CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2263|Reply: 2

[Sabah] Vaksin CanSino untuk penduduk pulau, Sabah, Sarawak

[Copy link]
Post time 18-6-2021 11:02 AM | Show all posts |Read mode




KUALA NERUS: Selain Kelantan dan kawasan pedalaman termasuk penempatan Orang Asli, kerajaan juga berhasrat membekalkan vaksin satu dos seperti CanSino kepada penduduk di pulau, Sabah dan Sarawak.
Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin, berkata pihaknya bersedia mempertimbangkan langkah itu dalam program imunisasi berkenaan.
Beliau yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, berkata pihaknya akan berbincang untuk menghantar pasukan Program Outreach Vaksinasi COVID-19 ke pulau.
"Itupun kita akan bincang untuk (penggunaan) satu dos ini (dan) kita akan hantar ke Sabah, Sarawak dan pedalaman.

"Mungkin kawasan pulau kita akan guna vaksin jenis CanSino," katanya.
Beliau berkata demikian ketika melawat Pusat Pemberian Vaksin Stadium Gong Badak di sini hari ini.

Terdahulu Khairy yang ditemui media di Kota Bharu dilaporkan berkata kerajaan akan membekalkan vaksin CanSino kepada Kelantan dan kawasan pedalaman termasuk penempatan Orang Asli.
Media sebelum ini melaporkan, dua jenis vaksin COVID-19 yang hanya memerlukan satu suntikan dos, masing-masing buatan CanSino dan Johnson & Johnson (J&J) diberi kelulusan pendaftaran bersyarat untuk kegunaan kecemasan.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, dilaporkan berkata kelulusan itu dicapai melalui Mesyuarat Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) kali-359 hari ini.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin (tengah) bersama Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar (kiri) beramah mesra bersama warga emas ketika melawat pusat pemberian vaksin (PPV) Stadium Tertutup Gong Badak, Kompleks Sukan Negeri. - Foto NSTP/Ghazali Kori







berita harian online Jun 17, 2021 @ 5:30pm

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-6-2021 11:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Semoga dipermudahkan urusan utk org2 borneo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-6-2021 10:33 AM | Show all posts
Vaksin CanSino bantu capai imuniti kelompok di Sarawak




KUCHING: Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar James Masing (gambar) mengalu-alukan penggunaan vaksin dos tunggal, iaitu CanSino dapat digunakan di negeri ini.

Malahan katanya, penggunaan vaksin berkenaan di Sarawak dilihat mampu membantu sasaran negeri ini mencapai 80 peratus imuniti kelompok menjelang Ogos depan.

Menurut beliau, ia kerana vaksin yang telah diluluskan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) itu sangat sesuai untuk digunakan populasi pedalaman di negara ini.

"Kita berharap permohonan Sarawak untuk vaksin CanSino akan dipertimbangkan dengan baik.

"Sekiranya vaksin dos tunggal CanSino ini dipersetujui Kuala Lumpur untuk kegunaan negeri ini dengan jumlah vaksin diperlukan, kita mungkin dapat mencapai 80 peratus imuniti kelompok menjelang 21 Ogos," katanya menerusi kenyataan, hari ini.


Baru-baru ini, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mengumumkan dua jenis vaksin COVID-19 yang hanya memerlukan satu suntikan dos, masing-masing buatan CanSino dan Johnson & Johnson (J&J) diberi kelulusan pendaftaran bersyarat untuk kegunaan kecemasan.

Katanya  kelulusan tersebut dicapai melalui Mesyuarat Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) kali-359.

Vaksin COVID-19 yang dibangunkan CanSino Biologics, sebuah syarikat dari China dan vaksin Janssen oleh J&J dari Amerika Syarikat turut diberi kelulusan penggunaan kecemasan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

utusan borneo 2021-06-19T12:58:39+08:00
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 10:15 AM GMT+8 , Processed in 0.412141 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list