CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1582|Reply: 0

Rancang konsert 'unplugged', Search pantau kes COVID-19

  [Copy link]
Post time 20-6-2021 06:02 PM | Show all posts |Read mode
Rancang konsert 'unplugged', Search pantau kes COVID-19

Oleh Zaidi Mohamad - Jun 20, 2021 @ 1:00pm
zaidim@bh.com.my


Akim (kiri) akan menyertai Kid dan Din dalam konsert ‘unplugged’ yang dirancang September depan. Foto IG Akim

KUALA LUMPUR: Kejayaan persembahan Rockology Malaysian Tour 2021 - Search X Akim di Melaka, April lalu secara penstriman memberi ruang kumpulan legenda itu kembali 'bernyawa'.

Bagi meneruskan legasi kegemilangan empat dekad Search, Konsert Unplugged Search 40 Years bakal berlangsung, September depan.

Menariknya, konsert Unplugged Search 40 Years memberi aura baharu kepada Search apabila sekali lagi menampilkan penyanyi dan komposer, Akim Ahmad sebagai vokalis, di samping dua anggota Search iaitu Kid dan Din.

Penganjur konsert itu, Aman Nassim berkata, pembaharuan ditampilkan mampu memberi transisi berbeza agar Search terus gemilang dalam industri muzik.

"COF Music bekerjasama dengan Search menerusi konsert ini. Bagi saya, mereka adalah kumpulan legenda yang perlu dihidupkan.

"Disebabkan itu, saya merancang membawakan konsert istimewa ini. Malah, sangat sukar untuk mencari band yang bertahan sehingga empat dekad.


Search dan Akim akan mendendangkan 10 lagu popular band itu yang jarang diperdengarkan pada Konsert Unplugged Search 40 Years, September depan. Foto Ihsan Search

"Jadi, saya mahu memasarkan semula jenama Search kepada generasi muda hari ini. Mungkin selama ini mereka hanya tahu beberapa lagu popular, sedangkan kumpulan legenda itu mempunyai banyak lagu hit," katanya kepada BH Online.

Aman berkata, Search dan Akim akan mendendangkan 10 lagu popular yang jarang dimainkan.


Aman yakin Akim mampu membawa aura baharu kepada kumpulan Search. Foto IG Aman Nassim

"Selain itu, paling penting, saya mahu peminat merasai aura baharu Search dengan kemunculan Akim sebagai vokalis," katanya.

Secara peribadi, Aman berkata, dia percaya dengan bakat dan vokal dimiliki Akim.

"Akim mampu menarik perhatian peminat dengan gaya nyanyian tersendiri," katanya.

Aman berkata, konsert itu bakal berlangsung di lokasi yang mampu menempatkan antara 300 hingga 500 penonton mengikut prosedur operasi standard (SOP) semasa.

"Tarikh dan lokasi tepat masih belum dapat ditetapkan. Kami menunggu perkembangan semasa dalam negara.

"Sekiranya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ditamatkan dan digantikan dengan arahan lain serta SOP terbaharu, saya akan bincang dan putuskan kemudian.

"Sekiranya persembahan secara langsung dapat dilaksanakan, kami akan menjual tiket. Namun, buat masa sekarang, kami menjual tiket untuk konsert secara penstriman.

"Bagi peminat yang tidak dapat hadir, mereka boleh menonton dalam talian," katanya.

Menurut Aman, antara tujuan lain penganjuran konsert adalah mahu menjenamakan syarikat COF Music yang diterajuinya.

"Saya mahu menjenamakan COF Music. Sebelum ini, kami banyak menerbitkan lagu berunsurkan urban muzik. Dalam masa sama, saya tidak boleh lepas pandang perkara genre rock yang banyak diterajui kumpulan bertaraf legenda.

"Saya mahu ketengahkan konteks muzik yang pelbagai. Jadi, penganjuran konsert Search adalah permulaan buat COF Music maju ke depan.

"Mana tahu kami boleh ketengahkan semua genre muzik dalam konsert selepas ini," katanya.

Selain itu, Aman berkata, COF Music mempunyai perancangan lebih besar buat Search selepas konsert Unplugged Search 40 Years.

"Mengikut perbincangan dengan Din, saya hendak membawa konsert Search ke Indonesia dan Singapura. Search mempunyai kelompok peminat yang besar di dua negara itu.

"Namun, disebabkan bergelut dengan penularan COVID-19, banyak perancangan terpaksa ditangguhkan. Mana tahu, tahun depan kita sudah boleh merentas negara.

"Jadi, COF Music mempunyai perancangan lebih besar selain mahu melakukan konsert jelajah dalam negara," katanya.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 04:48 AM GMT+8 , Processed in 0.705103 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list