CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1043|Reply: 0

[Sabah] Remaja 13 tahun lahirkan bayi dipercayai dirogol sepupu

[Copy link]
Post time 22-6-2021 05:48 PM | Show all posts |Read mode
Remaja 13 tahun lahirkan bayi dipercayai dirogol sepupu


KOTA BELUD: Seorang ibu terkejut apabila melihat anak perempuannya berumur 13 tahun membersihkan bayi yang baharu dilahirkan kira-kira jam 3 pagi di rumah mereka di sini.


Ketua Polis Daerah Kota Belud, Superintendan Sahimi Husin berkata ibu remaja terbabit segera membawa anaknya dan bayi perempuan itu ke Hospital Kota Belud untuk pemeriksaan lanjut.
“Hasil siasatan mendapati mangsa dipercayai dirogol oleh sepupu lelakinya berusia 14 tahun dan kejadian berulang selama tiga kali sejak Ogos tahun lalu.
"Suspek remaja lelaki terbabit sudah ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Marudu, petang semalam, untuk siasatan selanjutnya,” katanya.
Menurutnya kes ini disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.
Katanya hasil siasatan akan diserahkan kepada Timbalan Pendakwaraya untuk tindakan selanjutnya.

utusan borneo 021-06-22T17:16:32+08:00


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 10:52 AM GMT+8 , Processed in 0.355380 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list