CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1318|Reply: 5

[Sarawak] Covid19 24/05/2021

[Copy link]
Post time 25-5-2021 01:28 PM | Show all posts |Read mode


Sarawak mencatatkan 530 kes baharu COVID-19 hari ini. Sejumlah 397 atau 74.91 peratus daripada jumlah kes ini telah dikesan di Daerah Sibu, Miri, Bintulu, Kuching dan Julau.

Daerah-daerah yang merekodkan kes pada hari ini ialah

Sibu (142),

Miri (72),

Bintulu (70),

Kuching (68),

Julau (45),

Sri Aman (14),

Tanjung Manis (13),

Kanowit (13),

Selangau (12),

Kapit (9),

Betong (9),

Pusa (7),

Bukit Mabong (6),

Sarikei (6),

Mukah (6),

Song (4),

Meradong (4),

Subis (4)

Kabong (4),

Daro (4),

Belaga (3),

Tatau (3),

Pakan (2),

Serian (2),

Sebauh (2),

Asajaya (1),

Samarahan (1),

Limbang (1),

Beluru (1),

Saratok (1)

Lubok Antu (1).

Ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 42,813 kes.

Daripada 530 kes baharu yang dilaporkan, seramai 90 orang telah menunjukkan tanda dan mengalami gejala jangkitan COVID-19 semasa saringan dijalankan.
Manakala, seramai 411 orang adalah terdiri daripada individu yang telah diberi arahan perintah kuarantin. Secara ringkas kes-kes ini terdiri daripada:
• 371 kes merupakan saringan individu yang mempunyai kontak
kepada kes positif COVID-19 (22 kes bergejala);
• 65 kes merupakan saringan individu bergejala di fasiliti kesihatan;
• 54 kes merupakan lain-lain saringan di fasiliti kesihatan (2 kes bergejala);
• 39 kes merupakan saringan individu dalam kluster aktif sedia ada (1 kes bergejala);
• 1 kes melibatkan individu yang balik dari negeri-negeri lain di dalam Malaysia ( Import B ) (kes tidak bergejala).


Kes Kematian Covid-19 24/05/2021
Hari ini terdapat tiga (3) kes kematian baharu melibatkan jangkitan COVID-19 dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kematian akibat jangkitan COVID-19 telah meningkat kepada seramai 255 orang.

I. Kes Kematian Ke-253.
Kes kematian ke-253 adalah kes ke-38,060 melibatkan seorang perempuan warga tempatan (Sarawak) berumur 82 tahun yang telah menerima rawatan di Hospital Kapit kerana mengalami sesak nafas.
Kes mulai mengalami kesukaran bernafas dan cepat lelah dalam melaksanakan aktiviti harian sejak seminggu yang lalu. Ujian saringan COVID-19 dengan rapid test kit antigen dan swab bagi rT-PCR pada 14 Mei 2021 disahkan positif COVID-19. Keadaan kesihatan kes semakin merosot dan disahkan meninggal dunia pada 23 Mei 2021. Kes mempunyai ko-morbid penyakit paru obstruktif kronik dan darah tinggi.

II. Kes Kematian Ke-254.
Kes kematian ke-254 adalah kes ke-31,831 melibatkan seorang perempuan warga tempatan (Sarawak) berumur 67 tahun yang telah mendapatkan rawatan di sebuah klinik kesihatan swasta kerana mengalami gejala batuk, demam dan sakit kepala. Swab bagi ujian saringan COVID-19 pada 30 April 2021 disahkan positif COVID-19. Kes telah dihantar ke Hospital Miri untuk rawatan selanjutnya. Keadaan kesihatan kes semakin merosot dan disahkan meninggal dunia pada 23 Mei 2021. Kes tidak mempunyai ko-morbid.

III. Kes Kematian Ke-255.
Kes kematian ke-255 adalah kes ke-38,574 melibatkan seorang lelaki warga tempatan (Sarawak) berumur 67 tahun telah menerima rawatan di Hospital Miri kerana mengalami kesesakan pernafasan. Kes didapati mulai mengalami gejala demam, batuk dan sakit dada sejak lima (5) hari yang lalu.
Swab bagi ujian saringan COVID-19 dengan rT-PCR pada 15 Mei 2021 disahkan positif COVID-19. Keadaan kesihatan kes semakin merosot dan disahkan meninggal dunia pada 23 Mei 2021. Kes mempunyai ko-morbid penyakit darah tinggi, dyslipidemia dan penyakit jantung.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak mengucapkan ucapan Takziah kepada semua ahli keluarga mangsa.




Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-5-2021 01:31 PM | Show all posts
Hari ini terdapat 310 kes baharu yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini iaitu:
• 75 kes dari Hospital Miri dan PKRC di bawah Hospital Miri;
• 66 kes dari Hospital Sibu dan PKRC di di bawah Hospital Sibu;
• 59 kes dari Hospital Umum Sarawak dan PKRC di bawah Hospital Umum;
• 38 kes dari Hospital Kapit dan PKRC di bawah Hospital Kapit;
• 26 kes dari Hospital Sarikei dan PKRC di bawah Hospital Sarikei;
• 17 kes dari Hospital Bintulu dan PKRC di bawah Hospital Bintulu;
• 11 kes dari PKRC Betong;
• 10 kes dari Hospital dan PKRC Sri Aman;
• 5 kes dari PKRC Mukah; dan
• 3 kes dari PKRC Serian.
Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 yang telah pulih atau dibenarkan discaj setakat hari ini adalah seramai 35,432 orang atau 82.76% dari jumlah keseluruhan kes COVID-19 di Sarawak.
Jumlah kes aktif yang masih mendapat rawatan dan diasingkan di PKRC dan wad hospital mengikut hospital rujukan adalah seramai 7,031 orang.
Manakala, 530 PUI baharu telah dilaporkan dan tiada PUI yang menunggu keputusan ujian makmal.

Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak telah mengisytiharkan satu (1) kluster baharu iaitu Kluster Selumit, Tanjung Manis.

Ringkasan kluster tersebut adalah seperti berikut:
I. Kluster Selumit, Tanjung Manis
Kluster Kluster Selumit merupakan satu kluster di tempat kerja melibatkan sebuah agensi perkhidmatan awam di pusat pentadbiran kerajaan di Selumit, Tanjung Manis. Sejumlah 91 individu telah disaring di mana:
• 11 kes telah dikesan positif COVID-19 termasuk kes indeks;
• 33 kes didapati negatif; dan
• 47 kes masih menunggu keputusan makmal.
Kesemua kes positif COVID-19 ini telah dirujuk ke Hospital Sibu dan telah dimasukkan ke PKRC di Daerah Sibu bagi tujuan pengasingan dan rawatan lanjut.

Jumlah kluster yang masih aktif adalah sebanyak 85 kluster. Sebanyak tujuh (7) kluster telah merekodkan 45 penambahan kes baharu manakala 77 kluster tidak merekodkan penambahan kes.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-5-2021 01:38 PM | Show all posts
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak telah membuat keputusan berikut:

A. Pindaan Garis Panduan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB)

Berikutan peningkatan kes yang tinggi, JPBN Sarawak telahpun mengumumkan berkenaan dengan SOP PKPB yang lebih ketat mulai 25 Mei 2021 hingga 07 Jun 2021.

Antara perkara utama yang diperketatkan adalah seperti berikut:

I. Zon Kuching (Bahagian Kuching, Bahagian Samarahan dan Bahagian Serian) dipecahkan kepada:
a) Zon Kuching (Daerah Kuching dan Bahagian Samarahan); b) Zon Serian (Bahagian Serian);
c) Zon Lundu (Daerah Lundu); dan
d) Zon Bau (Daerah Bau).

Semua pergerakan antara zon-zon ini dibenarkan bagi perkhidmatan perlu, orang yang bekerja dan kecemasan serta memerlukan permit polis.

Bagi penduduk yang bekerja tetap di empat (4) zon di atas yang terkesan dengan perubahan ini adalah dikecualikan dari keperluan swab test setiap 14 hari sekali dan dibenarkan untuk mendapatkan permit polis dengan mengemukakan surat dari majikan.

II. Tempoh operasi bagi semua sektor dibenarkan bermula jam 6.00 pagi hingga jam 8.00 malam.

III. Kawalan pergerakan tambahan adalah seperti berikut:
a) Hanya 3 orang dibenarkan dalam kenderaan persendirian
b) Kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah tidak dibenarkan keluar ke kawasan awam, terbuka dan sesak tanpa alasan munasabah.
c) Perkhimatan pengangkutan awam dibenarkan beroperasi pada kadar 50 peratus kapasiti penumpang.
d) Penggunaan MySejahtera hendaklah diutamakan dengan operator premis perlu memeriksa status pelanggan dengan hanya membenarkan mereka yang mempunyai risiko rendah sahaja dibenarkan masuk ke premis mereka.

IV. Kapasiti kehadiran pekerja bagi sektor awam adalah terhad kepada 20 peratus keseluruhan (tidak termasuk frontliners) dan 80 peratus secara Bekerja Dari Rumah (BDR). Manakala, kapasiti pekrja sector swasta adalah ditetapkan hanya terhad kepada 60% kehadiran sahaja.

V. Mesyuarat bersemuka bagi urusan rasmi/kerja adalah tidak dibenarkan.

VI. Semua aktiviti sukan bagi tujuan latihan dan penganjuran pertandingan/kejohanan adalah tidak dibenarkan.

VII. Semua aktiviti sukan dan rekreasi awam adalah tidak dibenarkan kecuali jogging dan senaman yang dilaksanakan secara individu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-5-2021 01:40 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-5-2021 01:41 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-5-2021 01:57 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 09:31 AM GMT+8 , Processed in 0.300217 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list