CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1489|Reply: 1

[Sabah] Covid-19 21/06/2021

[Copy link]
Post time 22-6-2021 10:48 AM | Show all posts |Read mode
Sabah catat 166 kes dan dua kluster baharu


MASIDI


KOTA KINABALU: Sabah hari ini melaporkan sebanyak 166 kes baharu COVID-19 sementara terdapat dua kluster turut dikesan.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Masidi Manjun berkata, Kota Kinabalu mencatatkan jumlah kes tertinggi iaitu 44 kes, diikuti Tawau 32 kes dan Sandakan 16 kes.
"Sementara itu, Kudat 10 kes, Penampang 8 kes, Kota Belud, Tuaran, Sipitang dan Papar masing-masing 7 kes. Beaufort pula mempunyai 6 kes, Nabawan 5 kes, Lahad Datu 4 kes, Kota Marudu 4 kes.
"Kunak, Semporna dan Keningau masing-masing 2 kes. Kinabatangan, Tongod dan Pitas pula mencatatkan satu kes," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Katanya, daerah yang mencatatkan kes sifar ialah Beluran, Kalabakan, Telupid, Ranau, Putatan, Kuala Penyu, Tenom danTambunan.

Sementara itu katanya, Kluster Samedra, Kota Kinabalu mencatatkan  25 kes yang melibatkan jangkitan di Pelantar  Minyak offshore dan Kluster  Serudung Baru, Tawau sebanyak 19 melibatkan majlis hari jadi dengan jiran sekeluarga.

utusan borneo 2021-06-21T16:01:48+08:00



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-6-2021 02:29 PM | Show all posts
Empat Lagi Lokaliti Di Sabah Dikenakan PKPD Mulai 23 Jun



PUTRAJAYA: Kerajaan akan melaksanakan perintah kawalan pergerakan diperketat (PKPD) di empat lagi lokaliti di Sabah.

Menteri Kanan Keselamatan, Ismail Sabri Yaakob berkata, pelaksanaan PKPD selama 14 hari dari 23 Jun hingga 6 Julai ini susulan berlaku peningkatan jangkitan Covid -19.



PKPD di Sabah itu membabitkan dua lokaliti di Tawau, iatu Blok 11 Kampung Titingan selepas 13 dikesan positif dan Batu 7, Jalan Tinagat apabila 12 daripada 15 individu disaring positif.

PKPD turut dilaksanakan di Kampung Ejuk, Kota Belud, apabila lapan dikesan positif setakat ini.

Kampung Warisan, Kota Kinabalu, juga di Sabah turut dikenakan PKPD selepas 13 individu dikesan positif.

Ismail berkata, PKPD di tiga lokaliti dalam daerah Tawau, iaitu Taman Apas Permai, Bandar Sri Indah dan Taman Megah Jaya; Kampung Narandang, Kudat; Ladang FGV Kalabakan Selatan, Kalabakan, Sabah akan tamat bermula jam 11.59 esok.

21/06/2021 - by Sabah Post
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 10:58 AM GMT+8 , Processed in 1.918272 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list