CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1142|Reply: 2

[Sabah] Covid-19 29/05/2021

[Copy link]
Post time 29-5-2021 10:22 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 2-6-2021 02:43 PM

Bilal Masjid Cetus Kluster Baharu Di Sabah

KOTA KINABALU: Seorang pemandu Grab yang juga bilal sebuah masjid di Kepayan, di sini, mencetuskan kluster baharu COVID-19 berkaitan kehadiran jemaah tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang dilaporkan di Sabah hari ini.
Kes indeks Kluster Patuma, iaitu seorang lelaki berumur 55 tahun itu dipercayai mendapat jangkitan daripada jemaah yang gagal mematuhi SOP ketat sepanjang berada di masjid terbabit.


Jurucakap COVID-19 Sabah, Datuk Masidi Manjun, dalam kenyataan berkata penularan juga dipercayai disebabkan segelintir jemaah yang masih hadir ke masjid walaupun mempunyai gejala.


Kluster Patuma di Kota Kinabalu mula direkodkan pada 18 Mei lalu menerusi saringan bergejala di klinik swasta. Kes indeks adalah pemandu Grab, lelaki, 55, yang jugar bilal di Masjid Al Falah, Kepayan.

Susulan kes itu, pasukan kawalan bertindak pantas dengan menjalankan saringan kontak dan mendapati 10 lagi kes positif, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 11 kes, katanya.


Setakat hari ini, katanya 133 sampel pertama sudah diambil bagi kluster terbabit dengan 33 sampel lagi belum selesai ujian saringan.

Sementara itu, Masidi yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, berkata Sabah hari ini mencatat 265 kes baharu COVID-19 dengan empat kematian, iaitu dua di Kota Belud, manakala masing-masing satu di Kuala Penyu dan Kota Kinabalu.

Jumlah kes positif COVID-19 di Sabah mencatatkan penurunan sebanyak 43 kes iaitu daripada 308 kes semalam (28 Mei) kepada 265 kes hari ini.

Daripada 265 kes jangkitan baharu hari ini, 134 kes adalah hasil daripada saringan kontak rapat, diikuti 75 kes menerusi saringan kluster, saringan bergejala (35 kes), saringan bersasar (tujuh) dan 14 kes lagi daripada lain-lain kes, katanya.

Berdasarkan analisa hari ini juga, katanya sebanyak 14 daerah di Sabah mencatat penurunan kes pada julat satu angka kecuali tiga daerah lain menunjukkan penurunan ketara pada julat dua angka iaitu Keningau ( turun 20 kes), Kunak ( turun 16 kes) dan Papar (turun 14 kes).

Jelasnya, hanya dua daerah mencatat peningkatan, namun aliran peningkatan ketara berlaku di kedua-dua daerah terbabit iaitu Tawau sebanyak 72 kes (meningkat 35 kes) dan Kalabakan sebanyak 46 kes ( meningkat 21 kes).

Tiga daerah lain yang mencatat kes baharu pada hari ini iaitu Sandakan (11 kes), Kota Belud (10 kes) dan Sipitang (satu kes) kekal sebagaimana jumlah kes kelmarin. Pada hari ini, 10 daerah mencatat sifar kes iaitu Ranau, Beluran, Telupid, Pitas, Kota Marudu, Kinabatangan, Tongod, Tenom, Nabawan dan Tambunan, katanya.
Secara keseluruhan, katanya sebanyak 14 daerah kini berada dalam zon merah di Sabah, manakala dua daerah dalam zon jingga, lima daerah dalam zon kuning dan enam daerah dalam zon hijau.


Sabah post 29/05/2021


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-5-2021 10:40 PM | Show all posts
Ingkar SOP & Berhimpun: Polis Tawau Berjaya Tahan Empat Individu




TAWAU : Empat lelaki ditahan bagi membantu siasatan berhubung kesalahan perhimpunan haram di Kampung Baru, Batu 2, Jalan Apas di sini, pada 12 Mei lalu.

Terdahulu, polis menyiasat gambar dan satu video tular yang menyaksikan lebih 100 individu lelaki berhimpun sambil mengejutkan orang kampung untuk bersahur di Kampung tersebut kira-kira jam 2.40 pagi.

Kejadian itu, mendapati sekumpulan remaja termasuk kanak-kanak berumur 12 hingga 25 tahun melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dikuatkuasakan di daerah ini.

Sehubungan itu, polis meminta seorang suspek Jobby Basri,30, yang memuat naik gambar sambil mengajak orang ramai melakukan demonstrasi di dalam akaun facebooknya untuk hadir ke Balai Polis berdekatan bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Peter Umbuas berkata pihaknya berjaya menangkap tiga lelaki termasuk dua warga asing pada pada Rabu lalu.



“Seorang lagi suspek warga tempatan berjaya ditangkap pada Jumaat baru-baru ini untuk membantu siasatan.

“Siasatan awal mendapati, kesemua suspek yang berumur 24 hingga 34 tahun itu mengaku terlibat dalam perhimpunan tersebut,”katanya dalam kenyataan media di sini semalam

Beliau berkata kesemua suspek yang ditahan didapati negatif dadah semasa ujian saringan air kencing dilakukan.

“Namun, berdasarkan semakan jenayah lampau mendapati salah seorang suspek pernah disabitkan di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan rompak berkumpulan dan Seksyen 148 Kanun Keseksaan,”katanya

Peter berkata, kes disiasat mengikut Peraturan 25 Ordinan Darurat (Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) (Pindaan) 2021.

“Selain itu, mereka juga disiasat mengikut Seksyen 188 Kanun Keseksaan, Seksyen 8 (1)(e) Ordinan Kesalahan-Kesalahan Kecil Negeri Sabah, manakala suspek warga asing disiasat mengikut Seksyen 6 (1)(c) Akta Imigresen 1959/63,”katanya – Utusan Borneo

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2021 06:40 AM | Show all posts
Harap tak ada timbul kluster Pesta Kaamatan ...

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 09:40 AM GMT+8 , Processed in 0.258252 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list