Suntikan kedua akan menguatkan lagi perlindungan selepas diberikan dos suntikan pertama,” katanya.
Tambah beliau mereka yang mengalami beberapa kesan sampingan tidak perlu terlalu risau kerana ia adalah reaksi biasa yang dialami oleh sesetengah orang terhadap vaksinasi.
“Saya harap mereka tidak akan terhalang untuk mendapatkan dos kedua vaksinasi, yang penting adalah perlindungan sepenuhnya,” kata Baru.
Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada pegawai perubatan dan pasukannya atas kerja baik yang telah mereka lakukan sehingga hujung minggu. |
|
|
|
|
|
|
|
Empat lokasi vaksinasi mula beroperasi di pedalaman Beluru
Pasukan KKM tiba di Long Teran menggunakan helikopter untuk program vaksinasi Covid-19.
MIRI: Empat lagi lokasi vaksinasi mula beroperasi di pedalaman Beluru hari ini, untuk memberi kemudahan suntikan kepada lebih ramai penduduk di luar bandar.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Marudi Datu Dr Penguang Manggil berkata, lokasi itu ialah Klinik Kesihatan Ulu Teru, Klinik Kesihatan Long Teran, Klinik Kesihatan Long Jegan dan Klinik Kesihatan Long Teru.
“Setiap klinik yang beroperasi ini mempunyai kapasiti sehingga 100 dos suntikan setiap hari.
“Justeru saya menggesa penduduk yang belum menerima suntikan datang ke klinik berhampiran. Jangan ragu-ragu,” katanya ketika dihubungi Utusan Borneo hari ini.
Terdahulu beliau dalam hantaran di media sosial berkata, pembukaan lebih banyak klinik memberikan vaksin ini adalah salah satu strategi kerajaan memastikan penduduk luar bandar tidak tercicir dari program vaksinasi Covid-19 Kebangsaan.
“Ini adalah sangat penting di dalam mencapai matlamat kita ke arah imuniti kelompok secara keseluruhannya dan melindungi penduduk kawasan luar bandar dari pandemik Covid-19,” ujar Penguang.
Beliau Menteri Muda Kerajaan Tempatan turut berterima kasih kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Pejabat Daerah serta Ketua-Ketua Masyarakat dan Ketua-Ketua Kaum yang telah bertungkus lumus menjayakan operasi vaksinasi ini di Marudi. |
|
|
|
|
|
|
|
Ganding bahu, perangi COVID-19 bersama
BINTULU: Semua pihak harus berganding bahu bagi memerangi pandemik COVID-19 di bahagian ini dengan mengenepikan segala fahamam politik serta perbezaan pendapat, kata Ahli Bintulu, Datuk Seri Tiong King Sing (gambar).
Menurutnya dalam tempoh kritikal pada masa sekarang, elakkan dari mempertikaikan usaha setiap individu bagi menangani pandemik membunuh itu.
"Sebaliknya, semua kita harus saling membantu antara satu-sama lain sebagai tanda sokongan moral khususnya pasukan barisan hadapan yang sedang berhempas-pulas melawan melawan virus berkenaan serta merawat pesakit yang dijangkiti COVID-19.
"Kenyataan sebegini tidak harus dikeluarkan oleh seorang ahli politik seperti beliau (Chiew) yang sudah lama berkecimpung dalam arena politik, kerana apa yang penting pada masa sekarang ialah semua pihak harus bekerjasama bagi menurunkan kadar jangkitan, bukannya berpolitik semata-mata," ujarnya dalam satu kenyataan, hari ini.
Duta Khas Perdana Menteri ke China itu berkata demikian bagi membidas kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Baru, Chiew Chin Sing dalam akhbar tempatan baru-baru ini yang mengatakannya menggunakan isu COVID-19 bagi meraih publisiti murahan.
Tiong berkata, beliau sudah mengajak Chiew agar bersama-sama turun padang bagi meninjau sendiri akan senario yang berlaku di Bintulu dan bukannya hanya pandai mengkritik usaha yang dilakukannya bersama-sama pihak bertanggungjawab bagi menangani COVID-19 di Bintulu.
Dalam masa sama, beliau memberitahu pihak di pusat perkhidmatannya turut menubuhkan tabung kutipan dana bagi membantu pasukan barisan hadapan termasuk peralatan perubatan bagi rawatan COVID-19.
"Ianya merupakan sumbangan dari banyak pihak termasuk ahli perniagaan dan usahawan yang bermurah hati bagi mendapatkan peralatan perubatan bagi menangani COVID-19," ujarnya.
Justeru itu katanya, Chiew sendiri harus turun padang dan bukannya hanya pandai mengkritik serta memperlekehkan usaha kerajaan bagi menangani COVID-19. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Vellfire at 26-6-2021 09:34 AM
Kaunter pandu lalu Stadium Tertutup beroperasi Isnin ini
Ting (tiga kiri), Yii (empat kanan) bersama wakil platform jawatankuasa Kita Jaga Miri menunjukkan tanda bagus di kaunter pandu lalu ujian calitan di Stadium Tertutup.
MIRI: Kaunter pandu lalu khas untuk ibu mengandung, orang kurang upaya, warga emas dan kanak-kanak bawah lima tahun di pusat sehenti ujian COVID-19 Stadium Tertutup akan beroperasi bermula Isnin ini.
Kaunter dibuka bermula jam 10 pagi hingga 12 tengahari secara sistem temujanji.
Menteri Muda Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Sebastian Ting berkata, kaunter sebagai memberi kemudahan dan keselesaan kepada golongan tersebut sekiranya diminta hadir melakukan pemeriksaan dan ujian calitan.
"Bila mereka datang mereka hanya perlu berada dalam kereta, dan ini lebih selesa dan lebih cepat untuk mereka," jelas Ting hari ini.
Ia merupakan projek keempat dilaksanakan bawah platform Kita Jaga Miri dianggotai Sarawak Housing and Real Estate Developers (cawangan Miri), Rotary Club of Miri Oil Town (RCMOT), Persekutuan Persatuan-Persatuan Cina Bahagian Miri (Seksyen Belia) dan Persatuan Peguambela Sarawak Miri.
Tiga projek lain, farmasi pandu lalu di Hospital Miri dan klinik kesihatan Tudan serta menaiktaraf makmal molekular Hospital Miri.
Ting yang juga ADUN Piasau berterima kasih kepada penjana, penderma serta penduduk Miri atas kerjasama menyokong projek Kita Jaga Miri.
"Untuk menjayakan projek kita sememangnya memerlukan wang. Kita berterima kasih kepada penaja, penderma yang pemurah kerana dengan sokongan yang kuat kita dapat meneruskan usaha kita untuk manfaat semua penduduk," jelas beliau.
Datuk Bandar Adam Yii berharap semangat saling membantu dan bekerjasama di kalangan penduduk Miri akan diteruskan dalam menjayakan apa jua projek kemasyarakatan.
Beliau juga berterima kasih kepada media atas kerjasama mempromosikan projek Kita Jaga Miri yang sekaligus membantu mengajak lebih ramai pihak tampil menghulur sumbangan serta meningkatkan kefahaman awam tentang kepentingan projek. |
|
|
|
|
|
|
|
Daro dijangka capai imuniti kelompok hujung Julai nanti
Safiee (dua kanan) ketika bersama kakitangan sokongan yang bertugas di PPV Dewan Masyarakat Daro pada program vaksinasi.
MUKAH: Imuniti kelompok untuk Daerah Daro dijangka dapat dicapai pada penghujung Julai nanti, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro Safiee Ahmad.
Jelasnya, sekitar 80 peratus penduduk di daerah tersebut akan lengkap dua dos suntikan vaksin COVID-19 menjelang hujung Julai tahun ini.
"Melalui data perolehan suntikan vaksin dan jangkaan penerima vaksin, kita akan mencapai imuniti kelompok pada penghujung bulan Julai nanti," katanya kepada Utusan Borneo.
Safiee memberitahu, Pusat Pemberian Vaksin (PPV) terutamanya di Dewan Masyarakat Daro sedang giat melaksanakan vaksinasi terhadap penduduk.
Tambahnya lagi, program outrech vaksinasi turut akan dilaksanakan di Klinik Kesihatan Nanga Semah, Daro pada 28 dan 29 Jun nanti.
Pemantauan program pemvaksinan juga sering dilakukan untuk menjamin kelancaran program.
Daerah Daro mempunyai populasi seramai 17,660 penduduk.
Daripada jumlah itu, sedamai 12, 510 penduduk telah mendaftar dengan aplikasi MySejahtera atau melalui laman sesawang.
Melalui data terkini, sebanyak 80 peratus daripada mereka yang berdaftar melalui MySejahtera telah mendapat suntikan dos pertama manakala 21 peratus telah mendapat suntikan untuk dos kedua. |
|
|
|
|
|
|
|
Rakyat Sarawak perlu ambil berat dapatkan vaksinasi
SUMBANGAN CSR: Awang Tengah (depan empat kiri) menyaksikan Ubaidillah (dua kiri) menyerahkan sumbangan kepada Dr Norliza.
LIMBANG: Rakyat di negeri ini perlu mengambil berat dan lebih serius untuk mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 memandangkan mereka berdepan virus berbahaya dan boleh mengancam nyawa.
Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, Sarawak masih berdepan dengan peningkatan jumlah kes COVID-19.
“Salah satu cara untuk berdepan virus berbahaya ini adalah dengan mendapatkan segera vaksinasi untuk kebaikan diri masyarakat dan negara. Dengan usaha ini kita akan dapat membendung COVID-19,” katanya ketika menyerahkan sumbangan daripada Agensi Pembangunan Wilayah Utara (NRDA) kepada Pejabat Kesihatan Bahagian di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Suarah semalam.
Mengiringi beliau ialah Menteri Muda Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah Sarawak Datuk Dr Abdul Rahman Ismail, ADUN Batu Danau Paulus Palu Gumbang, Residen Bahagian Limbang Ir Ahmad Denney Ahmad Fauzi, Pengarah NRDA Datu Ubaidillah Abdul Latip, Pegawai Daerah Limbang Superi Awang Said, Pegawai Kesihatan Bahagian Dr Norliza Jusoh dan Ketua Polis Daerah Limbang Superintenden Parum Niot.
Menteri Pembangunan Bandar dan Sumber Asli Kedua dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Terminal Perindustrian dan Pembangunan Usahawan Sarawak itu berkata, kerajaan berbelanja begitu banyak untuk memastikan COVID-19 dapat dipulihkan me-lalui pemberian vaksinasi termasuk kepada masyarakat luar bandar.
Katanya lagi, pasukan bergerak di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan ditambah untuk digerakkan ke beberapa lokaliti di daerah ini dalam usaha memperhebatkan program vaksinasi di kawasan pedalaman, rumah panjang dan perkampungan Penan di sini.
Antara peranan pasukan bergerak ini ujarnya adalah untuk mendekati golongan warga emas dan orang kelainan upaya (OKU) terlantar di rumah untuk mendaftar sekali gus memudahkan proses pemberian suntikan vaksin yang digerakkan Julai ini.
Sementara itu jelasnya, Limbang merekodkan seramai 40,797 orang layak berusia 18 ke atas termasuk bukan warganegara untuk mendapatkan vaksin.
“Daripada jumlah itu, sekitar 17,478 orang sudah divaksin bagi dos pertama sehingga kelmarin dengan peratusan 42.8. Manakala sebanyak 5,611 orang sudah disuntik dos kedua sejak kelmarin dengan 13.8 peratus,”ujarnya.
Beliau memberitahu pada masa ini, satu Pusat Pemberian Vaksin (PPV) beroperasi di Limbang iaitu Dewan Suarah Limbang.
Katanya, dua lagi PPV beroperasi di konstituensi Batu Danau mem-babitkan Pusat Kebudayaan Batu Danau dan Dewan Masyarakat Medamit bagi menangani kesesakan sekali gus melancarkan perkhidmatan di pusat berkenaan.
Pada majlis itu, NRDA turut me-nyumbang pelbagai barangan dan keperluan untuk PPV di Limbang ber-kenaan seperti kerusi roda, komputer riba dan barangan keperluan lain di bawah tanggungjawab sosial korporat-nya (CSR) berjumlah RM34,720. |
|
|
|
|
|
|
|
Kluster Nyelutong diisytihar, libatkan rumah panjang
KUCHING: Satu lagi kluster baharu jangkitan COVID-19 diisytiharkan di Sarawak iaitu Kluster Nyelutong, Betong, kata Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) hari ini.
Menurutnya, ia merupakan satu kluster komuniti yang dikesan melibatkan dua buah rumah panjang di sebuah penempatan di Nyelutong, Betong.
“Sejumlah 154 individu disaring dengan 39 kes dikesan positif COVID-19 termasuk kes indeks; 104 kes didapati negatif dan 11 kes masih menunggu keputusan makmal.
“Kesemua kes telah dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak, Hospital Sibu dan PKRC di daerah Kuching, Sibu dan Betong untuk rawatan lanjut dan pengasingan,” katanya.
JPBNS turut memaklumkan satu kluster ditamatkan setelah tiada kes baharu dilaporkan dalam tempoh 28 hari.
Kluster yang diisytiharkan tamat itu ialah Kluster Melugu, Sri Aman.
“Susulan itu, jumlah kluster yang masih aktif di Sarawak kini sebanyak 94 kluster dengan 14 kluster telah merekodkan 94 penambahan kes baharu manakala 80 kluster tidak merekodkan penambahan kes,” jelasnya.
Dalam pada itu, daerah Betong kini bertukar ke status Jingga daripada Kuning setelah merekodkan sejumlah 35 kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari lalu.
Kata JPBNS, ini menjadikan jumlah daerah berstatus Jingga kekal sebanyak tiga daerah.
“Sementara daerah Marudi pula telah bertukar ke status Kuning daripada Jingga setelah merekodkan sejumlah 13 kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari yang lepas.
“Jumlah daerah berstatus Kuning kekal sebanyak enam daerah, manakala 30 daerah kekal berstatus Merah dan satu daerah kekal berstatus Hijau,” katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
Tiga rumah panjang antara lima kawasan diarah jalani PKPDKUCHING: Lima lagi lokaliti termasuk tiga rumah panjang di negeri ini dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), kata Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS).
Menurutnya, antara lokaliti yang dikenakan PKPD melibatkan Rh. Nancy, Marup Atas, Engkelili, Lubok Antu; Rh. Langkop, Marup Atas, Engkelili, Lubok Antu; Setinggan Jalan Kidurong, Bintulu dan Rumah Sewa Atas Kedai Jom Ngeteh, Bintulu.
“Keempat-empat lokaliti ini akan menjalani tempoh PKPD berkuatkuasa 26 Jun hingga 9 Julai 2021.
“Manakala satu lagi lokaliti yang dikenakan PKPD bermula 27 Jun hingga 10 Julai 2021 ialah Rh. Mendali, Buyong Panjai, Betong,” katanya. Arahan PKPD itu dibuat bagi mengekang penularan COVID-19.
JPBNS turut memaklumkan penamatan PKPD bagi dua kawasan di Sarawak mulai hari ini.
Kawasan itu membabitkan Rh. Mambong, Nanga Lingah, Julau dan Rh. Robert anak Pengabang, Sebauh.
Mengenai notis kompaun, JPBNS berkata, polis Sarawak mengeluarkan sebanyak 48 kompaun di daerah Kuching (27), Bintulu (7), Simunjan (5), Sibu (4), Saratok (2), Lawas (2) dan Padawan (1) kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kompaun yang telah dikeluarkan sejak 18 Mac 2020 hingga hari ini sebanyak 8,332 kompaun,” Manakala, Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak pula telah mengeluarkan tiga kompaun di bawah seliaan pelbagai pihak berkuasa tempatan.
“Kompaun dikeluarkan atas kesalahan tidak mengemaskini buku daftar atau buku daftar tidak lengkap.
Ini menjadikan jumlah keseluruhan kompaun yang telah dikeluarkan oleh PBT sejak 1 Februari 2021 hingga hari ini adalah sebanyak 1,166 kompaun,” katanya.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|