CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1579|Reply: 2

Ibu Jadi Kontak Rapat, Hafreez Adam Tetap Kuarantin Walaupun Keputusan Negatif

[Copy link]
Post time 8-6-2021 10:09 AM | Show all posts |Read mode
Pelakon Hafreez Adam mendedahkan dia dan keluarganya pernah menjadi kontak rapat pesakit Covid-19 sebelum menyambut Hari Raya Aidilfitri.


Menurut Hafreez atau nama sebenarnya Hafreez Adam Aizat Zahalan, dia bersama tiga orang adik terpaksa menjalani kuarantin secara berasingan dengan ibu mereka yang ketika itu berada di rumah kakak sulungnya.


Hafreez bagaimanapun bersyukur apabila keputusan ujian saringan kesemua mereka negatif.




Foto: IG




"10 hari sebelum nak raya, saya satu keluarga jalani kuarantin selepas mengetahui ibu adalah kontak rapat pesakit Covid-19. Saya memang tinggal bersama tiga orang adik dan ibu.


"Cuma waktu itu, kebetulan ibu pergi rumah kakak dan dia terus kuarantin di sana. Saya pula sebaik saja selesai penggambaran, terus balik rumah dan kuarantin bersama tiga adik saya.




  



"ada awalnya keputusan swab test RTK adik saya seorang positif dan secara automatik, saya jadi kontak rapat dia. Tapi selepas kami semua buat saringan PCR, Alhamdulillah keputusan kami semua negatif," katanya kepada mStar.


Pelakon drama siri Derita Untuk Bahagia itu berkongsi mengenai perkara tersebut menerusi Instagram live (IG Live) bersama mStar pada Selasa.




  



Dalam pada itu, Hafreez memberitahu biarpun menerima keputusan negatif, mereka tetap meneruskan kuarantin kerana tidak mahu bersikap pentingkan diri.


"Bila dapat tahu menjadi kontak rapat, paling saya risau keadaan ibu yang sudah berusia. Tapi Alhamdulillah... semua keputusan negatif. Walaupun negatif, kami semua tetap teruskan kuarantin.


"Tak nak la ada sikap 'selfish'... kena lebih berjaga-jaga. Sebab kita tak tahu, kalau tiba-tiba simptom lambat keluar ke. Mungkin antibodi saya kuat dan takut tak ada simptom apa-apa," ujarnya.


Sementara itu, pelakon drama siri Gantung ini turut berkongsi pengalaman mengambil suntikan dos pertama vaksin AstraZeneca pada 19 Mei lalu di World Trade Centre (PWTC), Kuala Lumpur.


  



"Saya sudah terima suntikan dos pertama vaksin pada dua minggu lalu di PWTC dan Alhamdulillah, saya tidak mengalami sebarang simptom seperti demam atau sakit kepala.


"Cuma bahagian lengan sedikit bengkak tapi tidak la terlalu sakit atau sukar untuk bergerak. Sebelum ini, ada juga netizen pertikaikan kenapa saya boleh dapat cepat vaksin.


"Sedangkan saya sama seperti orang lain yang mendaftar dan temu janji suntikan itu diperolehi menerusi aplikasi MySejahtera," katanya. -CARI


Sumber: mStar Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-6-2021 10:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Cuma melihat mukanya dah tau dia gayah
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2021 12:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Byk btol news psl die ni lately..semak!!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 08:14 PM GMT+8 , Processed in 0.048537 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list