CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2271|Reply: 4

[Sarawak] Bomba Sarawak kesal pegawai dikasari ketika padam kebakaran

[Copy link]
Post time 20-6-2021 11:35 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 20-6-2021 09:11 AM

Rumah, dua kenderaan musnah terbakar

Bomba berusaha memadamkan kebakaran.

LAWAS: Sebuah rumah satu tingkat hangus keseluruhan, manakala dua kenderaan turut musnah dalam insiden kebakaran yang berlaku di Kampung Belipat, Jalan Punang hari ini.

Ketua Bomba Zon Tujuh Limbang Awangku Mohd Hazmin Awang Zainal berkata, berkata dalam kejadian sekitar jam 3.18 petang itu tidak melibatkan kehilangan nyawa kerana penyewa rumah berkenaan tiada di rumah ketika kebakaran berlaku.

Beliau berkata sepasukan anggota bomba membabitkan tiga kenderaan bomba bergegas ke lokasi sebaik menerima panggilan jam 3.18 petang.
“Sebaik tiba di lokasi  didapati berlaku kebakaran rumah di lokasi terbabit.
“Kebakaran melibatkan sebuah rumah setingkat jenis tidak kekal telah terbakar dan kebakaran tersebut juga  melibatkan dua buah kenderaan,”katanya hari ini.
Sementara itu Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lawas Zaki Husin  berkata api berjaya dikawal pada jam 4.08 petang dan padam  sepenuhnya pada jam 5.35 petang.

utusan borneo 2021-06-19T18:59:57+08:00

Jelasnya sebaik mendapati kawasan kebakaran selamat dan padam sepenuhnya pihaknya bertolak balik ke balai jam 6.20 petang.





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-6-2021 11:37 AM | Show all posts
Kebakaran Rumah di Kampung Belipat Lawas Sarawak 19/6/2021

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-6-2021 11:39 AM | Show all posts
Anggota bomba diserang, didakwa lewat tiba padam kebakaran


Anggota bomba diserang seorang lelaki dalam kejadian di Kampung Belipat, Jalan Punang di Lawas, Sarawak pada Sabtu. - Foto Astro Awani



LAWAS - Seorang anggota bomba cedera selepas diserang seorang lelaki dalam kejadian di Kampung Belipat, Jalan Punang di Lawas, Sarawak pada Sabtu.

Dalam insiden tersebut, anggota terbabit yang sedang terlibat dalam kerja-kerja pemadaman kebakaran sebuah rumah setingkat ditumbuk seorang lelaki dari arah belakang.

Seorang lagi lelaki pula bertindak memarahi pasukan bomba yang didakwanya lewat tiba.

Susulan kejadian, anggota bomba terbabit yang cedera ringan telah membuat laporan polis pada Sabtu.

Timbalan Pengarah Bomba dan Penyelamat Sarawak, Tiong Ling Hii yang mengesahkan kejadian berkata, pihaknya akan mengeluarkan kenyataan berhubung insiden itu hari ini.

Terdahulu, pasukan Bomba dan Penyelamat Lawas menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran itu pada jam 3.18 petang.

Sebuah jentera dengan kekuatan tujuh anggota kemudian bergegas ke lokasi yang terletak enam kilometer dari balai.

Ketika bomba tiba, kata Ling Hii, sebahagian besar rumah yang berstruktur tidak kekal itu sudah musnah.

Kerja-kerja 'fire break' kemudian dilakukan selain teknik 'receo' untuk mengelakkan api merebak.

Empat sekeluarga yang menyewa rumah terbabit sempat menyelamatkan diri.

Punca kejadian dan jumlah kerugian sedang disiasat


sinar harian Ahad | 20 Jun 2021

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-6-2021 05:14 PM | Show all posts
Bomba Sarawak kesal pegawai dikasari ketika padam kebakaran


KUCHING: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak kesal dengan tindakan orang awam yang mengasari seorang pegawainya ketika memadamkan kebakaran sebuah rumah di Kampung Belipat, Lawas pada Sabtu.

Pengarahnya, Khirudin Drahman (gambar) berkata, dalam kejadian kebakaran rumah yang berlaku sekitar jam 3.18 petang itu, salah seorang pegawai bomba yang sedang menjalankan tugas-tugas pemadaman diserang oleh orang awam di tempat kejadian.

Jelasnya, untuk rekod, kejadian seumpama itu merupakan yang pertama berlaku melibatkan pegawai bomba di negeri Sarawak.

"Walau bagaimanapun, pegawai bomba yang terlibat telah bertindak profesional semasa menjalankan tugas beliau dan bertindak balas melalui saluran yang betul iaitu dengan membuat laporan polis pada jam 9.14 malam tadi (Sabtu).

"Namun begitu, sekitar jam 12.45 tengah malam tadi, pegawai bomba tersebut atas budi bicara beliau telah menarik balik laporan polis yang dibuat sebelum ini setelah menerima permohonan maaf daripada pelaku yang menyesal dan menyedari ke atas kesalahan yang dilakukan oleh beliau ekoran daripada kegagalan beliau mengawal emosi setelah melihat rumah pusaka mereka telah musnah terbakar," katanya dalam kenyataan hari ini.


Tangkap layar rakaman video yang tular berhubung insiden tersebut.

Sehubungan itu, Khirudin berharap masyarakat di luar sana sentiasa menghormati dan memahami tugas dan tanggungjawab bomba dalam menangani sesuatu insiden terutamanya melibatkan indiden kebakaran dan penyelamatan.

Tegasnya, dalam isu ini JBPM telah menunjukkan sikap profesional semasa menjalankan tugas dan sentiasa bertoleransi serta bertimbang rasa dalam menangani sebarang isu atau masalah yang dihadapi.

"Perlu dingatkan bahawa merujuk kepada Akta Perkhidmatan Bomba 1988, Seksyen 51 menjelaskan bahawa mana-mana orang yang bersengaja, mencaci, menyerang, mengacau, menghalang, menggalang, atau mengganggu mana-mana Pegawai Bomba, Pegawai Bomba Bantuan atau Pegawai Bomba Sukarela yang bertindak dalam melaksanakan tugasnya atau mana-mana orang lain yang membantu Jabatan Bomba dan Penyelamat di bawah arahan tertentu Pegawai Bomba melakukan kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya," jelasnya.

Justeru, beliau berharap perkara sebegini tidak lagi berulang di masa-masa akan datang, komuniti di luar sana diminta untuk terus menyokong usaha JBPM dalam program-program pencegahan kebakaran dan juga aktiviti bomba komuniti.

"Program-program yang dilaksanakan JBPM sangat bermanfaat terutamanya di dalam mencegah insiden kebakaran dan tindakan awal yang boleh diambil sekirannya berlaku kebakaran.

"Sekiranya amalan sebegini sentiasa diambil dan diamalkan, maka sebarang kejadian kebakaran besar dapat dielakkan," ujarnya.

  



utusan borneo  2021-06-20T12:45:49+08:00

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-6-2021 08:53 PM | Show all posts
Satu lagi laporan polis dibuat oleh bomba di Lawas


AWANGKU MOHD HAZMIN

MIRI: Satu lagi laporan polis dibuat bomba Lawas pada petang Ahad berhubung insiden seorang anggotanya yang dipukul orang awam semasa melakukan operasi pemadaman kebakaran.


Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 7 Limbang, Awangku Mohd Hazmin Awang Zainal berkata laporan polis dibuat oleh Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lawas Zaki Husin di Balai Polis Lawas pada jam 2.15 petang.

Menurutnya, laporan dibuat berdasarkan kejadian anggota bomba yang juga merupakan penyelia pasukan BBP Lawas dipukul semasa operasi pemadaman kebakaran rumah di Kampung Belipat, Lawas sekitar jam 3.38 petang pada Sabtu.

"Kita mahu siasatan dijalankan ke atas suspek yang menyerang anggota bomba. JBPM memandang serius kejadian sedemikian yang seolah-olah memperlekehkan tugasan bomba," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.



Katanya lagi tindakan mahkamah akan diambil terhadap suspek dan JBPM memandang serius kejadian tersebut serta menegaskan perkara sebegitu tidak sepatutnya berlaku.

Tegasnya tindakan undang-undang akan segera diambil ke atas penyerang tersebut mengikut Seksyen 51 Akta Bomba 341 iaitu mengganggu pegawai bomba, pegawai bomba bantuan atau pasukan bomba sukarela dalam melaksanakan tugasnya.

Sebelum ini mangsa telah menarik balik laporan polis yang dibuat terhadap suspek tengah malam tadi, selepas menerima permohonan maaf daripada suspek  yang menyesal dan menyedari ke atas kesalahan yang dilakukan.


Utusan borneo 20/06/2021

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 09:28 AM GMT+8 , Processed in 0.258242 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list