CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2260|Reply: 0

Tip sebelum membeli kereta

[Copy link]
Post time 14-6-2021 09:16 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Azahar7667 at 15-6-2021 09:55 AM

Sebelum Beli Kereta Baca Ini Dahulu






Tengah survey kereta ke tuuuuu????

Sebelum beli, elok baca juga posting ini.

Saya tahu, sekarang musim orang survey kereta baru. Bukan untuk menghalang, tapi untuk berkongsi pengalaman.

Apabila bertemu dengan individu-individu yang mempunyai masalah kewangan, berikut adalah beberapa situasi yang saya temui;
  • Dalam banyak situasi, kereta bukan keperluan dan banyak mendatangkan musibat kepada pemiliknya berbanding manfaat.
  • Dalam banyak situasi, kereta digunakan HANYA untuk pergi dan balik kerja sahaja dan sesekali sahaja untuk perjalanan jarak jauh.
  • Dalam banyak situasi, pembayaran ansuran kereta kita-kira 30% ke 40% daripada gaji.
  • Dalam banyak situasi, apabila dikira kos sebenar memiliki kereta termasuk petrol, tol, servis maintenance, parking, roadtax, takaful kereta, tayar, aircond, saman, aksesori dan sebagainya – ia mencecah 50% ke 70% daripada gaji.
  • Bermakna, kerja separuh hari hanya untuk menganggung kereta ?
  • Bermakna, kerja Isnin sampai Rabu hanya untuk menanggung kos membela kereta ?
  • Bermakna kerja dari 1hb hingga 15hb hanya untuk membayar kereta ?
  • Bermakna, kerja dari Januari hingga Jun / Julai hanya untuk kereta ?

Solusi;
  • Dalam banyak situasi juga, masalah kewangan dapat diselesaikan dengan menjual kereta atau paling kurang tukar kereta yang lebih murah dan rendah maintenance.
  • Tapi tak ramai yang mengalami masalah kewangan, yang SANGGUP untuk mengorbankan kereta mereka.


Rela menanggung beban kereta daripada selesaikan masalah kewangan.


Kata mereka;
“Kalau pakai kereta kecik, nanti apa orang kata” walhal bukan orang yang mengata tu nanti bayar installment kereta kita.
“Saya beli sebab nak bawa balik kampung” walhal balik kampung sekali sekala.
“Saya beli kereta besar supaya senang bawa anak-anak ramai nanti” walhal anak baru dua orang
“Saya beli kereta sebab nak pergi ofis” ini dah saya hurai panjang di atas.

Bermakna masalah yang dihadapi bukanlah masalah kewangan, tapi masalah emosi.

Panduan dan tips beli kereta adalah antara topik menarik dalam E-learning Seminar Bijak Merancang Wang #eSeminarBMW.

Ketahui bagaimana strategi kumpul simpanan melalui kos membeli kereta.

------------------------------------------------

Ingin dapatkan Income Protection sebenar ?

boleh dapatkan Plan Pelengkap Hibah Takaful dan Income Protection hanya RM99.

Manfaat
  • Manfaat kematian RM100,000
  • Manfaat kematian kemalangan RM100,000
  • Manfaat kematian disebabkan sakit kritikal RM100,000
  • Manfaat penyakit kritikal (CI) RM100,000
  • Manfaat lumpuh kekal (TPD) RM100,000
  • Manfaat elaun hospital swasta dan kerajaan RM100 sehari
  • Manfaat pengecualian bayaran atau waiver disebabkan CI atau TPD pun ada
  • Ada nilai tunai sepanjang tempoh polisi.
  • Manfaat no 1, 2, & 3 boleh dijadikan hibah takaful.
  • Manfaat kematian, lumpuh dan penyakit kritikal BERASINGAN.
Berminat ? Plan Pelengkap Hibah Takaful dan Income Protection











This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 07:39 PM GMT+8 , Processed in 0.061693 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list