Seorang ibu tanpa seurat benang di tubuhnya didakwa mencampak bayi perempuan yang baru lahir dan anak lelakinya di pangsapurinya di Brownsville, Brooklyn.
Kredit foto: Paul Martinka/New York Post
Dalam kejadian jam 11.20 pada Sabtu lalu, polis berkata, Dejhanay Jarrell, 24, mencampak kedua-dua anaknya melalui tingkap sebelum dia sendiri melompat keluar dan memukul mangsa.
Media tempatan melaporkan kejadian dipercayai berpunca akibat suspek terlalu terlalu kepenatan menjaga dua anak bersendirian, lapor Mirror.
Jirannya, Carl Chin, 41, mendakwa dia bergegas ke lokasi kejadian untuk menyelamatkan kedua-dua mangsa sebaik menyaksikan kejadian menyayat hati itu.
Jabatan Polis New York (NYPD) berkata, bayi berkenaan dibawa ke hospital dalam keadaan parah manakala anak lelakinya mengalami cedera ringan.
Jarrell yang ditahan pihak polis berdepan pertuduhan melakukan keganasan termasuk dua percubaan membunuh. - CARI |