CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2517|Reply: 9

Waduh-waduh Seluar pendek Luna Maya berharga ribuan ringgit

[Copy link]
Post time 19-6-2021 07:08 PM | Show all posts |Read mode

Seluar pendek yang dipakai Luna Maya merupakan daripada koleksi fesyen mewah rekaan pereka fesyen antarabangsa, Stella McCartney. – Instagram @fashion.lunamaya

Seluar pendek Luna Maya berharga ribuan ringgit


JAKARTA – Model, pelakon dan penyanyi terkenal Indonesia, Luna Maya menjadi perhatian netizen baru-baru ini kerana memakai seluar pendek yang berharga 11.2 juta rupiah (RM3,200), lapor laman berita Suara.com semalam.

Dalam satu hantaran yang dimuat naik di Instagram, dia sedang duduk di tepi sebuah kolam renang dengan memakai sehelai seluar pendek bercorak bunga.

Seluar itu dipadankan dengan baju berwarna putih yang mendedahkan bahagian bahunya.

Model seksi itu kemudiannya mendedahkan bahawa seluar itu merupakan koleksi fesyen mewah rekaan pereka fesyen antarabangsa, Stella McCartney.

  


Meskipun harganya dianggap terlalu mahal untuk sehelai seluar pendek, penampilan Luna Maya dipuji netizen kerana kelihatan cantik dan sesuai dengan imejnya.

Selebriti itu sebelum ini sering mengenakan busana daripada pelbagai jenama fesyen mewah dengan harga yang mahal.

Bagaimanapun, kebelakangan ini, juri progam Maharaja Lawak Mega itu mengakui dia lebih bersederhana dalam memilih jenama fesyen, terutamanya ketika berdepan dengan situasi pandemik Covid-19.

“Sebelum ini, saya sering mahukan barangan yang diperbuat daripada kulit buaya, jenama tertentu dan pelbagai lagi.

“Kesemua itu amat bagus untuk dimiliki, namun situasi sekarang telah berubah dan saya hanya memakai apa sahaja seadanya,” katanya. – AGENSI

Sumber:https://www.kosmo.com.my

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-6-2021 07:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Isk2 kayo kayo... Tak boleh balh dia dgn ariel, adeii.. Btw luna maya ni Muslim kan,?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-6-2021 07:40 PM | Show all posts
fahdramli replied at 19-6-2021 07:21 PM
Isk2 kayo kayo... Tak boleh balh dia dgn ariel, adeii.. Btw luna maya ni Muslim kan,?

muslim tp....
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2021 08:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Di Indon...artisnya masih...'dipuja'...lg...sb tu depa boleh buat duit lg dgn dunia lakonan/nyanyian ni.
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2021 08:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Mampu milik bagi mbak luna kok. Kita ni jah yang mampu tengok
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2021 08:59 PM From the mobile phone | Show all posts
retis indon mmg kayooo.. tgok rumah dorg dah mcm istana..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-6-2021 09:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Raline replied at 19-6-2021 07:40 PM
muslim tp....

Krik krik kan.... hahaha biasalah ummah sana
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2021 09:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Teringat tunamaya di desaru...
Hahaha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-6-2021 11:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Tua dah, habis zaman dah
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2021 11:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Xpe la byr brapa juta rupiah pon..janji berseluar. Kami fhm lepas tgok bideo tuuuu betapa pentimgnya berita ttg seluar ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 04:17 AM GMT+8 , Processed in 0.178658 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list