View: 1877|Reply: 2
|
Lesti Kejora, Rizky Billar tetap mahu nikah tahun ini
[Copy link]
|
|
GAMBAR praperkahwinan Lesti dan Rizky yang dikongsikan dalam Instagram.
Lesti Kejora, Rizky Billar tetap mahu nikah tahun ini
PASANGAN kekasih, Lesti Kejora dan Rizky Billar mula bercerita tentang rancangan pernikahan mereka yang akan berlangsung tahun ini.
Bahkan, kedua-dua mereka juga telah berkongsi beberapa keping gambar semasa sesi praperkahwinan dalam sosial media.
Dalam satu temu bual, Lesti memberitahu bahawa majlis pernikahannya dengan Rizky memang akan berlangsung pada tahun ini jika tidak mempunyai sebarang halangan.
“Insya-Allah, kami benar-benar mahu bernikah tahun ini, cuma tarikhnya masih belum boleh diumumkan,” katanya.
Lesti juga tidak berniat untuk merahsiakan tarikh majlis pernikahan mereka, sebaliknya mengambil langkah selamat daripada menguar-uarkan perkara yang belum lagi pasti.
“Alhamdulillah tarikh dan bulan sudah ditetapkan. Tetapi saya mohon supaya semua pihak bersabar sehingga sampai waktunya nanti,” katanya.
Sumber:https://www.kosmo.com.my
|
|
|
|
|
|
|
|
Ok sgt dede nk nikah. Tgk je mantan pacarnya. Netz indo kata menelantarin isteri sendiri
|
|
|
|
|
|
|
|
Eloklah disegerakan nampak macam dah tak boleh ditangguhkan lagi je |
|
|
|
|
|
|
| |
|