CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1235|Reply: 1

Album terbaik Olivia Rodrigo tahun ini

[Copy link]
Post time 29-5-2021 10:23 PM | Show all posts |Read mode

OLIVIA RODRIGO


Setakat ini, Sour yang terbaik

TERDAPAT banyak perihal positif yang boleh memberi konsensus bahawa album debut c, Sour, boleh dicanang sebagai ‘album of the year’ atau dalam bahasa Melayu, album terbaik tahun ini.

Penulis sudah meminjamkan perhatian terhadap album tersebut dan satu beberapa perkara yang boleh diucapkan, Olivia bukan sahaja vokalis hebat, bahkan dia juga penulis lagu yang dahsyat.

Memuatkan 10 buah trek, secara peribadi, penulis berpendapat, tiada satu karya yang diolah memiliki mutasi sehingga mana-mana trek disebut layak dianggap ‘tidak sedap’ atau tidak berkualiti.


Lengkap serba-serbi

Menariknya tentang Sour, diskografi perdana pemilik nama lengkap, Olivia Isabel Rodrigo itu lengkap serba-serbi. Lengkap serba-serbi di sini bermakna, pendengar boleh menjangkakan bermacam-macam ‘rempah’ genre.

Anda boleh dapat pop, country, grunge, sedikit elemen folk dan beberapa kualiti unik lain. Perihal tersebut bagi penulis, melayakkan Olivia terus diangkat dan dicanang sebagai sebagai kuasa baharu pop moden era ini atau dalam bahasa budaya pop, dia adalah ‘the new main pop girl’.

Baru berusia 18 tahun, penulis runsing kerana kalau ditanya apakah trek kegemaran dalam album ini, kerana berasa sukar untuk menjawab pertanyaan tersebut. Alasannya, tiada satu trek pun yang berdiri atas klausa ‘let down’ atau mengecewakan.

Daripada trek pertama, Brutal, hingga ke trek terakhir, Hope Ur Okay, semuanya diterjemah dan diadun dengan cemerlang.

Sour diberi mukadimah yang cukup baik menerusi Brutal. Siapa sangka dalam kemerduan listrik vokal dan penghayatan emosi yang diletakkan dalam setiap nyanyiannya, Olivia akan menyuntik elemen grunge dalam rakaman lagu berkenaan.

Lagu berkenaan membuatkan penulis bangkit dari lena dan terfikir, kerinduan kita semua terhadap artis seperti Hayley Williams daripada kumpulan alternatif/indie, Paramore sudah terubat.

Semacam sudah berjumpa formula baharu untuk menaikkan semula genre muzik sedemikian.


OLIVIA RODRIGO terus mencuri tumpuan global apabila album debut, Sour dan single keduanya, Good 4 U, masing-masing menduduki tangga pertama carta.

Genetik, calon dominasi Grammy

Kualiti tersebut diteruskan menerusi single baharu daripada album tersebut, Good 4 U yang apabila diluncurkan 21 Mei lalu, terus meroket di tangga pertama Billboard Hot 100.

Good 4 U memiliki genetik hampir serupa seperti Brutal, namun dipisahkan dengan satu dua perkara iaitu kualiti dan identiti.

Tidak cukup dengan itu, album Sour menduduki takhta nombor satu carta album, Billboard 200. Itu satu pencapaian luar biasa yang jarang-jarang ditambat artis yang baru setahun jagung perjalanan kerjayanya.

Penulis percaya, sebuah album terbaik mengandungi bermacam elemen yang bukan sahaja berjaya menonjolkan vokal, bahkan perihal lain termasuk bakat penulisan lagu dan identiti sebagai seorang penghibur yang jelas.

Olivia seperti epitome terkandungnya beberapa kualiti ‘superstar’ iaitu bakat penulisan lagu jelmaan Taylor Swift, pesona persis Miley Cyrus, nyanyian yang boleh ‘pergi’ seperti Hayley dan pada masa sama boleh juga menyanyi seperti Billie Eilish serta Lana Del Rey.

Sampai bertemu dengan limpahan kilauan Grammy Awards musim akan datang, Olivia! Anak muda berketurunan Amerika-Filipina itu bagi penulis, sudah tergolong antara calon ‘frontrunners’ cara berprestij tersebut nanti.

Sumber:https://www.kosmo.com.my


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-5-2021 12:40 AM | Show all posts
Xdgr lgi lgu2 dia tapi YouTube asyik recommend video2 dia....dan kerap kluar artikel psl dia....nt ceq buka video n tgk....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-10-2024 05:38 PM GMT+8 , Processed in 0.240370 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list