|
Pelakon Sharnaaz Ahmad, 36, sebelum ini dihimpit kontroversi apabila didakwa menjalin hubungan mesra dengan pelakon dan anggota kumpulan De Fam, Azira Shafinaz, 29, kerana memuat naik foto memeluk bahu Azira di IG Stories.
Terbaru, tular pula video rakaman Instagram Live menampilkan Sharnaaz, Azira dan dua orang lagi pelakon iaitu Shukri Yahaya dan Azar Azmi.
Menariknya, di penghujung video itu, Shukri dan Azar meninggalkan Sharnaaz dan Azira berdua untuk mereka berbual.
Sharnaaz yang selalu tampil dengan imej ganas secara tiba-tiba berubah suaranya ketika bercakap dengan Azira.
Nah! tengok sendirilah video perbualan mereka ini yang dimuatnaik di akaun Instagram @_inaijari.
Nampak macam sweet betul mereka berdua ini dan malu-malu je Sharnaaz masa bercakap dengan Azira kan!, sampai tersasul tu.
Meninjau di ruangan komen, ternyata ramai dikalangan netizen mendoakan mereka berdua agar dipertemukan jodoh. Wow!
Tapi kalau masing-masing sudah serasi dan suka sama suka, apa salahnya jika mereka nak menjalinkan hubungan yang lebih serius hingga berjodohan!
Setuju tak, apa pula kata korang?
|
|