View: 4524|Reply: 18
|
Jadi Isteri Nombor Empat Pun Terima, Liza Abdullah Nak Kahwin Lagi
[Copy link]
|
|
Tujuh tahun melayari kehidupan sebagai ibu tunggal bukanlah satu tempoh masa yang singkat buat pelakon Liza Abdullah.
Bohong jika pelakon berusia 56 tahun ini tidak mahu berkahwin lagi untuk mencari seseorang yang dapat menemani hari depannya.
Bagaimanapun Liza atau nama sebenarnya Norliza Abdullah realistik bahawa soal jodoh dan maut adalah ketentuan Allah SWT.
Foto: IG
"Kahwin adalah kerja Allah dan siapa yang tak nak kahwin kan! Kalau kita perhatikan, kebanyakan artis senior kita pada penghujung usianya hidup berseorangan.
"Kalau ditanya berkenaan jodoh, kita tidak boleh menidakkan jodoh yang datang. Kalau Allah kata pengakhiran hidup saya akan solo selama-lamanya saya akan terima.
"Namun jika Allah hadirkan seseorang saya akan tengok terlebih dahulu samada boleh terima atau tidak," katanya yang bercerai dengan bekas suami, Zolkifli Abdul Rahman pada 2014.
Menurut Liza, ada ketika terdetik dihatinya menyukai seseorang, namun tidak diizinkan Allah atas sebab-sebab tertentu.
"Tak dinafikan saya ada juga kenal dengan beberapa orang lelaki tapi sekadar untuk berkawan dan mengenali hati budi terlebih dahulu.
"Kalau saya bercakap, mungkin isu ini agak sensitif mengenai soal bermadu atau poligami. Saya bukan nak mengata kerana bimbang nanti mereka yang anti poligami cari saya.
"Sebenarnya sejak saya muda remaja, siapa yang nak kahwin dengan suami orang atau berkawan dengan kekasih orang. Saya tak berniat pun tapi itulah datangnya ujian dalam hidup kita," katanya.
Liza yang popular menerusi watak Mak Leha dalam drama rantaian 7 Hari Mencintaiku mengakui, sekiranya ditakdirkan dia bergelar isteri keempat, dia perlu menerimanya dengan hati terbuka.
"Dalam keadaan umur sekarang, saya rasa bukan tiada pilihan. Apa yang penting saya nak yang terbaik dalam hidup.
"Kita diuji dengan macam-macam. Ada yang jadi nombor satu pun belum tentu bahagia. Kalau sudah takdir jadi bini nombor empat maka takdirlah.
"Mungkin saya bercakap begini tapi kesudahannya tak kahwin juga. Tapi jika Allah hadirkan, saya selalu minta agar itu ialah pilihan Allah.
"Sebenarnya jodoh ialah pilihan kita. Kalau kita tengok sejak awal lagi ada masalah, kenapa nak terima juga," katanya.
Liza yang mendirikan rumah tangga pada 1988 dan mempunyai empat anak berkata, semua anak semakin membesar dan akan mempunyai keluarga sendiri nanti.
"Anak yang kita besarkan tidak selama-lamanya akan duduk atau tidur dengan kita. Mereka boleh teman kita, jaga kita tapi mereka juga ada kehidupan sendiri nanti.
"Saya rasa tak boleh terima jika ada yang kata orang tua 'getik' terhadap golongan berusia yang bercinta. Saya tak pernah menidakkan jodoh orang usia 70 atau 80 tahun.
"Kerja kita memanglah hiburkan orang. Bohonglah jika saya tak rasa sunyi. Ada masa-masanya kita akan kesunyian. Untuk hilangkan rasa sunyi itu, saya sibukkan diri dengan bekerja," katanya ditemui pada majlis berbuka puasa bersama 40 artis veteran anjuran penerbit filem, Datin Seri Nora Shamsuddin dan rakan kongsinya Datuk Rosli Yang Daniyan, Ramadan lalu.-CARI
Sumber: Harian Metro
|
|
|
|
|
|
|
|
Aritu tertengok betul ke bohong raya, klako tgok dia ni kena bahan dengan Roy. {:smile |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by umbut at 25-5-2021 10:06 AM
Ex laki lum kahwin. Rujuk lah balik cam hattan. Dari ko pening layan madu ngan anak tiri |
|
|
|
|
|
|
|
Bini ke 4 org kaya lah kannn... |
|
|
|
|
|
|
|
Umur dah magrib masuk ishaq.... masih ada yang nak ambil jadi nombol empat?
biasa yang jadi nombol empat muda bergetah.
|
|
|
|
|
|
|
|
umbut replied at 25-5-2021 10:05 AM
Ex laki lum kahwin. Rujuk lah balik cam hattan. Dari ko pening layan madu ngan anak tiri
Rasanya impian semua anak kot nk mak pak bersatu kembali tp tulah kita pun xtau apa punca depa bercerai di usia emas gini.
Tp kalau boleh takyah nak jd bini bernombor bagai
Mmg menambahkan masalah je pun better amik bujang muda dprd laki or duda anak berceretek. |
|
|
|
|
|
|
|
dari jadi bini bernombor , ada baiknya lah acik liza jadi bini shah rezza . bujang trang trang lagi .
|
|
|
|
|
|
|
|
Time pkp x dpt shooting asik dok Rumah mula la pikir nak blaki kan.. |
|
|
|
|
|
|
|
sama mcm aku nak komen...
ntah kenapa nampak dia mcm pasangan ideal dgn shah rezza since citer marah2 sayang ke ape tajuknya...
heheh
|
|
|
|
|
|
|
|
minik nombor 4 harusla vvip kan. |
|
|
|
|
|
|
|
biar betul sis nak jadi no 4
kang pening nak gaduh dengan madu2 pastu dengan laki lagi |
|
|
|
|
|
|
|
aduhai.. sejenis sauk je ke acano?
.. acik kalau tak saba sgt beli je la kat shopee... |
|
|
|
|
|
|
|
msamyrazi replied at 25-5-2021 10:28 AM
dari jadi bini bernombor , ada baiknya lah acik liza jadi bini shah rezza . bujang trang trang lagi ...
Betul.. entah kenapa aku pun terfikirkan mende yang sama. Pernah tengok diorang berlakon sekali.. sepadan sangat.. |
|
|
|
|
|
|
|
Jering dulu pun pernah cakap “bercinta dengan suami orang pun bolehh” katanyeh. Sekali nahhhhh. |
|
|
|
|
|
|
|
Dia tak berani cakap no untuk bermadu kot takut terjadi, dia jugak malu |
|
|
|
|
|
|
|
bini no 4 ni wanita yg dah putuS harap ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
Jangan cik,
dah tua hidup ni nak aman aman jer
bukan nak cari penyesalan sampai ke akhir hayat.
mikiooo ler 8 juta kali,
udah ke depan susah nak gohek nanti.
naya, kita pakat nak dapat Syurga,
sebabkan jadi no 4, merana sepanjang hayat hingga akhir usia.
jenuh nak hadap. |
|
|
|
|
|
|
| |
|