CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1508|Reply: 0

Rekod Semua Yang Berlaku Selepas Digigit Ular Berbisa, Ini Diari Terakhir Dr. Ka

[Copy link]
Post time 9-6-2021 01:00 PM | Show all posts |Read mode
Rekod Semua Yang Berlaku Selepas Digigit Ular Berbisa, Ini Diari Terakhir Dr. Karl Schmidt



Ahli patologi terkenal, Dr. Karl Patterson Schmidt telah menerima kunjungan daripada seorang lelaki dari Lincoln Park Zoo pada bulan September 1957.

Lelaki tersebut yang dikenali sebagai Truett telah datang ke tempat kerja beliau di Natural History Museum Chicago bersama seekor ular muda sepanjang 30 inci. Truett meminta bantuan Dr. Schmidt untuk kenal pasti jenis ular tersebut.

Sepanjang kerjayanya, beliau telah menamakan lebih 200 spesies ular dan sebahagian besar haiwan tersebut diberi nama akhir Schmidt. Siapa sangka persetujuan Dr. Schmidt untuk membantu Truett kenal pasti ular tersebut akan meragut nyawanya?

Nota kesan bisa ular Dr. Schmidt


Pada 25 September 1957, Dr. Schmidt mula mengenal pasti jenis ular tersebut. Reptilia itu mempunyai kulit berwarna terang sama seperti ular Boomslang.

Disebabkan masih ragu-ragu dengan jenis spesimen reptilia berkenaan, beliau cuba mengambil ular tersebut untuk membuat pemeriksaan dengan lebih dekat. Namun, ia tiba-tiba menggigit ibu jari beliau dan menyebabkan luka sedalam tiga milimeter (mm) kepada doktor tersebut.

Dr. Schmidt yang mempunyai banyak pengalaman dengan ular tidak menyangka gigitan itu berbahaya jadi beliau menolak untuk mendapatkan rawatan perubatan dan meneruskan kerjanya seperti biasa.

Beliau sempat menulis nota tentang kesan bisa ular kepada dirinya. Beliau tidak sangka riwayatnya di dunia ini bakal berakhir 24 jam selepas itu.

Nota terakhir Dr. Schmidt



4:30-5:30 petang: Dr. Schmidt memandu ke rumahnya di Homewood dari tempat kerja. Pada masa ini, beliau mula berasa mual yang teruk tetapi tidak muntah.

5:30-6:30 petang: Badan mula terasa sejuk dan menggigil dengan demam melebihi 39 darjah Celcius. Pendarahan membrane mukosa pada bahagian gusi bermula pada 5:30 petang.

8:30 malam-12:20 pagi: Selepas makan dua potong roti bakar, beliau tidur dengan lena untuk tiga jam dari 9:30 malam sehingga 12:20 pagi.

Beliau bangun untuk membuang air kecil sekitar 12.20 pagi. Air kecil beliau bagaimanapun mengandungi darah dalam jumlah yang sedikit. Mulutnya juga berdarah.

4:30-6:30 pagi: Sekitar pukul 4:30 pagi, Dr. Schmidt bangun untuk minum segelas air kosong. Beliau mula berasa mual dan muntah-muntah yang teruk.

Selepas bangun pada 6:30 pagi, beliau makan bijirin, telur rebus, roti bakar bersama sos epal dan kopi sebagai sarapan. Ketika itu, suhu badannya normal iaitu 37 darjah Celcius. Tiada darah dalam urin setiap tiga jam. Namun, mulut dan hidungnya mempunyai sedikit darah.

1:30 petang: Selepas selesai makan tengah hari, beliau dilaporkan muntah dan cuba menghubungi isterinya sekitar pukul 1:30 petang. Ketika bantuan tiba, beliau masih berpeluh dan sudah tidak sedarkan diri. Beliau menerima bantuan resusitasi dan selepas itu dikejarkan ke hospital.

3 petang: Dr. Schmidt meninggal dunia pada 26 September kerana masalah pernafasan. Hasil pemeriksaan yang dijalankan ke atas beliau menunjukkan masalah pernafasan berpunca daripada pendarahan di paru-paru dan bahagian organ lain seperti ginjal, usus, jantung, otak serta mata.

Ular Boomslang



Paul Donovan yang telah bekerja dengan ular berbisa berkata Boomslang menggigit setebal ibu jari dengan membuka rahang seluas 170 darjah.

Selain itu, Paul turut berkata racun hemotoxic boleh memusnahkan sel darah merah dan melambatkan pembekuan darah. Ia juga boleh menyebabkan pendarahan otak dan masalah pernafasan jika pesakit tidak menerima rawatan dengan segera.

Satu perkara yang pasti, nota catatan Dr. Schmidt telah membantu ramai ilmuwan untuk mengenal pasti perkembangan racun ular Boomslang dan sekali gus berjaya menyelamatkan banyak nyawa.

Penulis:

Nur Azlin Mohd Azda adalah pelajar Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FiTA) UiTM.
Prof Madya Dr. Mohd Syuhaidi Abu Bakar adalah Pensyarah Kanan dan Timbalan Dekan Penyelidikan dan Jaringan Industri (FiTA) UiTM.

Sumber:https://tehtarikgelasbesar.com

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-6-2024 02:33 AM GMT+8 , Processed in 0.060540 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list