CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1728|Reply: 3

[Sabah] Covid-19 13/06/2021

[Copy link]
Post time 13-6-2021 06:04 PM | Show all posts |Read mode
Covid-19: Sabah Catat 3 Kluster & 5 Kematian Baharu
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Masidi Manjun.



KOTA KINABALU: Saringan terhadap jenazah seorang warga tua yang menunjukkan keputusan positif COVID-19 selepas dibawa ke hospital mencetuskan satu daripada tiga kluster baharu berkaitan komuniti di Sabah, semalam.
Kluster Ambar Park di Tawau tercetus selepas jenazah seorang lelaki berumur 71 tahun didapati positif COVID-19 melalui saringan RTK Antigen pada 1 Jun lalu sebelum disusuli 15 lagi kes positif melalui saringan kontak rapat.
Jurucakap perkembangan harian COVID-19 Sabah, Datuk Masidi Manjun, berkata kluster itu direkodkan di Kampung Kadazan, Mukim Tanjung Batu, Tawau membabitkan kontak rapat dalam kalangan ahli keluarga kes indeks.
“Susulan kes itu, 45 kontak rapat disaring dan mengesan 15 lagi kes positif COVID-19 yang turut membabitkan kes jangkitan kontak keluarga generasi kedua, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 16 kes.
“Seramai 28 kontak rapat pula didapati negatif dan seorang kontak masih menunggu keputusan ujian. Berdasarkan maklumat, sebelum ini dianggarkan lebih 50 ahli keluarga dan kontak sosial menziarahi kes indeks untuk majlis doa selamat di rumahnya, di Kampung Kadazan, Ambar Park,” katanya dalam kenyataan media, malam tadi.

Sementara itu, kluster kedua dilaporkan di daerah Nabawan, dikenal pasti berkaitan satu majlis pertunangan di Kampung Indah, Nabawan pada 20 Mei lalu.
Masidi berkata, kes indeks ialah seorang wanita tempatan berumur 34 tahun tidak bergejala yang dikesan positif COVID-19 melalui saringan pra rawatan di hospital pada 22 Mei lalu.

“Hasil pengesanan secara aktif dan saringan terhadap 124 kontak menemukan 20 lagi kes positif dan menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 21 kes. Daripada jumlah yang disaring, 100 individu didapati negatif saringan pertama, manakala tiga individu masih menunggu keputusan ujian saringan,” katanya.
Dalam pada itu, katanya kluster ketiga semalam tercetus di Kampung Baru, Sipitang membabitkan jangkitan dalam komuniti di Mukim Sindumin yang dikaitkan dengan aktiviti rumah ibadat.
Kes indeks katanya, adalah lelaki berumur 58 tahun yang disahkan positif saringan RTK Antigen pada 26 Mei lalu selepas dikesan sebagai kontak rapat kepada anak saudaranya.
“Kes indeks mengalami simptom batuk, sakit kepala dan ‘malaise’ sejak 23 Mei lalu serta mempunyai sejarah pergerakan ke luar daerah iaitu ke Keningau pada 16 Mei lalu.
“Hasil pengesanan dan saringan kontak yang membabitkan kaitan epidemiologi sama iaitu menghadiri rumah ibadat di Sabah Forest Industry (SFI), Sipitang, sebanyak 23 kes positif COVID-19 dikesan termasuk 13 kes baharu pada hari ini (semalam),” katanya.
Semalam, Sabah mencatat 378 kes baharu COVID-19, meningkat sebanyak 69 kes berbanding 309 kes kelmarin, manakala lima kematian dilaporkan, masing-masing satu di Tawau, Semporna, Kota Kinabalu, Lahad Datu dan Putatan.
Masidi berkata, peningkatan mendadak kes baharu itu disebabkan langkah Kementerian Kesihatan (KKM) melaksanakan saringan bersasar dari rumah ke rumah di lokaliti yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD). – BH Online



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-6-2021 06:06 PM | Show all posts
Perintah Berkurung Di ESSZONE Dilanjutkan 29 Jun



KOTA KINABALU: Perintah berkurung di kawasan perairan tujuh daerah dalam Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) yang berakhir esok, dilanjutkan 14 hari sehingga 29 Jun.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hazani Ghazali, berkata perintah berkurung itu meliputi perairan Sandakan, Beluran, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau.

Katanya, orang ramai yang tinggal di kawasan berkenaan dilarang menghampiri atau berada di kawasan diisytihar antara 6 petang hingga 6 pagi.

“Perintah ini diteruskan bagi memastikan kawasan perairan berkenaan tidak diceroboh pengganas yang mengancam keselamatan penyelidik antarabangsa yang menjalankan penyelidikan dan pelancong asing yang melawat pulau peranginan.

“Maklumat mendedahkan kumpulan yang menjalankan kegiatan Kidnapping For Ransom (KFR) dan kumpulan Abu Sayyaf masih cuba menceroboh ke kawasan ini untuk melakukan penculikan dan lain-lain jenayah rentas sempadan,” katanya dalam hari ini.


Hazani berkata, perintah berkurung itu juga bagi menjamin keselamatan dan kesejahteraan rakyat Sabah yang menjadi pengguna perairan dan rakyat berada di kawasan daratan ESSZONE.

Katanya, ia juga akan memudahkan penguatkuasaan dan pemantauan terhadap pergerakan bot serta menimbulkan rasa selamat serta yakin kepada pengusaha chalet dan nelayan dengan kehadiran pasukan keselamatan.


“Saya juga memberi kuasa kepada semua Ketua Polis Daerah di ESSZONE bagi mengeluarkan permit kepada pemohon yang layak bagi tujuan aktiviti perikanan atau ada keperluan mendesak untuk melalui kawasan perintah berkurung itu,” katanya. – BH Online

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-6-2021 06:26 PM | Show all posts
Tujuh Lagi Lokaliti Di Sabah Dikenakan PKPD

PUTRAJAYA: Kerajaan akan mengenakan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di tujuh lagi lokaliti di Sabah.

Menteri Kanan (Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob berkata, pelaksanaan PKPD selama 14 hari bermula 14 hingga 27 Jun ini susulan peningkatan jangkitan Covid -19.



Tujuh lokaliti dikenakan PKPD membabitkan Kampung Indah, Nabawan selepas sembilan daripada 31 individu disaring positif.

PKPD turut dikenakan di Kampung Manggis, Kuala Penyu, selepas tujuh dikesan positif hasil saringan 11 individu.

Sementara dua lokaliti di Tawau membabitkan, Taman Kinabutan Ria dan Simpang Inderasabah turut dikenakan PKPD.

“Sehingga kini, sebanyak sembilan kes positif daripada 17 yang disaring telah direkodkan di Taman Kinabutan Ria manakala di Simpang Inderasabah, 12 disaring dan 11 daripadanya didapati positif,” katanya ketika melaporkan perkembangan harian pelaksanaan PKP mengekang penularan wabak Covid-19.

PKPD turut dilaksanakan di Kampung Baru (SFI), Sipitang juga di Sabah selepas 29 daripada 46 individu di saring didapati positif.

Manakala dua lokaliti di Kota Belud, melibatkan Kampung Tawadakan dan Kampung Kota Bungan dikenakan PKPD, selepas 12 dikesan positif.

Sementara PKPD di FELDA Sahabat 40 (Kg Kembara Sakti), Tungku, Lahad Datu, Kampung Padawan, Papar, Sabah akan tamat jam 11.59 malam esok.










12/06/2021 - by Sabah Post

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-6-2021 08:42 PM | Show all posts
Op Noda: Langgar SOP PKP, Polis Tahan 7 Individu Di Pusat Hiburan

Polis memeriksa individu yang didapati melanggar SOP PKP 3.0.





KOTA KINABALU: Tujuh individu termasuk seorang penjaga premis ditahan dalam operasi Op Noda yang dijalankan di sebuah pusat hiburan si pusat bandaraya, awal pagi tadi.
Dalam operasi jam 1.40 pagi itu, individu yang ditahan turut membabitkan tiga warga asing yang tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.

Pegawai Turus Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, Deputi Superintendan Alhusin Halil berkata, pemeriksaan awal mendapati premis berkenaan mempunyai lesen hiburan yang sah.
Bagaimanapun katanya, hasil pemeriksaan lanjut di salah sebuah bilik pusat hiburan berkenaan mendapati terdapat empat wanita bersama dua lelaki.
“Proses pemeriksaan dokumentasi mendapati seorang lelaki dan dua wanita adalah bukan warganegara manakala selebihnya warga tempatan.

“Semua ditahan kemudiannya ditahan mengikut Perkara 17 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 kerana tidak menjaga penjarakan sosial, mengunjungi pusat hiburan dan tidak mengimbas Mysejahtera,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Alhusin berkata, semua yang ditahan berusia 17 hingga 54 tahun manakala seorang lelaki dan dua wanita pula turut didapati positif dadah.

Katanya, penjaga premis pula disiasat mengikut Seksyen 4 Ordinan Hiburan Awam (PEO) 1958 kerana beroperasi.
“Tiada rampasan dilakukan dan semua tangkapan membabitkan pengunjung dan penjaga premis dibawa ke IPD Kota Kinabalu untuk tindakan selanjutnya,” katanya. – AsiaTimes





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 07:45 AM GMT+8 , Processed in 0.127434 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list