View: 1370|Reply: 14
|
"Bukan Saya Pemain Terbaik" - Safawi
[Copy link]
|
|
Pemain sayap Harimau Malaya, Safawi Rasid tidak mahu dilabel sebagai wira Harimau Malaya selepas jaringan tunggalnya berjaya membantu pasukan menewaskan Thailand 1-0 di Stadium Al Maktoum, Dubai, awal pagi tadi.
Sebaliknya, pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) itu menganggap seluruh pasukan sebagai wira negara apabila berjaya meraih tiga mata berharga dalam aksi terakhir Kumpulan G bagi pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.
Kredit foto: FAM
“Tahniah kepada pasukan kerana memberikan komitmen yang sangat terbaik. Bukan mudah menentang Thailand. Saya tabik dari pegawai pasukan, ketua jurulatih dan rakan sepasukan.
“Hari ini kami berikan segala-galanya untuk menang, sekurang-kurangnya tiga mata untuk dibawa pulang ke Malaysia. Bukan saya pemain terbaik perlawanan, bagi saya pemain terbaik adalah seluruh pasukan,” katanya selepas perlawanan.
Safawi masuk menggantikan Arif Aiman Hanapi pada babak kedua sebelum dia dikasari pertahanan lawan dan memaksa pengadil memberikan sepakan penalti kepada Harimau Malaya.
Peluang itu tidak disia-siakan Safawi untuk meledak gol tunggal perlawanan pada minit ke-52, walaupun sepakannya hampir diselamatkan penjaga gol Thailand, Chatchai Bootprom.
Kredit foto: FAM
Kemenangan itu menyaksikan anak buah Tan Cheng Hoe menempah slot di pusingan ketiga kelayakan Piala Asia selepas menamatkan saingan Kumpulan G di kedudukan ketiga dengan 12 mata, manakala Thailand yang kekal dengan sembilan mata jatuh ke tangga keempat.
Juara kumpulan menjadi milik Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang mengumpul 18 mata selepas menewaskan pasukan tangga kedua, Vietnam 3-2 dalam satu lagi perlawanan.
Sumber: MalaysiaGazette |
|
|
|
|
|
|
|
x pyh poyo sgt.penalti ja ko mampu skor.dgn thailan,kamboja,laos blh la kompang.dgn kominis vietkong pun kena tapau |
|
|
|
|
|
|
|
Ok ... apa2 jew lah. |
|
|
|
|
|
|
|
uae & vietnam dah lain level.
player vietnam ni dah main world cup u23 dulu. |
|
|
|
|
|
|
|
Bullshit lah xder sapa kata ko wira.....koaincm sampah sejak balik dari Portimun |
|
|
|
|
|
|
|
JohnyEnglish replied at 17-6-2021 09:52 AM
x pyh poyo sgt.penalti ja ko mampu skor.dgn thailan,kamboja,laos blh la kompang.dgn kominis vietkong ...
Dia pernah score lawan korea selatan dan korea utara ok.. Setakat thailand tu celah gigi je |
|
|
|
|
|
|
|
Pemain neutralisasi ni patut dihantar pulang ke negara masing2. No contribution pun untuk Malaysia. Fed up bila nama mcm African dan Latin American tapi main untuk Malaysia. Biarlah rakyat Malaysia ori main untuk Malaysia bukan pemain neutralisasi |
|
|
|
|
|
|
|
Hahahahaha bertelur sebiji riuh sekampung... harap dewan bahasa boleh la bagi contoh {:nose |
|
|
|
|
|
|
|
Halah3
Takat jenalti jer...dah tu hampir keeper nak save
Dah tu xde org pun kata ko wira
Mengutuk lagi ade la
Sbb celebrate gol acah2 nak nganjing netizen |
|
|
|
|
|
|
|
Budak2 kuat sport ni badan smart.... |
|
|
|
|
|
|
|
Konfiden pawi cakap dengan dipola
dia nak ambik penalti hari tu
good job |
|
|
|
|
|
|
|
spnjg game wcq ni aku meriah kutuk zulhelmi je tapi lepas mamat ni skor penalti pastu buat celebration suruh netizen senyap rasa macam terkesima pula dgn mentaliti pemain malaysia ni.. dgn penyokong sndiri pun koyak... |
|
|
|
|
|
|
| |
|