CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1912|Reply: 2

[Sabah] Rimas anak menangis, suami tampar, ugut bunuh isteri

[Copy link]
Post time 18-6-2021 08:23 AM | Show all posts |Read mode



BEAUFORT: Rimas dengan tangisan anaknya, seorang lelaki bertindak memukul dan menampar serta mengugut mahu membunuh isterinya di sebuah rumah di Kampung Kampung Membakut Jaya di sini.


Ketua Polis Daerah Beaufort Deputi Superintendan Yusoff Zaki Mat Yaacob berkata suspek berumur 27 tahun itu turut memukul anak lelaki mereka dalam kejadian kira-kira jam 3 petang.
“Hasil siasatan awal mendapati suspek marah kerana anaknya menangis semasa suspek hendak tidur.
“Suspek kemudiannya memukul anaknya menyebabkan berlaku pertengkaran antara mereka suami isteri berikutan isterinya menegur perbuatan suspek terbabit,” katanya.
Tambahnya suspek yang marah ditegur kemudiannya mengamuk dan memukul serta menampar isterinya lalu mengugut mahu bunuh dan juga menggantung mangsa,” katanya.

Katanya mangsa berumur 25 tahun yang takut dengan ugutan itu segera membuat laporan polis di Balai Polis Membakut, pada hari yang sama.
“Mangsa mengalami sakit di bahagian pipi sudah dirujuk ke Hospital Beaufort untuk rawatan lanjut.
"Selepas kejadian itu, suspek keluar rumah dan usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan kecederaan dan Seksyen 506 kerana melakukan ugutan jenayah," katanya.

utusan borneo 2021-06-17T16:20:15+08:00

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-6-2021 08:34 AM | Show all posts
Tak Tahan Bunyi Tangisan, Lelaki Pukul Anak, Tampar Ugut Bunuh Isteri


Ketua Polis Beaufort Yusoff Zaki Mat Yaacob berkata, lelaki berkenaan mengamuk, menampar isterinya dan mengugut wanita itu. – Gambar Hiasan

BEAUFORT: Tidak tahan bunyi tangisan anak, seorang lelaki hilang kawalan sehingga tergamak memukul isteri dan anak berusia setahun dalam kejadian di Kampung Membakut Jaya, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 3 petang itu, lelaki berusia 27 tahun itu turut mengugut akan membunuh dan menggantung isterinya.

Ketua Polis Daerah Beaufort Deputi Superintendan Yusoff Zaki Mat Yaacob berkata, susulan insiden itu, satu laporan polis dibuat isteri suspek yang berusia 23 tahun di Balai Polis Membakut.

Katanya, siasatan awal mendapati, kejadian berpunca daripada anak pasangan terbabit yang menangis sehingga menyebabkan suspek marah kerana terganggu ketika hendak tidur.

“Suspek turut memukul anaknya sehingga berlaku pertengkaran kerana isteri suspek menegur perbuatan suaminya itu.


“Suspek yang berang terus memukul dan mengugut mahu bunuh dan menggantung isterinya,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mohd Yusoff berkata, mangsa yang sakit dipipi kemudian dirujuk ke Hospital Beaufort untuk rawatan lanjut.


“Selepas kejadian itu, suspek menghilangkan diri dan usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan kecederaan dan Seksyen 506 kerana melakukan ugutan jenayah,” katanya.


17/06/2021 - by Sabah Post
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2021 11:12 AM | Show all posts
lagi rimas jantan macam ni wujud..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 10:47 AM GMT+8 , Processed in 0.710929 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list