CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1841|Reply: 6

[Sabah] Polis buru 'Youtuber' tuduh Jeffrey rasis

[Copy link]
Post time 22-6-2021 10:29 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 22-6-2021 03:11 AM

Polis buru 'Youtuber' tuduh Jeffrey rasis
DIBURU: Lelaki yang dipercayai Youtuber terlibat dengan video yang menuduh Jeffrey sebagai rasis dan punca perpecahan kaum di Sabah.


KOTA KINABALU: Seorang lelaki yang juga Youtuber diburu polis bagi membantu siasatan berhubung video yang dipercayai menuduh Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima  Dr. Jeffrey Kitingan sebagai rasis.


Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, video berdurasi 11 minit 36 saat itu dimuat naik dalam aplikasi Youtube menerusi saluran 'MALAYSIAN RESPOND'.
Katanya, seorang pengadu melaporkan menonton video berkenaan pada 4 November tahun lepas yang bertajuk 'Sabah Must Watch! Biopolitik Tokoh Rasis Pemecah Perpaduan Sabah'.
"Hasil siasatan awal mendapati, lelaki terbabit berucap mengenai Timbalan Ketua Menteri yang juga Menteri Pertanian dan Perikanan Datuk Seri Jeffrey Kitingan.
"Lelaki berkenaan menuduh Jeffrey sebagai seorang rasis dan memiliki Ijazah Kedoktoran dari University of Harvard yang meragukan selain menyalahkannya kerana menjadi punca perpecahan kaum di Sabah.

"Youtuber terbabit turut mengaku sebagai wakil suku kaum Bajau Suluk di Sabah dan menuduh Jeffrey punca utama suku kaum Bajau Suluk dibenci," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata, sejak dimuat naik, video berkenaan mendapat jumlah tontonan sebanyak 2,502 dengan jumlah langganan sebanyak 1,028 orang.
Pihaknya meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai individu terbabit supaya tampil memberikan maklumat kepada Pegawai Penyiasat Inspektor Palaninathan Pathmanathan di talian 016-4122835 atau 088-529222.

utusan borneo 2021-06-21T18:03:07+08:00



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-6-2021 11:08 AM From the mobile phone | Show all posts
sekali...youtuber tu....pilak..'lulusan projek ic'......
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-6-2021 11:17 AM | Show all posts
Skuau replied at 22-6-2021 03:08 AM
sekali...youtuber tu....pilak..'lulusan projek ic'......

pilak tu apa? ada baca komen kat facebook pasal ni


Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2021 11:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Vellfire replied at 22-6-2021 11:17 AM
pilak tu apa? ada baca komen kat facebook pasal ni

try tanya cikgu chazey....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-6-2021 11:20 AM | Show all posts
Skuau replied at 22-6-2021 03:18 AM
try tanya cikgu chazey....

haha dah google
pilak = ringgit
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2021 11:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Vellfire replied at 22-6-2021 11:20 AM
haha dah google
pilak = ringgit

..kat sbh...maksud dia lain..biar drng yg bgtau.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 22-6-2021 11:31 AM | Show all posts
Skuau replied at 22-6-2021 03:24 AM
..kat sbh...maksud dia lain..biar drng yg bgtau.

Pilak simply means the illegal immigrants

kedekut jugak skuau share maksud yer
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 10:51 AM GMT+8 , Processed in 0.954937 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list