View: 1695|Reply: 15
|
Bagi Kompaun Pada Peniaga, Tapi Penguatkuasa Sendiri Tak Pakai Pelitup Muka
[Copy link]
|
|
Pasir Mas: Seorang penguat kuasa pihak berkuasa tempatan (PBT) di Pasir Mas akan dikenakan tindakan oleh polis susulan gambar individu berkenaan tidak memakai pelitup muka ketika mengenakan kompaun terhadap peniaga di Rantau Panjang yang tular sejak semalam.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M Nasir berkata, lelaki berkenaan akan dikenakan tindakan mengikut Peraturan 17 Peraturan-Peraturan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021 kerana tidak memakai pelitup muka di tempat awam.
Katanya, hasil siasatan pihaknya mendapati lelaki berusia 39 tahun itu bertugas sebagai penguat kuasa PBT di Pasir Mas.
Beliau berkata, polis sedang mengesan kakitangan PBT itu untuk dikenakan tindakan dengan kadar segera, susulan laporan polis dibuat.
Foto: Harian Metro
"Gambar penguat kuasa itu tular ketika dia mengenakan kompaun terhadap peniaga jalanan yang menjalankan perniagaan di lokasi tidak dibenarkan iaitu berdekatan Masjid Beijing, Rantau Panjang.
"Gambar yang tular menimbulkan tidak puas hati dalam kalangan masyarakat kerana penguat kuasa berkenaan tidak memakai pelitup muka ketika menjalankan tugas.
"Susulan itu, satu laporan polis dibuat bertujuan menjalankan risikan dan siasatan berkaitan gambar yang tular dan mengambil tindakan sewajarnya kepada penguat kuasa terbabit," katanya.
Terdahulu, tular sejak semalam penguat kuasa berkenaan yang mengenakan kompaun terhadap peniaga jalanan dan pada masa sama dia tidak memakai pelitup muka. -CARI
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Pulak dah.. zalim nye jika begitu. {:yameteh |
|
|
|
|
|
|
|
"boleh citer"?- |
|
|
|
|
|
|
|
abang penguatkuasa ni dah boleh berkira kira buat karangan surat tunjuk sebab.. |
|
|
|
|
|
|
|
hahahahahahaha......... tak hagak2 |
|
|
|
|
|
|
|
lain kali amik yg ada pendidikan tinggi sikit utk kerja2 penguatkuasaan ni
kena minima ada diploma |
|
|
|
|
|
|
|
geram saman org sendri pon tak btl.. mcm nak siku rase
|
|
|
|
|
|
|
|
Leher mana leher??? |
|
|
|
|
|
|
|
Saman dia plak 2x ganda.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kat twitter habis kena body shaming mamat ni...
Mask ada tu kt celah leher...tak perasan. |
|
|
|
|
|
|
|
Bila mak ketam ajar anak jalan tegak lurus tapi ni bapak ketam gundu |
|
|
|
|
|
|
|
kesian lah peniaga tu
dah la musim lockdown ni
pendapatan pun tak seberapa
pelancong pun tiada kat rantau panjang sinun |
|
|
|
|
|
|
|
Dia sumbat tampon kat lubang hidung tu. Lagi selamat dari pakai mask. Korang apa tau |
|
|
|
|
|
|
|
Viralkan...biar polis ambik tindakan kat penguatkuasa nih...geram aku |
|
|
|
|
|
|
|
manala ingin budak2 diploma nk apply keje cmni.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|