CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1591|Reply: 1

Jun Ji Hyun yang didakwa sudah bercerai?

[Copy link]
Post time 4-6-2021 04:15 PM | Show all posts |Read mode

JI Hyun menerusi agensinya Culture Depot menafikan khabar angin sudah bercerai.

Annyeonghaseyo! Hal rumah tangga selebriti Korea Selatan sentiasa menjadi buruan terutama pasangan sesama artis.

Asal ada saja sedikit keraguan, mulalah pihak tertentu mencetus spekulasi mengenai status mereka.

Itu yang berlaku pada pelakon Jun Ji Hyun yang didakwa sudah bercerai dengan suaminya, Choi Jun Hyuk. Heboh sejak kelmarin bahawa pasangan itu dikhabarkan tidak lagi tinggal sebumbung.

Semuanya gara-gara video dimuat naik saluran YouTube Garo Sero Institute yang membuat pendedahan mereka tinggal berasingan. Dakwaan itu semestinya menggemparkan industri hiburan di sana.

Namun, pendedahan itu ternyata tidak benar apabila Ji Hyun menerusi agensinya Culture Depot menafikan khabar angin itu.

Malah, setiap butiran yang didedahkan dalam video terbabit adalah palsu.

"Kami ingin berkongsi kenyataan mengenai khabar angin mengenai perceraian serta dakwaan perkahwinan Jun Ji Hyun sudah tidak sehaluan. Kami merujuk kepada video yang disiarkan di saluran Garo Sero Institute, semalam (kelmarin).

"Pertama sekali, kami ingin menegaskan bahawa segala maklumat yang didedahkan dalam siaran itu adalah palsu. Tidak dinafikan, sudah menjadi rutin apabila fakta salah disebarkan menerusi internet.

"Kami mendapati khabar angin mengundang fitnah itu direka Garo Sero Institute. Berdasarkan dapatan kami, ia disiarkan menerusi akaun YouTube mereka serta mendapat hebahan tabloid," kata agensi itu.

Disebabkan khabar angin berkenaan, ia semestinya memberi pelbagai kesan terhadap pelakon terbabit. Apatah lagi dia dan suaminya masih dalam keadaan baik-baik dan tiba-tiba difitnah.

Tidak mahu lepas tangan, agensi terbabit juga memaklumkan akan mengambil tindakan keras undang-undang kepada penyebar khabar angin itu. Demikian juga pihak lain yang cuba memanipulasikan kebenaran.

"Kami akan menyiasat punca sebenar tercetusnya putar belit dan fakta salah itu. Kami akan mengambil tindakan undang-undang ke atas penyebaran maklumat palsu menerusi artikel serta komen tidak betul," katanya.

Ji Hyun mengahwini Jun Hyuk yang juga Ketua Pegawai Eksekutif firma Alpha pada 2012. Jun Hyuk juga adalah cucu pereka fesyen terkenal dari Korea Selatan iaitu Lee Young Hae. Pasangan itu dikurniakan dua anak lelaki.

Pelakon terbabit tidak asing lagi dalam industri perfileman Asia. Dia pernah membintangi filem The Thieves dan mencipta fenomena menerusi drama seperti My Love From The Star, Legend of the Blue Sea dan My Sassy Girl.

Sumber:https://www.hmetro.com.myJun Ji Hyun yang didakwa sudah bercerai

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-6-2021 07:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Walaupun dah deny, klu takde angin masakan pokok boleh bergoyang. Teringat gosip blind item last year. Hmmm.. harap tak jadi macam go hyun jung. Klu dia bertahan sebab imej and nak elak penalty oleh big com pun logik gak

Iols minat dia ni. Harap kontroversi ni tak effectlah drama kingdom & jirisan. Tak sabar tengok. Release date jirisanpun belum ada lagi ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-10-2024 05:32 PM GMT+8 , Processed in 0.038908 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list