CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1936|Reply: 4

Penyanyi asal Milli Vanilli meninggal dunia akibat COVID-19

[Copy link]
Post time 31-5-2021 08:15 AM | Show all posts |Read mode
Penyanyi asal Milli Vanilli meninggal dunia akibat COVID-19



Berita kematian Davis dikongsi anaknya, Jasmin di akaun Facebook miliknya. - Foto Facebook/John Davis


JOHN DAVIS yang juga salah seorang penyanyi yang menyumbangkan suara dalam lagu-lagu kumpulan pop masyhur sekitar penghujung 1980an, Milli Vanilli dilaporkan meninggal dunia akibat COVID-19.

Menurut laporan The New York Post, berita kematian Davis dikongsi anaknya, Jasmin di akaun Facebook miliknya pada Isnin.
"Bapa saya telah meninggal dunia akibat COVID-19. Sepanjang hayatnya, bapa saya telah menggembirakan ramai orang menerusi gelak tawanya serta senyumannya terutamanya melalui muzik.



Penyanyi kumpulan Milli Vanilli yang dilakonkan oleh Rob Pilatus dan Fabrice Morvan mula diperkenalkan pada 1988 di Eropah sebelum mengulungi carta di Amerika Syarikat setahun kemudian dengan album 'Girl You Know It's True'.

Sebanyak 11 juta album tersebut terjual sehingga mereka berjaya memenangi anugerah Grammy pada 1990.
Nama Davis dan beberapa penyanyi lain yang 'meminjam suara' mereka dalam album 'Girl You Know It's True' hanya disenaraikan sebagai penyanyi latar dalam kulit album berkenaan.

Bagaimanapun, rahsia Pilatus dan Morvan menggunakan suara orang lain semasa rakaman album terdedah kepada umum apabila rakaman rosak dimainkan secara tidak sengaja semasa mereka mengadakan konsert pada tahun yang sama.

Susulan kejadian itu, anugerah yang diraih Pilatus dan Morvan telah ditarik balik.

Usaha penerbit kumpulan tersebut, Frank Farian untuk kembali ke dunia hiburan menerusi 'The Real Milli Vanilli' yang memaparkan penyanyi sebenar, Davis dan Brad Howell, tidak berjaya.

Album mereka 'The Moment of Truth' tidak dapat tandingi kejayaan yang dicapai Pilatus dan Morgan.

Sumber:https://www.astroawani.com

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-5-2021 03:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Takziah kepada keluarga..
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2021 10:04 AM From the mobile phone | Show all posts
RIP. Oh inilah penyanyi sebenar lagu Girl U Know Its True yg dimimingkn oleh Milli Vanilli. Aku suka lagu ni.
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2021 08:51 PM From the mobile phone | Show all posts
fatinandreanna replied at 1-6-2021 10:04 AM
RIP. Oh inilah penyanyi sebenar lagu Girl U Know Its True yg dimimingkn oleh Milli Vanilli. Aku suka ...

Girl you know it's true...oh oh i love you....yeaaaayyy i ollz sukeeeeee lagu ni hokay...paling best dgr time driving balik keje ngadap jam...sing along
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2021 04:35 PM From the mobile phone | Show all posts
my_irina replied at 1-6-2021 08:51 PM
Girl you know it's true...oh oh i love you....yeaaaayyy i ollz sukeeeeee lagu ni hokay...paling be ...

Nampak sgt kita ni old school kan?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-10-2024 05:36 PM GMT+8 , Processed in 0.361783 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list