Ada saja amalan pelik-pelik dari India yang dikatakan dapat merawat atau mencegah daripada dijangkiti Covid-19.
Gambar hiasan
Terbaru, tular video lelaki dari Madurai di Tamil Nadu mengunyah ular berbisa yang didakwa kononnya penawar untuk Covid-19, lapor India.com.
Lebih ngeri dan memualkan apabila ular itu dikunyah mentah-mentah oleh Vadivelu yang berusia 50 tahun.
Bagaimanapun, pegawai jabatan pertanian berkenaan dilaporkan bernasib baik tidak menggigit kelenjar racun reptilia itu.
Sebenarnya, Vadivelu dalam keadaan mabuk ketika dipujuk beberapa individu untuk memakan haiwan berbisa itu yang ditemui di longkang.
Kredit foto: Twitter/India.com
Malah, mereka menghasut Vadivelu untuk memberitahu bahawa haiwan itu boleh menjadi penawar kepada virus berkenaan.
Berikutan kejadian, Vadivelu ditahan dan diperintah untuk membayar denda Rs 7,000 (RM400). - CARI |